BAB 5

Other Completed 2590

“Aku tak nak jual tanah tu. Dengar sini, Jo. Aku dah cakap berkali-kali dah yang aku tak nak jual tanah tu. Itu tanah masjid, kau tahu tak, Jo!” Tengking Tok Mat kepada Pakcik Johari. Pakcik Johari cuba memujuk supaya Tok Mat menjual tanah masjid itu.

“Arwah Hamid dah wasiatkan tanah ni kat aku. Aku akan tarik orang supaya berjemaah ke masjid. Sekarang kau pun tahu dah akhir zaman. Solat Jumaat aje penuh. Waktu solat wajib, masing-masing bagi alasan sibuklah, itulah, inilah. Orang kampung ni gila agaknya. Ini ibadat atau adat?” Marah benar Tok Mat kepada orang kampung. Pakcik Johari cuba menenangkan Tok Mat.

“Aku faham perasaan kau, Mat. Tapi ini untuk kebaikan kampung kita jugak.” Kata Pakcik Johari.

Tok Mat menoleh wajahnya ke arah jendela. Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di hadapan rumah Tok Mat. Pintu kereta Mercedes dibuka. Rupa-rupanya Razi dan Rusyidah datang untuk melawat Tok Mat.

“Assalamualaikum!” Razi memberi salam kepada Tok Mat dan Pakcik Johari. Salam dijawab oleh mereka berdua.

Razi dan Rusyidah membuka kasut mereka dan masuk ke dalam rumah Tok Mat. Razi dan Rusyidah bersalam dengan Tok Mat dan Pakcik Johari.

“Dari KL ke kamu berdua ni?” Tanya Pakcik Johari kepada Razi.

“Haah, kitorang dari KL. Saja datang nak melawat ayah. Pakcik Johari pulak buat apa kat sini?”

“Oh, pakcik datang sini sebab nak mintak ayah kamu ni jual tanah masjid. Razi tahu kan yang arwah Haji Hamid ada wasiatkan tanah kat ayah kamu ni?” Jawab Pakcik Johari. Rusyidah cuba faham apa yang berlaku.

Sebelum ini Rusyidah tahu yang ayahnya iaitu Tok Mat mendapat tanah yang diwasiatkan oleh Haji Hamid. Sewaktu Haji Hamid hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir, Rusyidah berada di sisi Tok Mat untuk menenangkannya.

“Jangan risau, Hamid. Aku janji pada kau yang aku akan pastikan masjid tu sentiasa ada oran

g solat kat situ!” Itulah janji Tok Mat kepada arwah Haji Hamid. Dan Tok Mat pasti akan tunaikannya.

“Tapi, pakcik, tanah masjid tu tak elok dijual. Saya tak setuju langsung!” Tegas Razi.

“Macam nilah menantu aku! Nampak, aku ada backup. Kau ada backup ke, Jo? Haha.” Gelak Tok Mat kepada Pakcik Johari.

“Aku boleh je panggil si Bon tu. Nanti kau pulak yang pening nak layan si Bon tu pulak.” Kata Pakcik Johari.

“Sudahlah tu, ayah, pakcik. Macam budak-budak je gaduh benda ni.” Marah Rusyidah kepada Tok Mat dan Pakcik Johari. Razi, Tok Mat, dan Pakcik Johari terdiam seketika.

Sehinggalah Pakcik Johari mula berbicara semula…

“Bini kamu yer Razi?” Tanya Pakcik Johari. Tak sangka pula Rusyidah boleh marah. Selama Pakcik Johari kenal Rusyidah dari kecil tak pernah Rusyidah marah begitu.

“Iyelah. Awak, buatkan kopi untuk saya. Hauslah pulak.” Razi menyuruh Rusyidah membuat kopi. Rusyidah mengangguk dan terus pergi ke dapur.

“Aik, sorang je minum kopi?” Tanya Tok Mat kepada Razi.

“Sorang jelah. Takkan nak ramai-ramai kot?” Balas Razi kembali.

Tiba-tiba azan berkumandang. Razi, Tok Mat dan Pakcik Johari terkejut. Bukan terkejut sebab waktu Isyak dah masuk. Tapi masalahnya Isyak dah habis pun. Azan apa malam-malam buta ni? Mereka menyuarakan persoalan yang sama. Razi dapat merasakan sesuatu yang berlaku.

“Allah, siapalah yang azan malam-malam buta ni? Ni mesti kerja orang gila tu.” Kata Tok Mat.

“Dah, dah, dah. Jom semua, naik kereta Mercedes Benz saya. Kita pergi masjid sekarang jugak!” Ujar Razi mengajak Tok Mat dan Pakcik Johari. Pakcik Johari mencebik.

“Nama kereta tak boleh sebut lagi panjang ke, Razi?” Tanya Pakcik Johari seolah-olah memerli Razi. Memang perli pun sebenarnya.

“Kau jangan, Jo. Menantu aku ni.” Tok Mat cuba menyebelahi Razi. Razi tersenyum.

Kemudian mereka bertiga terus pergi ke masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience