Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 3644

Hyojin kembali semula ke meja di mana semua keluarga mereka berkumpul.

"Hyojin ahh .Kamu nangis ke?Luhan mana?". Tanya Puan Xii .

"Aniyo! mata saya masuk habuk tadi.Luhan..aa..dia ada hal tadi". Hyojin tahu Luhan sudah pulang ke rumahnya.

"Ohh yeke.Budak betuah ni tak boleh harap langsung". Puan Xii menggeleng kapalanya.

"Gwenchana,saya tengok Luhan macam sibuk je tadi". Tipu Hyojin sambil tersenyum.

Puan Park sekadar melihat anak perempuan nya.Dia tahu Hyojin sedang menangis tadi,tetapi tidak tahu puncanya apa.

"Kalau macam tu omma harap perkahwinan kamu dilangsungkan secepat mungkin ye ". Puan Xii tersenyum memandang Hyojin.

"Omma?".

"Nae, mulai dari hari ni kamu kena panggil aunty sebagai omma". Puan Xii mengusap kepala Hyojin sambil tersenyum.

"Tapi Luhan takkan setuju dengan perkahwinan ni ". Bisik Hyojin dalam hati sambil tersenyum tawar memandang Puan Xii .

"Omma balik dulu ye,Hyojin-ahh .Datang lah rumah omma kalau kamu ada masa nanti". Puan Xii tersenyum memandang Hyojin.

"Arraso...omma". Hyojin menunduk hormat.

Setelah 5 minit Puan Xii dan suaminya keluar dari pintu hotel ,Hyojin menghela keluhan.

"Waeyo Hyojin-ahh?". Puan Park memegang tangan Hyojin.

"Aniyo.Takda apa omma.Jom?". Hyojin tersenyum memandang Puan Park dan menarik tangan kedua ibu bapa nya.
. .
. .
Luhan duduk di sofa di ruang tamu rumah nya sambil memegang kepala memikirkan sesuatu .

"Luhan-yaa.Kenapa balik tak gitau omma tadi?tak manis buat tetamu menunggu". Puan Xii duduk di sebelah Luhan.

"Kenapa omma tak gitau Luhan awal-awal yang omma nak jodohkan Luhan?".Luhan memandang Puan Xii .

"Omma minta maaf ye ,tapi Hyojin tu baik orangnya ,kamu cuba la buka hati kamu untuk dia ye nak?". Puan Xii mengusap kepala Luhan.

"Shireo! Luhan taknak kahwin! lagi-lagi dengan Hyojin". Luhan membantah.

"Luhan,ni permintaan terakhir haramoni kamu,dia nak kamu kahwin secepat mungkin supaya ada seseorang yang boleh bahagiakan kamu ". Kata Puan Xii lagi.

"Permintaan terakhir?Luhan tak tahu pun?".

"Iye nak, Haramoni kamu bagitahu omma sebelum dia menutup mata buat selamanya". Puan Xii menitiskan air mata.

"Tapi kenapa Hyojin omma?". Luhan sudah serabut.

"Omma pilih Hyojin sebab omma tahu dia yang terbaik buat kamu .Omma percaya dia boleh bahagiakan kamu ".

"Omma jodohkan Luhan dengan Hyojin sebab dia anak kawan omma kan?Omma tak tahu yang lain kan?arraso,Luhan terima dia.Tapi omma! Luhan tak yakin Luhan boleh bahagia bila dengan dia". Luhan terus bangun dan menuju ke biliknya.

"Luhan-yaa!!". Panggil Puan Xii dari belakang.
. .
. .
Seperti biasa,Hyojin akan ke sekolah awal pagi di mana semua orang tidak datang kelas lagi.Semasa Hyojin jalan di koridor dia berselisih dengan Luhan.

"Awak...". Panggil Hyojin.

"Ape". Luhan tidak memandang Hyojin.

"Boleh kita bercakap sebentar?". Tanya Hyojin sambil memandang Luhan di belakangnya.

"Kalau awak nak cakap pasal perkahwinan saya dah setuju .Saya rasa kita tak ada apa lagi untuk dibincangkan".Baru sahaja Luhan ingin melangkah pergi.

"Chakkaman! .Ni bukan soal kahwin! .Saya nak cakap pasal hal lain.Boleh awak luangkan masa dengan saya sebentar?10 minit pun jadi lah". Hyojin sudah bergenang dengan air mata.

"Arraso". Luhan terus beredar ke belakang bangunan sekolah diikuti Hyojin di belakangnya.
. .
"Awak nak cakap apa?". Luhan mencampak beg galasnya atas rumput dan duduk di atas rumput.

"Kenapa awak benci saya sebegini?". Hyojin berdiri di belakang Luha.

"Aniyo,saya tak benci awak pun".

"Habis kenapa awak tinggalkan saya macam tu je?awak layan saya seolah awak tak pernah mengenali saya.Atau awak malu sebab saya miskin?".

"Sebab saya dah tawar hati dengan awak".

"Wae?saya buat apa dekat awak sampai awak tawar hati dengan saya? setahun setengah kita bersama tapi awak hanya tinggalkan saya dengan beberapa perkataan je?awak tawar hati dengan saya?awak ingat saya tak ada perasaan ke Luhan?".

"Saya tinggalkan awak sebab saya taknak sakiti hati awak.Ye,memang saya cintakan awak dulu.Tapi hati saya boleh berubah-ubah bila-bila masa sahaja.Masa tu bukan awak sorang sahaja di hati saya.Awak kenal Min Taejin?".

"Min Taejin? dia..meninggal akibat bunuh diri tahun lepas kan?".

"Ye..dia bunuh diri sebab saya tak dapat balas cinta dia sebab saya cintakan awak masa tu.Berhari-hari saya fikir akhirnya saya baru nampak usaha dia untuk dapatkan saya.Apa awak rasa kalau awak di tempat saya masa tu ?awak tahu berapa besar perasaan bersalah saya pada dia?tidak terhitung.Jadi! tolong sangat-sangat.Saya mohon, jangan cintakan saya lagi.Saya tak boleh nak cinta awak seperti dulu lagi,saya ulang sekali lagi..saya,bukan Luhan yang awak kenal dah ". Luhan berdiri dan berjalan ke arah Hyojin.

Tolong jangan cintakan saya lagi,saya bukan Luhan yang awak kenal dulu..lupakan perasaan awak dekat saya walaupun kita dalam ikatan suami isteri nanti". Luhan terus berlalu pergi.

"Kenapa perasaan saya terlalu sakit untuk mendengar perkataan itu lagi...cukup la awak seksa perasaan saya ....". Kata Hyojin sambil menangis di belakang.

.
. .
Luhan terus masuk ke dalam kelas dan membaringkan kepala di atas meja.

"Wehh kau asal ni ?muram je aku tengok?".Tegur Sehun di sebelah Luhan.

"Aku ada masalah besar". Kata Luhan sambil menutup matanya.

"Masalah apa pula?peminat kau kejar kau sampai rumah lagi?".Tanya Kai pula.

"Ke masalah si Hani tak habis ganggu kau lagi?".Tanya Kris yang duduk di hadapan Luhan.

"Bukannnn masalah lain!!!". Luhan mengusutkan rambutnya.

"Weyy rilex ar! jangan emosi". Terkejut Chen dibuatnya lihat sahabatnya sebegitu.

"Aku kena paksa kahwin!". Kalau hal peribadi Luhan lebih suka berkongsi cerita dengan sahabatnya yang dikenali sebagai EXO , band sekolah ,kingka sekolah dan terdiri daripada 12 orang.

"What!!!!! seriouslyyyyy!!!?"?Semua sahabatnya terkejut cipan.

"Dengan siapa wehh?". Tanya D.O .

"Ex girlfriend aku". Luhan terus menghantukk kepala di atas meja.

"Park Hyojin kee?wowww". Lay kelihatan teruja dengan story baru hidup Luhan..

"Yelah! Hyojin,siapa lagi ex aku selain Hyojin tu ". Luhan menongkat dagu.

"Apa masalahnye?kahwin je la.Bukan kau tak kenal dia pun".Kata Xiumin dengan slamber.

"Hah cakap senang ah.Bukan kau yang kena kahwin". Luhan menjeling Xiumin.

"Lah jodoh korang,terima je la dengan hati terbuka".Nasihat Chanyeol.

"Aku rasa kau kena bagi peluang dekat Hyojin tu.Lagipun dulu kau yang minta putus dengan Hyojin.Aku rasa dia still suka kau lagi".Kata Baekhyun yang baru faham dengan situasi Luhan.

"Molla.Masalah sekarang ni aku dah tak suka dia,aku tak cintakan dia pun ". Luhan bertegas.

"Bagi la peluang dekat dia nak bahagiakan kau wey.Kau kena faham juga perasaan perempuan macam mana,awek aku tu pun nak perhatian dari aku,sama la Hyojin pun dulu.Kau yang tinggal dia dulu sebab kau rasa bersalah dengan Taejin kan?dalam satu masa kau taknak lepaskan Hyojin juga?".Kata Tao berpanjangan.

"Aku nak tambah satu lagi ayat kau Tao , Luhan tinggal Hyojin sebab taknak sakitkan hati Hyojin kan?sebab masa tu Luhan rasa bersalah yang teramat dengan Taejin.Tak bermaksud Luhan dah tak boleh cintakan Hyojin buat kali kedua.Apa kata kau cuba buka hati kau untuk Hyojin sekali lagi Luhan?Ya,agak kejam cara aku ni tapi kau bagi dia masa 3 bulan gitu ,kalau kau dengan dia tak bahagia juga, kau tinggalkan dia.Jangan seksa perasaan dia".Nasihat D.O pula.

"Haih yelah!". Luhan sudah buntu untuk berbuat apa.Dia sudah sakitkan hati Hyojin sekali,dia tidak mahu sakitkan hati Hyojin buat kali kedua.Macam mana pun Hyojin tetap wanita yang pernah dicintainya dulu .
. .
. .
Sedang Luhan bawa kereta tiba-tiba telefonnya berdering.

"Nae omma?".Luhan mengangkat panggilan.

"Omma tunggu dekat butik pengantin ni.Bawa Hyojin datang ke sini sekali ".

"Bwo?Luhan dah on the way pulang la omma ".

"Bawa sekarang! omma tunggu ni".

"Arraso-arraso". Luhan meletak panggilan dan memusingkan stereng kereta nya menuju ke sekolah semula.
. .
Tiba di sekolah,Luhan melihat Hyojin sedang menuntun basikalnya.

/Pon pon / Luha memberhentikan kereta Poshe nya di sebelah Hyojin dan menurunkan cermin kereta.

"Masuk .Tinggal je basikal awak dekat situ .Nanti datang ambil". Kata Luhan tanpa memandang Hyojin.

"D-de? nak pergi mana?".

"Masuk je kereta.Nanti awak tahu la".

"Arraso". Hyojin meletakkan semula basikalnya ke bawah garaj dan masuk ke dalam perut kereta Luhan.

//krik krik// Tiada sebarang suara semasa dalam perjalanan ke butik.
. .
. Tiba di butik Luhan terus turun dari perut kereta dan membukakan pintu untuk Hyojin.

"Buat apa di sini awak?".Hyojin memandang Luhan.

"Omma suruh kita datang sini ".Luhan terus mendahului Hyojin masuk ke dalam butik.

"Haa sampai pun kamu berdua.Lama omma tunggu". Puan Xii memeluk erat tubuh Hyojin.

"Omma buat apa suruh kami berdua datang sini?".Tanya Luhan.

"Tu.Baju pengantin kamu berdua .pergi la cuba dulu.Omma tak sabar nak tengok ". Puan Xii sudah excited .

"Bwo?!! baju pengantin?cepatnya omma tempah?!". Luhan sudah terkejut beruk lihat tuxedo hitam yang digantung kemas di dalam balang kaca yang besar.

"Lawanya". Hyojin memandang baju pengantinnya sambil tersenyum.

"Palli cuba baju tu". Puan Xii menolak Luhan dan Hyojin .
. .
Beberapa minit kemudian Luhan sudah selesai menukar baju nya ke tuxedo pengantin .Luhan berjalan keluar dari bilik persalinan .

"Omo! kacaknya anak omma!". Puan Xii sudah teruja melihat anak lelakinya.

"Sini,tunggu Hyojin pula tukar baju ".Puan Xii menarik tangan Luhan berdiri di sampingnya.

"Dia tukar baju ke buat ba- ". Kata-kata Luhan terhenti apabila Luhan melihat Hyojin keluar dari bilik persalinan dengan pakaian pengantinnya.

"Lawanya...". Secara tidak sedar Luhan sudah terkeluarkan kata itu pada Hyojin.

"Lawa kan?tengok la siapa pilih baju". Puan Xii menyiku perut Luhan lalu menarik Hyojin berdiri di sebelah Luhan.

"Macam mana anak saya dengan bakal isteri nya?sesuai kan?". Tanya Puan Xii pada pekerja butik sambil tersenyum.

"Yes Mrs.Xii ,they look match and so beautiful !". Kata salah seorang pelayan inggeris.

"Omma,Luhan tukar baju dulu". Luhan tiba-tiba rasa tidak selesa terus masuk ke dalam bilik persalinan dan menukar pakaian asalnya.

"Hyojin pun". Hyojin juga masuk semula ke dalam bilik persalinan .

"Malu la tuuu". Puan Xii tersenyum manis .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience