Chapter 5

Fanfiction - KPOP Completed 3642

//Kringgggggg// Seperti biasa,jam loceng akan berbunyi tepat saja pukul 7 pagi .

"Omo! ". Sekali lagi Hyojin terkejut apabila Luhan tidur sambil memeluk pinggangnya."Ya tuhan..dia ni saje peluk pinggang orang ke peluk dengan tak sedar ni ". Bisik hati Hyojin sambil melihat wajah Luhan di sebelahnya ."Kenapa la awak handsome sangat ". Kata Hyojin perlahan sambil tersenyum menyentuh pipi Luhan.(seb baik author bukan pminat luhan,klo x jeles membuak nihhh ) .Hyojin perlahan-lahan mengangkat tangan Luhan yang melingkari pinggangnya.

"Kejap..seminit je". Luhan menarik badan Hyojin dan memeluknya lagi .

"Arrghhh!! awak ?". Terkejut Hyojin dibuatnya .Kedudukan mereka sekarang dekat sangat sehingga hidung Hyojin bertemu hidung Luhan .

"Mianhae...". Kata Luhan .

"Again? kenapa awak asyik minta maaf dekat saya banyak kali ni ?". Hyojin memandang Luhan yang masih memejam matanya .

"Sebab saya rasa bersalah ...sangat-sangat". Luhan membuka perlahan matanya melihat Hyojin .

"Aaa....saya dah lama maafkan awak". Hyojin terus bangun menuju ke bilik mandi apabila pipinya terasa panas tiba-tiba.

"Parah la awak kali ni .Bukan setakat baju,tuala pun awak lupa bawa". Luhan tersengih lalu menutup matanya semula sementara menunggu Hyojin selesai mandi .

Beberapa puluh minit kemudian ...

"Aigoo aku nak buat macam mana ni !!! ". Hyojin tercegat di pintu bilik mandi .Dia terlupa membawa kain tuala.Hendak memakai semula bajunya tadi,sudah basah terkena air mandinya .

"Awak...buka je pintu ni .Saya nak kasi tuala awak ni ". Luhan sudah berdiri di hadapan bilik mandi dengan memegang tuala Hyojin bercorak kartun hello kitty .

Hyojin perlahan membuka pintu .Dia hanya menyua tangannya tanpa melihat Luhan di belakang pintu ."Mana tualanya?". Hyojin menadah tangan.

"Nah". Luhan memegang tangan Hyojin .

"Awakk tak lawak la.Mana tuala saya ?". Hyojin menepis tangan Luhan .

"Arraso arraso,nah .Cepat sikit,saya nak mandi pula ". Luhan meletakkan tuala Hyojin atas tangan Hyojin.

Beberapa minit kemudian,Hyojin melangkah keluar perlahan-lahan.Luhan berdiri di hadapan bilik mandi menunggu Hyojin sudah mengelap dirinya .

"Omma! ". Terkejut Hyojin dibuatnya apabila melihat Luhan menunggu di hadapan bilik mandi sambil tersenyum nakal .

"Wahh". Luhan melihat Hyojin atas bawah .

"Yah!! awak pandang mana tu!!!". Hyojin menutup mata Luhan dengan tangannya .

"Nak tengok bini sendiri pun tak boleh .Dah,pergi pakai baju .Saya nak mandi pula". Luhan terus masuk ke dalam bilik mandi .

Setelah siap memakai seragam sekolah Hyojin turun pergi ke dapur untuk siapkan sarapan pagi .Hyojin menyediakan roti bakar dan jem serta air susu segar .

Luhan turun anak tangga sambil mengikat tali lehernya .Luhan terus menuju ke meja makan .

"Omo! ". Terkejut Luhan dibuatnya lihat hidangan di atas meja.

"Awak...ni roti ke kayu arang ?". Luhan mengangkat roti bakar hangus yang dibuat oleh Hyojin.

"Eo mianhae...saya tak pandai la guna pembakar roti awak.Rumah saya mana ada barang-barang mewah macam tu".Hyojin menggaru kepalanya .

"Takpe,awak duduk sini .Saya buatkan yang baru ". Luhan menarik tangan Hyojin duduk di kerusi meja makan .

15 minit kemudia Luhan datang dengan sepinggan roti bakar ,dan sepinggan pencake .

"Wow! nampak sedap la! macam mana awak boleh buat semua ni dalam masa 15 minit je ?". Hyojin terkejut .

"Saya dah biasa tolong omma buat semua ni dekat dapur la ".Luhan duduk di kerusi hadapan Hyojin sambil tersenyum.

"Ohh patut lah ". Hyojin sekadar mengangguk .

"Pencake ni sedap kalau awak makan dengan madu .Saya tuangkan ye dalam pinggan awak ?". Luhan mencapai sebotol madu di tangannya .

"Nae". Hyojin mengangguk sambil menggigit sudu .

Usai makan mereka siap-siap berangkat ke sekolah .Seperti biasa,Hyojin akan pergi ke sekolah menaiki kereta Luhan .

Setengah jam kemudian mereka tiba di perkarangan sekolah .

"Awak.Nah ambil ni ". Luhan meletakkan wallet atas tangan Hyojin.

"Ehh awak? kenapa kasi saya sekali wallet ni?nanti awak nak makan guna duit siapa?". Terkejut cipan Hyojin dibuatnya .

"Sayang ,tu wallet perempuan yang ,saya dah asingkan semua kad bank awak ,kad vip awak ,wang dengan lesen kereta awak dalam wallet tu .Ni wallet saya". Luhan menunjukkan wallet nya pula.

"Lesen kereta? kad bank ? kad vip ?lahai awak,saya tak perlukan pun la semua tu ". Hyojin hanya mengeluh kecil memandang Luhan .

"Ambil..kalau tak saya merajuk ". Luhan mencebik.

"Bwoyah? awak ugut saya ea?". Hyojin mengangkat kening.

"Ye". Jawab Luhan sepatah .

"Haih..arraso arraso,saya ambil.Saya guna bila perlu sangat-sangat je.Jangan marah kalau saya tak sentuh langsung wallet ni ea?". Hyojin memasukkan wallet itu ke dalam beg galasnya .

"Ok". Luhan tersenyum memandang Hyojin.

"Saya pergi dulu ea.Jumpa petang ni dekat sini ". Hyojin membuka pintu kereta .

"Tunggu! ".Luhan memegang tangan Hyojin.

"Waeee?". Hyojin sudah melangkahkan kakinya turun dari kereta .

//Chu~// Luhan menarik Hyojin dan cium pipi Hyojin .Terkejut Hyojin dibuatnya.

"Omma suruh saya buat macam ni dekat awak,nak taknak awak kena terima juga. Dah awak boleh pergi ". Luhan melepaskan perlahan tangan Hyojin .

"A-arraso...". Hyojin segera keluar dari perut kereta Luhan .
. .
. .
. "Oi! kau asal tersengih-sengih cam kera sumbang je aku tengok". Sehun menyiku lengan Luhan sebelahnya.

"Takde apa la". Luhan menongkat dagunya.

"Biarlah dia.Orang tengah angau memang gitu". Kata Kris di hadapan Luhan pula.

"Cinta berputik dua kali~~~". Baekhyun berkata dengan nada lagu.

"Hebat tol Hyojin ni.Aku tabik ar dekat dia boleh buat kau gila dekat dia dua kali ". Chen menyampuk pula.

"Diam ah korang". Luhan mencebik.

"Elee malu lerr tu ". Lay menyakat .

"Cepat-cepat buat anak.Aku tak sabar nak jadi uncle ". Baekhyun mengangkat kening.

//Ppakk// "Kau ni takde bende lain ek nak fikir.Itu ja terbit dekat otak tu ". Tao menampar kepala Baekhyun.

"Eiii sakit la panda!! aku tauk kau dekat China kang baru tau! kawan ar dengan geng-geng kau dalam hutan tu! ". Marah Baekhyun dibuatnya .

"Shhh diam .Cikgu datang". Sampuk Suho di hadapan mereka semua.
. .
. .
Baru sahaja kelas sejarah dimulakan Chorong dah tersengguk-sengguk mengantuk .

"Yah Cho! jangan tidur la". Hyojin menyiku Chorong di sebelahnya.

"Eo waeee.Semalam aku tak cukup tidur lagi".Chorong menongkat dagunya.

"Kau buat apa sampai tidur lewat gitu ?". Hyojin bermain pen nya .

"Buat apa lagi,kerja la ". Chorong membuat kerja sambilan menjadi cashier di 7E hingga pukul 12.30 pagi .

"Kesian kau .Mesti letih sangat-sangat kan?". Hyojin mengusap perlahan kepala Chorong.

"Gwenchana .Aku dah biasa la ". Chorong tersenyum .

//Pakk// Tiba-tiba segumpal kertas hinggap di kepala Hyojin.Hyojin mengambil kertas itu lalu membukanya .

[JANGAN DEKAT DENGAN LUHAN AKU .KAU DAH PERNAH LEPASKAN DIA DULU,DIA DAH JADI MILIK AKU.KAU TAK ADA HAK NAK KEMBALI DEKAT DIA LEPAS SAKITKAN HATI DIA ]

Cakap pasal Luhan,Hyojin kenal benar siapa punya angkara.Hanya sorang makhluk ini saja tidak suka dia rapat dengan Luhan dari dia jadi teman wanita Luhan dahulu .

"Hani...". Hyojin memandang ke arah Hani di mejanya di sebelah pintu belakang .

"Kertas apa tu?".Chorong merampas kertas itu dari tangan Hyojin.

"Bwoyah! biadabnya perempuan ni!! ". Chorong meronyok kertas itu lalu baling ke dalam tong sampah berdekatan dengannya.

"Biarlah dia.Jangan dilayan". Kata Hyojin lalu fokus semula pada guru yang mengajar di hadapan.
. .
. .
Usai tamat kelas pada pukul 2 petang Hyojin terus menunggu Luhan di kereta .

"Erm Luhan tak habis kelas lagi kut ". Hyojin bersandar di kereta Luhan .

"Oit.Luhan tak habis kelas lagi ke?".Tanya Chorong sambil menuntun basikalnya di hadapan Hyojin.

"Belum kut.Kejap lagi habis la tu ".Hyojin tersenyum memandang Chorong.

"Oh kalau gitu aku balik dulu ea". Chorong sudah menaiki basikalnya.

"Hati hati Cho!". Jerit Hyojin dari belakang .

Beberapa belas minit kemudian Luhan sampai sambil melambung kunci keretanya .

"Eo?Hyojin ahh?awak tunggu lama dah ke dekat sini ?". Tanya Luhan lalu segera membukakan pintu kereta untuk Hyojin.

"Aniyo,saya baru je sampai ". Hyojin tersenyum."Awak baru habis kelas ea?". Tanya Hyojin seraya masuk ke dalam perut kereta.

"Aaa haah .Baru habis kelas". Tipu Luhan.Sebenarnya Luhan ditahan oleh Hani di pintu kelasnya tadi .Hani memohon kepadanya untuk menerimanya menjadi teman wanita Luhan .Nasiblah ada member exo membantu Luhan untuk melepaskan diri dari Hani ."Aigoo..semoga kau jumpa orang yang tepat Hani ". Bsik Luhan dalam hati .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience