BAB 7

Family Completed 6049

“Imam, Mursyid tak pernah salah. Ayah buat macam itu semata-mata kerana bencinya pada keluarga Mursyid sejak dahulu lagi. Mursyid tak pernah merogol saya. Mursyid tak pernah melakukan perkara terkutuk itu”.

Dan, demi Allah, kemalangan mak ayah Mursyid semuanya berpunca daripada ayah. Lama saya simpan rahsia ini,tetapi itulah hakikatnya. Sebenarnya ayah berdendam dengan arwah pak cik Saad kerana arwah pak cik Saad berkahwin dengan mak cik Zainab. Ayah iri melihat kebahagiaan mereka. Kerana sebuah dendam, ayah berpakat dengan anak buahnya merosakkan kereta arwah pak cik Saad. Mursyid, minta maaf saya baru boleh buka rahsia ini sekarang. Minta maaf” tersekat-sekat Qasira menyatakan kebenaran. Air matanya mengalir lesu mengenangkan kejahatan ayahnya terhadap seorang anak yatim yang tidak berdosa. Hatinya kian sebak.

Semua mata memandang Wahab. Dia sudah resah bagai cacing kepanasan.

Imam Abu Said pula terus di sisi Mursyid. Bimbang andai perkara yang tidak elok berlaku.

‘’Ya Allah, kenapa pak cik? Dua puluh tahun saya menderita. Dua puluh tahun,saya hidup sebatang kara. Hilang umi,abah untuk bantu dan bimbing saya. Dalam masa bertahun-tahun. saya menahan malu meminta sedekah kepada orang lain untuk terus belajar dan meneruskan hidup. Andai ada salah umi dan abah, kenapa nyawa yang mesti menjadi galang gantinya?”

Habis bicara, Mursyid memulakan langkah sambil menangis hiba. Sakit dipukul ditahannya biarpun bisanya menular ke seluruh badan. Dia meninggalkan mereka di situ tanpa mempedulikan apa yang bakal terjadi sebelum akhirnya rebah ditengah jalan itu.

“Allahuakbar…” kalimah itu jua yang keluar dari bibir Imam Abu Said pada akhirnya.

Selama setahun, Mursyid menghilang setelah dipulihkan. Dia ke Pondok di Kelantan untuk mendalami ilmu Al-quran. Namun, tiada siapa yang tahu arah tujunya. Imam Abu Said kecewa sekali dengan sandiwara manusia. Anak yang tidak bersalah menjadi mangsa dosa silam orang tuanya. Wahab sudah dihukum penjara. Andai Qasira tidak membuka bicara, pasti rahsia itu kekal menjadi sebuah rahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience