BAB 1

Other Completed 2590

Teluk Panglima Garang, Selangor.

Masuk hari ini, genaplah 5 tahun telah berlalu setelah Haji Hamid meninggal. Tiada siapa yang hendak menjadi imam masjid Kampung Sungai Dua. Haji Hamid memang terkenal dengan sikapnya yang melawak dan kadangkala lawaknya tidak menjadi. Sewaktu Haji Hamid meninggal, orang yang paling sedih ialah Tok Mat. Tok Mat adalah orang yang paling rapat dengan Haji Hamid.

Penyakit Haji Hamid tidak diketahui. Ada yang kata dia disantau, ada juga yang mengatakan bahawa dia sakit tua.

Apa pun spekulasi yang diperkatakan oleh orang kampung, hanya Tok Mat sahaja yang tahu apa yang berlaku pada Haji Hamid. Haji Hamid sebenarnya mempunyai penyakit kanser tahap terakhir dan ianya langsung tidak dapat dirawat.

Dan sekarang, masjid Kampung Sungai Dua sunyi tanpa laungan azan selepas meninggalnya Haji Hamid.

Razi, pemuda di Kampung Sungai Dua telah berpindah ke Putrajaya setelah berkahwin dengan Rusyidah, anak Tok Mat. Kalau tidak, sudah tentu Razi yang menjadi imam masjid Kampung Sungai Dua.

Razi dan Rusyidah telah berjaya memiliki rumah sendiri. Kehidupan mereka sangatlah senang. Tetapi mereka masih merindukan kampung halaman mereka.

“Abang, Syidah rindulah dengan kampung kita tu. Entah apalah yang jadi dengan ayah kat kampung tu.” Ujar Rusyidah kepada Razi.

“Abang pun rindukan kampung jugak. Kita berdua membesar sama-sama dekat kampung tu. Tapi buat masa ni abang busy sikit. Banyak kerja yang abang kena buat. Rezeki ni. Nantilah abang cari masa yang sesuai untuk jenguk-jenguk kampung tu nanti.” Kata Razi.

“Abang macam dah lupa asal-usul abang je sejak pindah ke Putrajaya ni.” Rusyidah berseloroh, cuba memerli Razi. Memang benar Razi kadangkala lupa asal-usulnya setelah dia mendapat kerja yang baik di bandar. Kalau tidak, dulu Razi hanya sekadar menjadi penganggur di kampung. Paling tidak pun dia hanya bekerja sebagai pemarut kelapa di kedai runcit Mak Mah. Masa lapangnya pula hanya sekadar membantu ahli-ahli jemaah masjid.

Sekarang, Razi sudah membuka perniagaan sendiri. Keuntungannya sangat berlipat ganda. Maklumlah, bisnes biskut online katakan.

“Tak, abang cuma…” Belum sempat Razi membalas ayat isterinya tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi.

DING DONG!

“Biar abang pergi buka pintu.” Razi terus bangun dari kerusinya dan terus pergi membuka pintu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience