BAB 6

Other Completed 2590

Ramai orang kampung berkerumun di luar masjid. Razi, Tok Mat dan Pakcik Johari sudah berada di dalam masjid. Wak Bon juga turut berada di dalam masjid itu. Kelihatan Majid baru sahaja selesai menghabiskan solatnya.

“Majid?” Razi terkejut melihat Majid.

“Razi?” Majid juga terkejut melihat Razi.

“Jo?” Tok Mat melihat wajah Pakcik Johari.

“Mat?” Pakcik Johari juga turut melihat wajah Tok Mat.

“Bon?” Wak Bon tiba-tiba menyampuk.

Majid, Razi, Pakcik Johari dan Tok Mat hanya memandang wajah Wak Bon. Wak Bon tersengih.

“Kau gila ke apa azan tengah-tengah malam buta ni?” Marah Razi kepada Majid. Majid terdiam. Dia tidak membalas walau sepatah perkataan pun.

“Isyak dah lepas. Ni kau azan untuk Subuh ke?” Tanya Wak Bon. Tok Mat yang bengang dengan perangai Wak Bon yang annoying dari tadi terus menolak kepala Wak Bon.

“Orang tengah serius, kau buat lawak pulak!” Marah Tok Mat kepada Wak Bon.

“Kau belum baik dari gila ni, Majid. Sebelum aku telefon polis, baik kau cerita kenapa kau buat macam ni.” Pakcik Johari tahu bahawa Majid pasti mempunyai alasan yang rasional kenapa dia bertindak demikian.

“Saya…” Belum sempat Majid membuka cerita tiba-tiba Wak Bon menumbuk hidung Majid.

DUSHHH!

“Ya Allah, kau buat apa ni, Bon!” Marah Pakcik Johari kepada Wak Bon. Majid menutup hidungnya menahan kesakitan.

“Eh, Majid, kau tak ada apa-apa ke?” Tanya Razi kepada Majid. Majid mengeleng-gelengkan kepalanya. Sakit benar hidung Majid akibat ditumbuk oleh Wak Bon.

“Kata gila, sebelum dia naik gila, aku cuba nak tenangkan dia.” Kata Wak Bon yang dengan steady aje bagi jawapan loyar buruknya. Muka Tok Mat merah padam.

“Jo, Razi, pegang Wak Bon kejap.” Kata Tok Mat perlahan.

Lima minit kemudian, Wak Bon diikat oleh Tok Mat, Pakcik Johari dan Razi. Mulutnya disumbat dengan tuala good morning kepunyaan Pakcik Johari yang biasa digunakannya untuk mengelap peluh. Sekarang, barulah Majid boleh berbicara.

“Orang kampung ni gila. Gila. Waktu azan berkumandang, kenapa tak ada seorang pun datang masjid ni melainkan Tok Mat? Tapi, bila azan tak kena waktu, semua orang kampung ni datang masjid? Sebab tu saya azan. Benda wajib orang tak buat.” Terang Majid.

“…” Pakcik Johari tidak mampu berkata apa-apa. Ada benarnya juga kata Majid itu. Sejak Haji Hamid meninggal, tiada siapa yang pergi ke masjid itu lagi.

“Tapi, Majid. Janganlah sampai kau buat macam tu. Kau tu baru baik gila. Kau buat macam ni, lagi orang kampung kata kau gila.” Tegur Tok Mat kepada Majid.

“Kalau saya gila, tak ada maknanya saya nak melamar Asyikin tu. Saya baru aje melamar dia untuk jadi isteri saya. Orang gila tak ada nafsu.” Kata Majid kepada Tok Mat. Razi terkejut.

Tok Mat memandang ke arah Wak Bon yang sedang diikat. Kelihatan Wak Bon cuba berkata sesuatu. Tok Mat dapat mengagak bahawa pasti Wak Bon akan berkata “Orang gila mana mengaku dia gila!”. Tok Mat mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau nak kahwin dengan Asyikin?” Razi benar-benar terkejut. Bagaimana pula Asyikin yang dulu tergila-gilakannya mahu berkahwin dengan Majid? Persoalan itu bermain di dalam minda Razi.

“Bukan kahwin, nikah.” Ujar Majid. Majid menerangkan apa yang berlaku. Dia melamar Asyikin pada petang tadi. Dan Asyikin menerima Majid kerana Asyikin dapat merasakan bahawa ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ke atas dirinya. Perkara yang lepas hanya tinggal sebagai kenangan.

“Ohh… Macam tu ceritanya. Macam inilah, aku baru dapat payment ni. Jadi, aku ingat aku nak renovate masjid ni supaya jadi perpustakaan. Dua dalam satu. Yalah, sambil orang menimba ilmu, orang boleh beribadat. Betul tak?”

“Betul jugak tu. Mulai hari ni, biar aku dengan Tok Mat yang akan uruskan pengurusan masjid ni. Okay tak Tok Mat? Lepas ni, program ceramah dan tahfiz kita akan jalankan kat sini. Tak pun, kita panggil Ustaz Azhar Idrus datang sini. Barulah orang kampung tertarik nak buat baik.” Tanya Majid kepada Tok Mat. Tok Mat mengangguk tanda setuju.

Pakcik Johari tersenyum. Nampaknya rancangannya menjadi. Pakcik Johari mula membuka bicaranya.

“Akhirnya, inilah yang sebaiknya. Aku saja merancang untuk jual tanah masjid ni supaya kamu semua akan berbuat sesuatu untuk menghalang aku. Haha. Ingat aku ni sanggup ke nak jual tanah masjid ni? Arwah Haji Hamid tu pun kawan aku jugak. Jadi aku takkan sanggup mengkhianati kepercayaan dia pada aku.” Terang Pakcik Johari kepada semua yang berada di situ.

“Lagipun, memang tanggungjawab kita untuk mengukuhkan lagi syiar Islam dalam kampung kita ni.” Tambah Pakcik Johari lagi.

“Betul. Yang tu barulah aku setuju. Hahaha.” Gelak Tok Mat.

“Dah, jom kita pergi tenangkan orang kampung kat luar tu.” Ujar Razi.

Razi, Majid, Tok Mat dan Pakcik Johari keluar daripada masjid itu untuk menenangkan orang kampung yang sedang mengamuk. Setelah diberi penerangan oleh Pakcik Johari bahawa mereka semua hanya salah faham, suasana kembali reda. Orang kampung kesemuanya pulang ke rumah. Razi, Majid, Tok Mat dan Pakcik Johari masing-masing bersalaman dan mereka semua pulang ke rumah masing-masing.

Dan Wak Bon pula dibiarkan terikat di situ sehingga azan Subuh berkumandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience