BAB 2

Family Completed 6049

Wajah yang diharapkan menjadi waris dirinya. Waris di mimbar abah. Teringat juga dia terhadap kata-kata yang diungkapkan anaknya. Anaknya seolah-olah tidak mahu menjadi pewaris mimbarnya seperti yang diharapkannya. Kerisauan kian mencengkam sanubarinya.

“Siapakah pewarisku…?”

Saat kornea matanya menyorot melihat mimbar usang itu,kotak fikirannya menerawang jauh. Terkenang saat-saat dimana masjid itu menjadi tumpuan kanak-kanak mengaji dan mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Ketika itu Iskandar masih lagi kecil. Iskandar bukan sahaja anaknya, malah turut menjadi anak murid kesayangannya.

Saat itu dia turut teringatkan seorang lagi anak murid kesayangannya, Mursyid Al-Hafiz. Kelunakan suara anak kecil itu mengalunkan kalam Allah masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Imam! Ooo…Imam!”

Tersentak dirinya. Panggilan bingit di kesudahan dinihari meresahkan naluri tuanya. Seolah-olah menganggu lamunannya. Dia bingkas bangun. Berdetak-detak bunyi kayu masjid yang dipijaknya.

“Abang,sudahlah!”

“Kau senyap,Jah! Aku nak ajar budak tak guna ini.”

Melihat kekalutan di wajah Qasira, Imam Abu Said segera menghampiri mereka.

“Wahab,ada apa?Rumah Allah ini!”

“Ya, sebab saya tahu ini rumah Allah, itu yang saya bawa dia ke sini. Bukannya tak bersebab. Qasira,cepat bersumpah!”

“Abah, bukan Qasi.”

“Bersumpah aku cakap!”

“Tak nak.”

“Kau jangan nak jadi degil. Aku cakap, bersumpah! Bersumpah Qasira Furai’ah!”

Terjelepuk gadis sunting itu. Dia menahan tangis. Malu berhadapan dengan Imam Abu Said.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience