BAB 9

Family Completed 6049

“Abah,Iskandar bukan orangnya. Pasti ada orang lain yang lebih layak, dan Tuhan masih tidak menunjukkan siapa dia. Percayalah…”

Siapa yang lebih layak itu? Jadilah dia seorang penunggu yang setia. Menanti kepulangan insan itu.Satu khabar berita membuatkan jiwanya kini menderita sepi biarpun manusia sering menilai ketenangannya sebagai perkara biasa.Tahukah insan akan hatinya yang kecewa dan pedih bagaikan ditujah sembilu? Tahukah insan akan jiwanya yang merana kerana kehilangan permata kasih? Tahukah insan akan pilunya diri saat kasih itu terlerai jua pada akhirnya?

Penantiannya akan terus menjadi sebuah penantian.

Mimbar itu adalah dunianya.Dia senang di situ merenangi lautan duka itu.Tiada siapa yang sedar erti kerinduan yang menggunung terhadap anak tercinta itu.Namun,siapa dia untuk mempersoalkan takdirullah itu?

Imam Abu Said sudah nazak. Nafasnya turun naik, payah sekali untuk sekata lagi.Dia menyebut nama Allah. Tiada henti. Terdengar suara insan-insan mengalunkan Surah Yaasin, memudahkan urusannya kembali pada Tuhannya. Hinggalah saat matanya ingin tertutup, ada suara yang menyapa.

“Imam, mengucap, mengucap. Ingat Allah.”

Bukan Iskandar, bukan anaknya. Ini insan yang cekal itu, Mursyid Al-hafiz. Ya, anak tabah itu. Dia tersenyum taqwa.

“Mursyid…

“Ya,Imam.. Bertahan, Imam.”

“Mursyid…

“Ya…sebut nama Allah,Imam…

“Allahuakbar…Subhanallah…

“Imam…ingat Allah…

“Mursyid…

“Ya…

“Gantikan aku…

‘Aku manusia biasa,Tuhan.Sampai masanya aku akan pergi.Jika dia bukan yang tercipta,maka aku redha andai engkau punya pilihan lain dan sekiranya rahmat-Mu yang Kau pilih.Engkau penguasa alam,lebih tahu dan lebih mengerti.Dengan nama-Mu Ya Allah,ku serahkan cinta ini pada yang selayaknya.’

Alhamdulillah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience