Chapter 4

Fanfiction - KPOP Completed 3642

Ketika di kafeteria,Hyojin dan Chorong duduk di meja hujung sekali di sebelah dinding manakala exo pula ramai-ramai duduk di meja tengah ,berdekatan dengan meja Hyojin.

"Yah Hyojin! kau taknak tolong beli makanan untuk suami kau ke?".Bisik Chorong pada Hyojin.

"Asal lak aku nak kena beli makanan dekat dia?".Tanya Hyojin sambil menyuap roti sandwich ke dalam mulutnya.

"Cuba kau tengok suami kau.Penuh makanan depan dia peminat dia bagi,siap ada kek lagi! tapi satu pun dia tak sentuh.Apa kata kau pula beli makanan pastu letak depan dia,mana la tau dia makan ke?".Cadang Chorong.

"Ishh taknak lah aku !". Hyojin menggeleng kepalanya.

"Yahh bagi la..kau nak tengok suami kau kelaparan ke?kau je kan tahu apa Luhan suka banding orang lain". Chorong mencuit bahu Hyojin.
. .
"Weh Luhan.Kau kalau taknak makan semua tu kasi aku la! tengah lapar ni!". Xiumin memegang perutnya.

"Yah Baozi! tak cukup lagi ke makanan yang peminat kau kasi tu?nak rembat makanan Luhan pulak ". Sehun menyiku perut Xiumin.

"Nah.Ambik ah .Aku tak lapar ". Mata Luhan tak lekang memandang Hyojin yang sedang asyik menjamah sandwich nya."Kenyang ke makan tu je ?". Tanpa sedar kata-kata itu keluar dari mulut Luhan.

"Kenyang la! kau patut rasa kek Hani buat ni ". Kata Xiumin sambil menyuap kek ke dalam mulutnya.

"Dia bukan cakap dengan kau mangkuk!". Tao menolak bahu Xiumin.Xiumin terus memandang Luhan di hadapannya yang leka memandang Hyojin.

"Cakap tak cinta dah,tapi mata tu tengok siapa". Kris tergelak kecil lalu meneguk segelas jus oren.
. .
"Hyojin, masa rehat tinggal 15 minit lagi,pastu kita ada kelas sampai kol 3 petang.Kau nak suruh suami kau kelaparan ke?".Chorong menongkat dagu memandang Hyojin.

"Kalau kau caring sangat dengan suami aku tu kau je la kasi makanan dekat dia.Aku segan ar member dia suka sakat aku". Hyojin menunduk.

"Ishh kau ni! ke situ pula fikir! taknak kasi sudah la makanan dekat Luhan". Chorong sambung menyuap burger ke dalam mulutnya.

"Arraso! aku nak pergi la ni! merajuk pula kau". Hyojin terus bangun dari tempat duduknya dan pergi ke bahagian desert.

"Hehe mianhae Hyo.Tapi aku dah janji dengan Baek nak satukan kau dengan Luhan .Sejak bila aku rapat dengan Baek?sejak dia suka sakat aku,dan dia minta nak jadi kawan aku pagi tadi".Bebel Chorong sorang diri di tempatnya.

Hyojin hanya melihat makanan di tangannya."Walaupun aku miskin,tapi aku takda la tak mampu nak beli makanan dekat kafeteria sekolah ni,so disebabkan Luhan suka puding buah,aku beli puding ni untuk dia". Bisik Hyojin dalam hati sambil tersenyum.

"Wehh Luhan bini kau datang sini la!". Bisik Chanyeol yang duduk bertentangan arah laluan Hyojin ke meja mereka.Luhan hanya membatu tidak mengalihkan badannya.

"A-awak..s-saya belikan puding untuk awak..makan la sikit..nanti awak lapar". Hyojin meletakkan makanan itu di hadapan Luhan dan baru sahaja nak melangkah pergi.

"Tunggu". Luhan memegang tangan Hyojin.Mahu terkejut cipan Hyojin dibuatnya apabila Luhan memegang tangannya.

"Wooooooo". Member exo sudah kecoh. Hyojin pula menunduk kepalanya.

"Ambil ni.Makan la banyak sikit.Takkan awak makan sandwich je". Luhan meletakkan sejumlah wang di atas tangan Hyojin.

"D-de? gwenchana,saya dah kenyang". Baru sahaja Hyojin ingin menarik tangannya.

"Ambil laa.Jangan tolak ". Luhan menarik lagi tangan Hyojin.

"Bwoyah! diorang betul-betul get back kee". Peminat Luhan sudah membuahkan cerita.

"Takpe,tak perlu". Hyojin menolak pemberian Luhan.

"Dasar perempuan tak guna! dulu kau rapat dengan Luhan sebab nak harta dia kan?sekarang kau rapat dengan dia balik pun nak harta lagi ke?dasar miskin! ". Hani sudah tidak tahan melihat cara Hyojin melayan Luhan sebegitu.

//Pakk// "Opps! sorry .Saya tak perasan". Baekhyun yang dengar kata-kata Hani pada Hyojin sengaja jalan dan menumpahkan air pada baju Hani .

"O-Oppa..".Hani tidak tahu nak berkata apa.Marah pun tidak, geram pun tidak kerana Baekhyun merupakan sahabat Luhan juga.

"Yahh Hani.Kau ok ke tak ni?".Tanya Jessica,kawan baik Hani

"Ok je". Jawab Hani sambil melihat bajunya yang basah.
. .
"//Ppakk//Yahh Luhan!! asal kau bengap sangat gi kasi dia duit time-time macam ni!!".D.O menampar kepala Luhan.

"Sakit la gila!! eo waeee!! salah ke aku nak kasi duit dekat bini aku". Kata Luhan sambil bisik.

"Haih memang la tak salah,tapi tempat yang salah! cuba kau tengok orang ramai pandang Hyojin macam mana?seolah dia pula minta duit dekat kau". Kata Chen .

"Lain kali kau nak kasi dia wallet kau sekalipun kasi la dekat rumah siap-siap.Apa guna korang duduk sebumbung,sebilik,sekatil tapi benda macam ni pun tak dapat fikir awal-awal". Nasihat Kai yang duduk di hadapan Luhan.

"Arraso! balik ni aku minta maaf la dekat dia". Luhan baru faham kenapa Hyojin menolak pemberiannya tadi.
. .
. .
Hyojin mengerling jam tangannya menunjukkan pukul 2 petang.Disebabkan semua cikgu ada mesyuarat,jadi kelas dari pukul 2-3 dibatalkan.Hyojin duduk termenung di bas stop menunggu bas.Disebabkan pagi tadi dia datang dengan Luhan,jadi dia tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk pulang ke rumah melainkan naik bas.

//Pon pon // Tiba-tiba sebuah kereta Poshe bewarna biru berhenti di hadapan Hyojin.

"Masuk". Arah lelaki itu sambil menurunkan cermin kereta.

Hyojin terkaku sebentar.Setelah melihat betul-betul pemandu kereta itu Hyojin terus masuk ke dalam perut kereta.

"Kenapa tak tunggu di kereta je tadi?".Tanya Luhan tanpa memandang Hyojin di sebelahnya.

"Saya ingat awak nak lepak di studio dulu sebelum balik ke rumah .Sebab tu saya tak tunggu awak.Maaf". Hyojin hanya tunduk bermain kuku nya .

"Takpe.Lepas ni kalau datang dengan saya,balik dengan saya kecuali saya habis kelas lewat pada awak.Kalau saya habis kelas awal saya tunggu awak". Kali ni Luhan memandang Hyojin pula.

"Nae..arraso".Hyojin mengangguk perlahan.

"Saya nak bawa awak ke satu tempat ni".

"Ke mana?".Hyojin tertanya tiba-tiba.

"Kejap lagi awak tahu la".Luhan tersenyum.Hyojin mengangkat kening.
. .
. Tiba di sebuah rumah agam besar,Luhan mematikan enjin kereta.

"Rumah siapa ni awak?".Hyojin turun dari perut kereta sambil melihat sekeliling.

"Rumah kita la". Luhan mengeluarkan kunci rumah .

"Eh?kemarin appa bukan cakap baru nak cari ke?". Hyojin terkejut.

"Hahaha appa memang camni awak, dia suka buat kerja cepat-cepat.Dah jom masuk tengok-tengok dulu". Luhan terus ke pintu utama untuk membuka kunci.

//Krak// Luhan memulas tombol pintu .

"Wahhhh...cantiknya awak". Hyojin menekup mulutnya rasa terharu.

"Awak suka?".Tanya Luhan.

"Suka sangat". Hyojin tersenyum.

"Jom masuk.Kita cari bilik masing-masing".Luhan melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke tingkat dua manakala Hyojin pula pusing-pusing di bahagian tingkat satu sambil melihat ruang dapur ,ruang tamu dan bilik mandi di tingkat satu.

"Awak..".Luhan memanggil Hyojin dari atas.

"Ye kejap". Hyojin terus menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua.

"Ni bilik awak sepatutnya...tapi".Luhan menggaru kepalanya.

"Tapi apa?". Hyojin memandang Luhan.

"Ni bilik saya.Awak tengok la".

"Omo!".Hyojin terkejut melihat bilik Luhan.Satu bilik hanya mempunyai barangan perabot yang masih belum tersusun dan belum dibuka plastik manakala satu bilik lagi sudah tersusun atur barang perabot,sudah dihias kemas,dicat dan pakaian mereka juga sudah tersusun kemas dalam satu almari besar .Jika dilihat memang ciri-ciri bilik pengantin yang direka khas oleh orang profesional .

"Saya rasa malam ni awak terpaksa tidur dekat bilik saya .Esok saya tolong awak kemas bilik awak kalau awak tak selesa tidur dengan saya".

"Arraso". Hyojin hanya mengangguk tanda setuju .

//Ting tong// Bunyi alarm pintu apabila ditekan .

"Siapa tu ?".Hyojin memandang ke tingkat bawah .

"Entah.Kejap saya buka pintu ". Luhan turun ke tingkat satu dan terus membuka pintu tanpa melihat siapa tetamu di tepi screen kecil sebelah pintu .

"Surprice!!!!". Exo menjerit sambil membawa pelbagai beg plastik di tangan mereka .

"Bwoyah! korang tau mane rumah aku dekat sini?".Terkejut beruk Luhan dibuatnya.

"Ada la~ ni exo la.Kitorang mudah detect kau dengan bini kau pergi mana".Tanpa segan silu mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Luhan dan Hyojin.

"Fuuuyooo besar gilerr sia!! dapur dia besar ruang tamu rumah aku !". Chanyeol meletakkan sedikit barang dapur atas meja dapur yang dibelinya tadi sebelum ke rumah Luhan.

"Takyah terkejut sangat ah Yeol oi ! Luhan memang kaya giler .No wonder la rumah besar gini".Kata Lay sambil duduk bersandar di sofa.

Hyojin masih tercegat di tingkat dua.Nasib la tiada siapa yang menaiki tingkat dua lagi .Semua berkumpul di ruang tamu tingkat satu .

"Weh Hyojin mane?panggil la dia makan sekali dengan kita ni ". D.O mengeluarkan beberapa tin air soda dan daging panggang ke atas meja di ruang tamu .

"Hyojin dekat atas.Ishh korang tak payah la asyik sakat dia je.Dia bukan awek aku,dia bini aku dah". Luhan mengerut kening.

"Aniyo! mana ada kitorang sakat dah.Dia sendiri yang segan dengan kitorang ".Baekhyun memeluk tubuh.

"Hyojin-ahh! sini la join kitorang.Kitorang bukan nak telan kau pun". Panggil Kai dari bawah.

Hyojin perlahan-lahan turun dari tangga.

"Alolo asal kau turun tangga macam penguin? tak tih tah tak tih tii".Xiumin menyakat.

"Xiumin..". Luhan memandang Xiumin seperti nak telan saja.

"Arraso! aku tak ganggu dia dah".Xiumin membuka tin air soda.

Hyojin perlahan-lahan jalan dan duduk di sebelah Luhan.Dia baru keluar dari bilik air,jadi kakinya licin.

"Suka ke rumah baru ni ?".Tanya D.O pada Hyojin.

"Suka".Jawab Hyojin sepatah sambil mengangguk.

"Luhan ok?ke dia ade buat bende pelik-pelik dengan kau ke?".Baekhyun smirk .

//Ppakk// "Cuba tanya soalan bernas sikit". Sehun meluku kepala Baekhyun.

"Sakit la bihun! aku goreng jugak kau ni hidup-hidup". Baekhyun menjeling Sehun.

"Dah la korang,makan ni dulu.Kejap lagi kita borak".Kata Suho sambil menyuap daging ke dalam mulutnya.

"Hah aku ingat kau takde mulut dah Suho.Tau bercakap rupanya". Kata Chen sambil tersengih memandang Suho.Dalam ahli exo,Suho paling pendiam.Cakap bila perlu .

Hyojin hanya tersenyum memandang Suho .Dia suka cara Suho dibandingkan dengan yang lain.
. .
. .
. Waktu menunjukkan pukul 10 malam.Luhan sedang bermain game di telefonnya.

"Awak..pergi la mandi".Kata Hyojin sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil.Kali ini dia membawa pakaian ganti pula dan pakai siap-siap dalam bilik air.

"Arraso".Luhan mencapai tualanya di tepi katil dan jalan di sisi Hyojin ,sambil itu Luhan sempat membau rambut Hyojin yang wangi dengan aroma strawberry.

"Bwoya! jalan luas lagi asal nak himpit dekat aku". Hyojin terkaku di tempatnya.
. .
. Usai mandi Luhan membuka almari nya untuk mencari pakaian.Hyojin pula duduk di ruang tamu di tingkat 1 sambil menonton tv.

"Hyojin-ahh .Awak nak makan apa-apa?saya nak keluar beli ni ".Luhan sudah mengenakan t-shirt hitam dan seluar jean untuk keluar membeli makan.

"Beli?ehh..awak lapar ke?petang tadi awak makan banyak,saya ingat awak dah kenyang la.Awak tak payah beli la.Saya masak ea?". Hyojin berdiri dari sofa.

"Dah pukul 10 lebih ni.Tak susahkan awak ke?".Luhan turun dari tangga dan berdiri di hadapan Hyojin.

"Aniyo.Apa yang susahkannya.Ni memang tanggungjawab saya".Hyojin tersenyum lalu menuju ke dapur.Luhan mengikuti Hyojin kedapur.

Sedang asyik Hyojin menghiris sayur tiba-tiba..

//Prap!// "Aduh!". Hyojin mengaduh kesakitan apabila tangannya terkena pisau.

"Awak! awak ok ke?".Luhan terus menhisap darah di tangan Hyojin. (vampire ka apa ni ????)

"Awak,kotor la .Jangan la buat macam tu". Hyojin ingin menarik tangannya tetapi Luhan tidak melepaskan lagi.

"Lain kali hati-hati la.Risau saya". Luhan mencapai peti kecemasan yang terletak di atas peti sejuk dan mengambil plaster untuk dilekatkan di jari Hyojin.

"Awak, awak tak bagi saya simpan perasaan saya dekat awak lagi,awak suruh saya stop sukakan awak,tapi kalau awak terus buat baik dengan saya macam ni,macam mana saya nak berhenti sukakan awak?". Hyojin sudah berlinang air mata memandang Luhan.

"Jadi tak perlu la berhenti sukakan saya".Luhan memandang wajah Hyojin.

"Apa maksud awak tak perlu berhenti sukakan awak?".

"Mianhae..mianhae Hyojin ahh". Luhan mengucup lembut dahi Hyojin dan terus memeluk Hyojin.

"Apa maksud awak dengan kata-kata maaf awak...".Bisik Hyojin dalam hati lalu memejamkan mata.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience