BAB 7

Other Completed 2590

Seminggu kemudian, masjid Kampung Sungai Dua kini sudah dilengkapi dengan perpustakaan. Dan juga telah disediakan penyaman udara di dalam masjid. Ceramah dan program-program keagamaan juga giat dijalankan. Orang kampung semakin tertarik untuk berjemaah di masjid Kampung Sungai Dua.

Majid pula, dia telah pun berkahwin dengan Asyikin. Kebanyakan lelaki yang meminati Asyikin semuanya kecewa. Majid, dia bukannya kacak mana pun. Bagi Asyikin, prinsipnya berubah apabila Majid berjaya memecahkan benteng egonya. Itulah lelaki yang terbaik buat dirinya.

Razi dan Rusyidah pula telah pulang ke Putrajaya. Bisnes biskut mereka semakin maju dan keuntungan mereka berlipat ganda setelah biskut mereka berjaya mencecah pasaran sehingga ke Kanada.

Pakcik Johari pula kini membantu Tok Mat dan Majid dalam menguruskan pengurusan masjid tersebut. Mereka menarik orang-orang muda seperti Razi supaya bergiat aktif dalam pengurusan masjid.

Wak Bon pula hanya duduk di rumah dan tidur adalah sebahagian daripada pekerjaannya. Kadang-kadang dia mengayuh basikal mengelilingi kampung. Itu sahajalah yang mampu dibuat olehnya.

Kampung Sungai Dua menjadi aman akhirnya. Akhirnya apa yang arwah Haji Hamid mahukan dapat ditunaikan oleh mereka semua iaitu melihat orang kampung berjemaah di masjid Kampung Sungai Dua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience