BAB 3

Family Completed 6049

“Demi Allah Yang Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui, Qasi tak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu. Tak pernah berzina. Tak pernah, abah. Sekalipun tak pernah. Demi Allah.”

Mencerlung mata Wahab. Sedikit pun,dia tidak percaya.

“Habis itu,siapa yang kau jumpa malam itu? Bukan Mursyid?”

Imam Abu Said merenung dalam wajah Wahab yang memerah menahan amarah. Kerana satu nama, dia mendepani ketiga-tiga insan itu.

“Mursyid?”

“Ya,Imam. Mursyid Al-hafiz.”

“Tak mungkin Mursyid melakukan itu..”

“Kenapa imam masih ingin pertahankan manusia keparat tu! Pembantu imam tu sebenarnya setan!”

Malam itu masih segar dalam lipatan masa silam Imam Abu Said. Malam penuh tragis, penuh duka buat seorang remaja yang masih muda benar.Peristiwa 21 Mei 1997 bermain-main dikotak fikirannya.

Tatkala itu hujan ribut melanda Kampung Sakinah. Tiada henti. Seakan-akan Tuhan mahu menunjukkan bahasa alam dengan madahnya tersendiri. Mursyid sedang mengaji. Bergurukan Imam Abu Said. Bertemankan Iskandar, sahabat karibnya.Seusai mengaji anak kecil itu segera meminta diri.

“Imam, saya balik dulu ya. Ayah pesan suruh balik awal. Sebenarnya sejak petang tadi umi sakit. Mungkin umi nak bersalin.”

“Iskandar ikut sekali, abah?Boleh?”

Kerana satu anggukan, mereka tersenyum riang. Sampai di rumah Mursyid, abahnya sedang mencempung uminya yang mengerang kesakitan ke dalam bahagian belakang kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience