Chapter 12

Fanfiction - KPOP Completed 3644

Hyojin duduk di sebelah Luhan sambil memegang tangan Luhan.

"Awak..sedar la cepat ". Tanpa sedar Hyojin menitiskan air mata melihat keadaan Luhan sebegitu sekali .

"Saya dah belajar masak puding sedap-sedap dekat awak.Cepat la sedar ..nanti awak boleh rasa masakan saya ". Hyojin menangis lagi .

"Hyojin-ahh ..jom kita makan dulu ?seharian kau tak makan lagi ". Ajak Chorong.

"Taknak .Aku taknak makan selagi Luhan tak sedar.AKu nak makan sama-sama dengan Luhan ". Hyojin menundukkan kepalanya.

"Ala jangan la macam ni .Kau kena fikir keadaan kau juga .Jom makan ye ?". Chorong menarik tangan Hyojin .

"Siapa nak jaga Luhan ..aku tak nak tinggal dia sendirian .Aku risau ". Hyojin mengeratkn pegangan tangannya .

"Gwenchana, exo kan on the way tu .Kejap lagi diorang sampai la ".

Kita tunggu sampai exo datang dlu .Baru aku akan makan ".

"Arraso.Aku ikut je kalau tu kau nak.Asalkan kau makan ".Chorong tersenyum.
. .
.

"Guys! korang pergi dulu hospital.Aku nak pergi ke balai polis dulu pasal kes kemarin .Pihak polis call untuk untuk memaklumkan info lanjut ". Kata Sehun.

"Nak ikut kau Hun! ". Kata Lay .

"Ha ok ". Sehun mengangguk.

"Orite! nanti kau pergi ea". Kris terus masuk ke dalam perut keretanya .

.
. .
"Kenapa ni ? Tanya Lay yang baru sahaja sampai di hospital dan ternampak Hyojin dibaringkan di sofa .

"Dia tertidur tadi .Mungkin letih sangat sebab semalaman dia tak tidur,semalaman dia tak makan .Jadi aku ubah dia dekat sofa". Kata Chorong.

"Lah asal tak panggil nurse ?". Chen terus mendekati Hyojin .Dipegangnya tangan Hyojin untuk memeriksa kadar nadi .

"Weh! nadi dia lemah ni ! cepat panggil doktor ! ". Jerit Lay .

"Arraso aku tolong panggilkan doktor". D.O segera keluar dari bilik Luhan dan memanggil doktor .
. .
. "Mengikut cctv yang terdapat di kawasan pelabuhan kapal ni ,pihak polis dah siasat yang pelakunya ialah seorang perempuan ,tetapi masih tidak dipastikan lagi siapa orang itu .Dan kami masih dalam mengkaji cap jari yang terdapat di kayu yang dipukul di kepala mangsa". Kata seorang polis perempuan yang bernama Minjung .

"Perempuan ?". Sehun tertanya .

"Ya, boleh saya tahu kalau encik Luhan ada bermusuh dengan sesiapa ke ?".

"Setahu saya takda ..tapi , haritu dia ada cakap yang dia terasa seperti diperhati oleh seseorang .Orang tu mencurigakan ". Kata Xiumin .

"Boleh bagi sedikit keterangan? orang tu lelaki atau perempuan ? di mana tempat yang selalu encik Luhan rasa diperhatikan tu ? ".

"Erm tak pasti macam mana identiti orang tu ,tapi yang saya pasti Luhan cakap dia selalu diperhatikan di sekolah ". Kata Sehun pula .

"Ok terima kasih atas maklumat tu .Pihak kami akan terus menjalankan operasi ni .Kami juga memerlukan pertolongan awak semua untuk selesaikan kes ni secepat mungkin .Esok kami akan mulakan siasatan di sekolah awak berdua ".

"Ya, tolong panggil kami jika perlukan apa-apa pertanyaan .Kalau tak ada apa-apa kami pergi dulu ya ". Sehun dan Lay meminta diri untuk pergi .
. .
. Setelah beberapa jam terlantar , Hyojin pun sedarkan diri . Badannya terasa lemah sekali untuk bergerak kesana sini .

"Hyojin-ahh ..jangan la bergerak mana lagi .Nah makan sikit,aku sempat balik masakan bubur untuk kau ni .Tadi Kai yang tolong jagakan kau ". Kata Chorong sambil membuka bekas makananya.

"Luhan macam mana ?dah sedar ?". Tanya Hyojin .

"Belum .Tapi aku yakin,Luhan kuat.Nanti dia bangun la tu ".

"Kalau la aku halang Luhan pergi masa tu mesti keadaan tak macam ni ". Sekali lagi Hyojin menitiskan air mata.

"Hyojin ,kau tak boleh stress macam ni .Kau tak boleh salahkan diri kau je .Mungkin ada sebab kenapa semua ni jadi .Pihak polis dah jalankan operasi ,aku harap pelakunya cepat dipertemukan ".

"Haih ...". Hyojin mengeluh.

"Makan sikit ea ? macam mana kau nak jaga suami kau kalau keadaan kau macam ni .Kau kena la bagi semangat dekat suami kau supaya cepat sedar ". Chorong menepuk perlahan bahu Hyojin .

"Arraso. Gomawo Chorong ". Hyojin mencapai bekas berisi bubur di tangan Chorong .
. .
. .

Jihyun membakar segala pakaian yang dipakainya semalam .

"Mereka tak boleh jumpa sebarang bukti ! ".

"Eonnie ...apa eonie buat ..". Taejin berdiri di hadapan pintu .

"Aniyo .Ni baju lama eonnie .Saja eonnie bakar ". Kata Jihyun dengan tersenyum tawar .

"Oh.. araso ". Taejin masuk semula ke dalam rumah .Disebabkan kejadian dulu,di mana Taejin melakukan percubaan bunuh diri iaitu terjun dari tingkat 1 bangunan sekolah , Taejin mengalami penyakit Alzheimer(?) ,satu penyakit pelupa .Kejap ingat, kejap tak ingat.Penyakit ini hanya bergantung pada ubat sahaja untuk bertahan lama mana pesakit dapat mengingati sesuatu perkara .
. .
"Weh cikgu sexy tu tak datang ke harini?". Tanya Suga sambil menongkat dagu .

"Haah tak datang ! kenapa harini ramai sangat tak datang kelas ni ! kelas sebelah lagi lah ,exo sorang pun tak datang ". Kata Hoseok pula sambil mencebik .

"Lah yeke ..Cho dengan Hyo pun tak datang ek ". Suga memandang kerusi belakangnya .

"Oi madu .Cho dengan Hyo gi mana harini ?". Tanya Suga pada Hani .

"Biarlah diorang nak pergi mana pun .Korang sibuk asal ". Hani sedang membalas sms daripada D.O yang memberi maklumat tentang keadaan Hyojin dan Luhan .

"Semoga cepat sembuh Luhan dan semoga betabah Hyojin..". Hani menunduk kepalanya.
. .
. .
SKip!!!! ( nak cepatkan cerita senanya ..hehe )

6 bulan kemudian ..

Luhan masih lagi tidak sedarkan diri .Tetapi doktor mengatakan Luhan semakin pulih .Kecederaan pada badannya sudah sembuh,tetapi Luhan tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan berat lagi ketika Luhan sedar nanti .Hyojin duduk sambil mengelap tangan dan badan Luhan dengan tuala basah .Tiba-tiba Luhan menggerakkan jari telunjuknya .

"Lu-Luhan ...". Hyojin terkejut . "Doktor!!tolong datang ke bilik ni segera ! ". Jerit Hyojin di satu butang yang akan ditekan jika memerlukan bantuan atau apa-apa kecemasan .

Beberapa minit kemudian seorang doktor lelaki bergegas masuk ke dalam bilik Luhan .

"Ada apa cik ?". Tanya doktor itu .

"Saya nampak jari suami saya bergerak tadi ". Hyojin menunjuk ke arah jari Luhan .

"Kejap ya ". Doktor itu terus memeriksa keadaan Luhan .

"Syukur lah .Suami Puan dah semakin pulih ,tak lama lagi dia akan sedar ". Kata doktor itu sambil tersenyum .

"Gomawo doktor ". Hyojin tunduk .
"Gomawo Luhan ". Hyojin terus memeluk Luhan .

"Iye ,sudah kerja saya untuk merawat suami puan ". Kata doktor itu dengan tersenyum lagi .
. .
. Hyojin meminta ahli exo segera datang ke hospital untuk menjaga Luhan sebentar kerana dia ingin pulang ke rumah untuk masakkan sesuatu pada Luhan .Sudah hampir 7 bulan Luhan terlantar di katil hospital dan tidak makan apa-apa langsung.Hanya bertahan dengan air yang dimasukkan ke dalam tubuhnya .

"Wahh Hyojin ..sedapnya bau bubur kau masak .Terliur aku ". Kata Chorong yang berdiri di sebelah Hyojin di dapur .

"Ala, siapa je dapat kalahkan bubur Hyojin". Jerit Hani di ruang tamu .

"Ishh ada-ada je korang ni ". Hyojin tergelak kecil .

.
. .
"Luhan ?! ". Jerit Kai apabila ternampak Luhan membukakan matanya .

"Aku dekat mana ni ". Luhan memegang kepalanya .

"Yah kau dah sedar ? syukur lah ! ". Sehun menutup mulutnya menahan kegembiraan .

"Korang buat apa dekat sini ". Tanya Luhan sambil melihat wajah sorang per seorang kawannya di sekelilingnya .

"Buat apa lagi! lawat kau la gila ! lama mana kau terlantar dekat sini .Bini kau risau separuh mati tu ha! ". Kata Baekhyun pula.

"Bini ?". Luhan terdiam seketika .

"Yela ,Hyojin .Bini kau ". Kata D.O pula .

"Sejak bila aku kahwin ni ". Luhan tergelak kecil walaupun dalam kesakitan .

"Yah Luhan ! tak lawak la ". Chen menepuk bahu Luhan .

"Bwo ? korang ni yang tengah mengarut sekarang .Aku tak kenal langsung orang yang nama Hyojin .Apa bendanya dia bini aku ". Luhan menggelengkan kepalanya .

"Wehh ! gi panggil doktor kejap ". Bisik Kris pada Lay.

"Ok ". Lay segera keluar dari bilik Luhan .

"Kau chat Hyojin,ke Cho atau Hani ,cakap dekat diorang jangan datang hospital lagi .Tunggu dalam 30 minit macam tu baru datang ". Bisik Xiumin pada Suho .

"Oi .Korang bisik-bisik apa ". Luhan mengerut kening .

"Bukan pasal kau pun .Pasal sekolah je .Harini kan kitorang ponteng sekolah ". Tipu Kris .

"Lah .Korang ponteng sekolah ke ". Luhan tersengih .

"Omona Luhan !! kamu dah sedar nak .Risau omma appa ". Puan Xii terus memeluk Luhan .

"Omma ! ". Luhan memeluk kembali ibunya .Encik Xii hanya memerhati dengan tersenyum.Syukur sangat apabila anak lelakinya sudah sedar dan makin sembuh .

Beberapa minit kemudian ,Hyojin ,Chorong dan Hani pula datang .

"Awak!! ". Hyojin terus memeluk Luhan tanpa memikirkan orang sekelilingnya .

"Kau ...siapa ?". Tanya Luhan yang tidak membalas pelukan itu .

"Weh!! kan aku cakap jangan suruh diorang datang lagi !! ". Marah Xiumin pada Suho .

"Mana aku tau ! sorang pun tak angkat call aku ,mesej pun tak reply ! ". Kata Suho pula .

"Maaf, saya terlewat .Saya ada appoiment dengan seorang pesakit tadi .Ada apa-apa saya boleh bantu ?". Doktor Kim datang dan berdiri di sebelah Luhan .

"Apa maksud awak siapa saya ?saya isteri awak la ". Hyojin tersenyum .

"Aku tak kenal kau .Kau pula siapa ?". Kata Luhan sambil memandang Hyojin ,Chorong dengan Hani .

"Yahh Luhan .Tu Hyojin la .Bini kau ,takkan kau tak ingat ?". Kata Chorong yang melihat Luhan memandang Hyojin seperti seorang asing .

"Luhan ,kamu tak ingat ke siapa Hyojin ?". Tanya Puan Xii dengan terkejut .

" Kejap ,biar saya periksa pesakit sekejap .Boleh awak semua tolong keluar sekejap ?". Pinta Doktor Kim .

"Nae ". Semua orang beredar keluar dari bilik Luhan .

Setelah beberapa lama kemudian , tiba-tiba katil Luhan disorong keluar dari bilik itu .

"Ada apa ni doktor ?". Tanya Hyojin yang terkejut apabila Luhan dibawa keluar dari bilik .

"Tak ada apa ,kami hanya nak lakukan pemeriksaan penuh dari kepala hingga hujung kaki pesakit jika ada sebarang masalah ". Kata Doktor Kim cuba menenangkan Hyojin dan yang lain .

"Arraso .Tolong buat sebaik mungkin doktor ". Pesan Puan Xii.

Setelah beberapa jam menunggu Luhan di bilik pemeriksa, Hyojin,Puan Xii dan Encik Xii diminta ke pejabat Doktor Kim untuk keterangan lanjut .

"Ada apa ye doktor?". Tanya Encik Xii seraya duduk di kerusi di hadapan doktor Kim .

"Macam ni , saya dapati pesakit yang bernama Xii Luhan ni telah mengalami amnesia .Tetapi ,hanya sebahagian dari ingatannya sahaja yang pesakit tidak dapat kembalikan ingatan itu lagi ". Terang Doktor Kim .

"B-bwo ? hilang ingatan ?". Hyojin terkejut .

"Ya, itu hasil dari pemeriksaan kami sebentar tadi .Encik Luhan mengalami kecederaan otak di bahagian kiri,menyebabkan separuh dari ingatannya telah hilang .Jadi ,ada segelintir orang yang Encik Luhan memerlukan masa untuk mengingatinya semula ".

"Agak-agak berapa lama masa anak saya ambil untuk ingat semua kembali ?".

"Bergantung dengan masa dan keadaan .Biasanya jika pesakit hilang kesemua ingatannya ,pesakit memrlukan sekitar 6-8 bulan .Jika separuh ingatannya hilang mungkin anggaran saya dalam 5 bulan untuk mengingatinya semula.Seperti saya katakan tadi, bergantung dengan keadaan. Jadi ,Cik dan Puan juga perlu membantu pesakit untuk mengingati semula memorinya yang telah hilang ". Kata Doktor Kim .

"5 bulan ?". Hyojin sudah menitiskan air mata mendengar berita tidak baik itu .

"Gwenchana ,omma yakin Luhan boleh ingat kamu secepat mungkin.Omma akan bantu kamu ya nak ". Puan Xii cuba menenangkan Hyojin yang sudah tidak dapat mengawal perasaannya .
. .
. .
Sehingga sekarang ,pihak polis masih lagi menjalankan tugas untuk mencari suspek yang bernama Min Jihyun ,yang disyaki terlibat dalam kes membunuh . Suspek masih dalam pencarian .

"Kenapa mesti Luhan yang perlu hadapi semua ni .Ni semua salah aku ! aku yang berusaha mendekati Luhan dulu sehinggakan aku tidak memikirkan perasaan orang lain yang juga sayang Luhan lebih dari aku sayang Luhan ". Hyojin memegang dadanya yang terasa sebak .

"Maksud kau ,kau salahan dirikan sebab Taejin mati dan kakaknya pula nak balas dendam untuk adiknya ?Camon la Hyo , ni bukan salah kau la.Bukan Taejin je sukakan Luhan masa tu ,Aku pun suka ..tapi aku takda pula nak buat kerja gila sampai bunuh diri tu ". Kata Hani dengan bersungguh .

"Hyojin ,sudah la salahkan diri kau .Aku harap polis segera jumpa perempuan tu dan mengenakan hukuman gantung sampai mati atas segala kesalahan yang dia lakukan tu ! ". Kata Chorong .

"Dapat dekat tangan aku ,aku lanyak perempuan tu cukup-cukup ! arghh cikgu tak guna ! ". Jerit Hani .

"Oit Hani .Hyojin pun tak over macam kau ". D.O membuat muka .

"Ishh saya geram tau tak ". Hani mengepal penumbuknya .

"Semua orang geram .Lama mana dah perempuan tu hilangkan diri lepas lapor dekat pihak sekolah yang Luhan dengan Hyojin dah kahwin.So diorang berdua ni kena buang sekolah dah ! ". Kai berkata dengan nada menyampah .

"Aniyo ,saya ok je .Tapi Luhan ...". Hyojin masih lagi risaukan Luhan .Otaknya tidak henti memikirkan Luhan macam mna Luhan dapat duduk dengannya nanti ketika kembali ke rumah .Adakah Luhan akan membencinya ?adakah Luhan sudah tidak menyayanginya ? atau ...adakah Luhan akan segera ceraikannya ...?

"Gwenchana , aku tau Luhan tak sekejam tu ". Walaupun Suho sendiri tidak yakin dengan kata-katanya ,tetapi dicuba juga untuk menyedapkan hati Hyojin .

-BERSAMBUNG -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience