BAB 3

Other Completed 2590

Asyikin, seorang wanita yang dahulunya mempunyai perasaan cinta terhadap Razi masih lagi menyimpan perasaannya sehingga sekarang. Dia tidak berkahwin walaupun banyak lelaki yang datang untuk melamarnya. Umurnya sudah menginjak 28 tahun tetapi dia masih lagi tidak berkahwin. Ibu bapanya pening melihat Asyikin berkelakuan sedemikian.

Menurut Asyikin, dia masih lagi meletakkan harapan kepada Razi kerana baginya ‘Couple pun boleh clash, tunang pun boleh putus apatah lagi kahwin boleh cerai’. Itulah prinsip yang dipegang oleh Asyikin.

Asyikin dan Majid adalah kawan sejak mereka tadika lagi. Walaupun mereka lost contact setelah masing-masing menyambung pelajaran, tetapi sewaktu Majid ditahan oleh pegawai hospital sakit mental, Asyikin terkejut tidak terkata. Bukan dia tak tahu tentang kisah percintaan Majid. Asyikin hanya berharap bahawa dia tidak menjadi seperti Majid. Ya, gila.

Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah. Semua yang berlaku adalah ketetapan-Nya. Sewaktu Asyikin pulang daripada kedai runcit untuk membeli barang dapur tiba-tiba dia terserempak dengan Majid di luar kedai.

“Eh, Majid kan?” Tanya Asyikin hendak memastikan bahawa orang yang ditegurnya adalah benar-benar Majid.

“Kejap, kau ni Asyikin eh?” Majid benar-benar mengenal pasti wajah Asyikin. Wajah Asyikin yang cantik itu tidak pernah berubah sama sekali sejak dari zaman tadika lagi.

“Dah besar rupanya kau ni, Majid. Hehe.” Usik Asyikin sambil mencubit bahu Majid. Badan Majid memang benar-benar tegap. Majid hanya tersenyum dengan usikan Asyikin. Sambil itu, Majid berfikir di dalam hatinya, “Takkan aku makin kecil pulak? Aduh budak ni.”

“Hantar aku balik rumah, boleh? Tu, kereta kau ada tempat duduk banyak tu. Apalah guna kereta mahal-mahal tapi tak ada orang nak naik. Dapat pahala jugak kau hantar aku. Hehe.” Usik Asyikin lagi.

“Aku tak boleh tumpangkan orang yang bukan muhrim. Nanti boleh jadi fitnah.” Kata Majid kepada Asyikin. Tersentap Asyikin.

“Err…” Asyikin terkebil-kebil untuk membalas jawapan Majid.

“Tak apa, kita pergi pantai dahulu. Aku saja je usik kau sebab dah lama tak kacau kau sejak zaman tadika lagi. Hahaha.” Gelak besar Majid kepada Asyikin. Muka Asyikin berubah menjadi merah menahan marah.

Kereta Myvi hitam milik Majid meluncur laju di jalan kampung itu. Sewaktu di dalam kereta, Asyikin ada bertanyakan soalan tentang hubungan Majid dengan bekas teman wanitanya. Majid hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan. Beberapa minit kemudian, Majid memberhentikan keretanya di hadapan pantai.

“Dah, jom turun. Kejap lagi aku jawab soalan kau.” Kata Majid sambil membuka pintu keretanya. Sejurus selepas Majid turun daripada keretanya Asyikin juga turut ikut sama perbuatan Majid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience