BAB 2

Other Completed 2590

“Aku dah kata, Majid tu gila!” Jerit Wak Bon kepada Pakcik Johari, penghulu Kampung Sungai Dua. Majid sebenarnya merupakan penduduk kampung yang mendapat lepasan Phd dari Universiti Malaya. Namun, akibat kejadian putus cinta di mana teman wanitanya telah berkahwin dengan orang lain, dia terus menghidap penyakit mental. Setelah 5 tahun berlalu, dia kembali ke kampung itu. Dia telah pulih.

Tetapi Wak Bon masih menganggap Majid sebagai orang gila. Manakan tidaknya, satu kampung habis bergosip sana-sini tentang Majid putus cinta. Asal Majid pergi ke kedai runcit untuk membeli barang-barang, orang kampung asyik bertanya tentang hubungannya. Akibat tidak tahan dengan kutukan dan gosip orang kampung, Majid terus jadi gila.

“Orang dah tak gila, kau kata gila! Cubalah bersikap optimis sikit. Majid tu orang kampung kita. Hidup jangan nak buruk sangka!” Marah Pakcik Johari kepada Wak Bon. Wak Bon mendiamkan diri.

“Kenapa kau diam?” Tanya Pakcik Johari kepada Wak Bon. Wak Bon membuka kopiahnya.

“Optimis tu apa benda? Bunyi macam kismis aje.” Kata Wak Bon kepada Pakcik Johari. Wak Bon memang lurus bendul orangnya. Pakcik Johari hanya menepuk kepalanya sambil menggetus di dalam hatinya, “Apalah lembap sangat orang tua ni?”

“Optimis tu maksudnya berpandangan jauh. Kau ni, aku kata kau lembab, kau marah pulak.” Terang Pakcik Johari kepada Wak Bon.

“Lah… Nak pandang jauh-jauh buat apa, rumah Majid tu dekat je dengan rumah kau, Jo. Kau tengok jauh-jauh mana nampak.”

Pakcik Johari menepuk kepalanya sekali lagi. Dia hanya mampu bersabar dengan kerenah Wak Bon. Pakcik Johari dan Wak Bon memang kawan baik sejak mereka mula-mula pindah ke kampung itu.

“Tak apalah, ni ha, masjid kita tu dah lama tak digunakan. Aku ingat nak jual tapak tu kat kerajaan. Apa pendapat kau, Bon?”

“Kita tanya Mat dulu. Sebab dari dulu lagi aku pujuk dia suruh robohkan masjid tu. Tapi dia tak nak, dia masih lagi solat kat situ sedangkan orang dah tak nak guna masjid tu. Kosong macam tu je baik kita robohkan.” Wak Bon mengenakan kopiahnya kembali.

“Tapi, rumah Allah tak baik kita roboh. Aku pun serba salah sebenarnya nak jual tapak masjid tu kat kerajaan. Tapi mengenangkan banyak duit yang kita akan dapat, jadi aku tak kisah sangat.” Terang Pakcik Johari kepada Wak Bon. Wak Bon mengangguk sebagai tanda setuju.

Pakcik Johari sebenarnya ingin menjual tanah masjid tersebut untuk mendapatkan keuntungan supaya kampung mereka menjadi lebih maju. Tanah masjid tersebut adalah kepunyaan Haji Hamid dan geran tanah tersebut telah diwasiatkan kepada Tok Mat. Walaupun telah dipujuk beberapa kali oleh Wak Bon tetapi Tok Mat tetap berkeras untuk menjual tanah tersebut.

“Malam ni biar aku pergi jumpa dengan Mat. Biar aku bincang elok-elok dengan dia.” Kata Pakcik Johari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience