Chapter 13

Fanfiction - KPOP Completed 3642

Sudah seminggu Luhan dapat pulang ke rumah namun dia hanya layan Hyojin seperti nak tak nak je .

"Awak nak makan ?". Tanya Hyojin sambil menghidangkan makanan atas meja .

"Takpe la.AKu tak lapar ". Luhan sibuk bermain telefonnya .

"Arraso.Nanti kalau awak lapar, jangan lupa makan tau ". Pesan Hyojin lalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya .

Buat sementara waktu Hyojin terpaksa tidur berasingan dengan Luhan kerana kata Luhan dia berasa tidak selesa apabila sekatil dengan Hyojin .

"Macam mana lah aku boleh kahwin dengan perempuan lembab macam ni ". Luhan menjeling Hyojin .Disebabkan Luhan dan Hyojin dibuang sekolah ,Luhan berasa tidak puas hati dan hanya menghabiskan masa dengan duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti . Doktor juga menasihati supaya Luhan perlu cukup berehat sebelum melakukan apa-apa kerja. Ahli exo juga kerap datang ke rumah Luhan ,tetapi hanya sekejap sahaja kerana mereka juga ada kerja sendiri yang perlu dilakukan .Cuma yang peliknya,paling kerap datang melawat mereka ialah Kai .

Hyojin menundukkan kepalanya .Tanpa disedari air matanya mengalir .Sumpah terasa ! apabila dilayan acuh tak acuh saja dengan suami sendiri. "Apa salah aku ". Bisik Hyojin dalam hati .

Weh Hyo. Jom keluar jalan-jalan ? [HChorong]

Tak boleh .Aku tak nak tinggal Luhan sendirian dekat rumah .Aku risau [Hyojin]

Ala kenapa ? Luhan tak kasi ke ?petang ni Baek nak datang rumah kau ,suruh la Baek teman Luhan kejap [Chorong]

Tak nak la .Aku malas nak keluar juga lagipun [Hyojin]

Arraso ,lain kali kita keluar tau [Chorong]

Okeyy [Hyojin]

"Wehh! ". Jerit Luhan dari bawah . Hyojin segera keluar dari bilik apabila terdengar suara Luhan .

"Ye awak ? awak nak apa-apa ke ?". Hyojin duduk di sebelah Luhan .

"Aku rasa nak makan puding.Buatkan untuk aku ". Kata Luhan tnpa memandang wajah Hyojin .

"Oh arraso,kejap ya saya buatkan " . Hyojin tersenyum . "Macam mana pun aku kena kuatkan semangat ! aku tak boleh mengalah macam tu je ". Bisik Hyojin dalam hati .

Hyojin segera ke dapur untuk buatkan puding untuk Luhan .

//Ting tong ting tong // Loceng ditekan .

"Siapa pula datang ..". Luhan segera membuka pintu .

"Eo Luhan ya ..kamu apa khabar nak ?". Tanya Puan Park sambil menepuk perlahan bahu Luhan .

"Ya,saya sihat sja...omma?". Wajah Puan Park samar-samar dalam fikirannya.

"Ya ,ni omma . Hyo ada ?". Tanya Puan Park yang berdiri di pintu .

"Hyo ada dekat dapur tu .Masuk la omma ". Pelawa Luhan .

"Nae ". Puan Park perlahan melangkah masuk ke dalam rumah Luhan dan Hyojin .

"Kenapa..aku tak boleh ingat langsung pasal perempuan tu ?sedangkan orang lain aku boleh ingat ?". Luhan berfikir sejenak .

"Wahh sedapnya bau ..". Puan Park segera ke dapur melihat masakan Hyojin .

"Eo omma!!! ". Hyojin terus memeluk omma nya apabila ternampak omma nya berdiri di belakangnya sambil tersenyum .

"Kamu sihat ?". Tanya Puan Park pada Hyojin .

"Mesti la sihat omma! ". Hyojin tergelak kecil .Puan Park sekadar tersenyum melihat anaknya.DIa tahu yang Hyojin sedang menyembunyikan tangisnya kerana suaminya tidak mengingatinya .

"Masak apa tu ". Puan Park mengintai dalam periuk .

"Puding ! Hyo buatkan puding buah untuk Luhan .Dia kan suka puding omma ". Kata Hyojin sambil trsenyum.Tak semestinya hilang ingatan,selera nya boleh bertukar kan ?

"Wah mesti sedap kan ? haa takpe lah ,omma ke depan dulu ya nak berbual dengan Luhan sebentar ,kamu teruskan la kerja kamu ". Puan Park mengusap kepala Hyojin.

"Nae omma, nanti Hyo ke depan ye lepas siap ni ". Kata Hyojin .

.
. .

"Boleh omma tanya sesuatu ?". Puan Park melabuhkan punggung duduk di sebelah Luhan .

"Tanya apa omma ?". Luhan meletakkan telefon nya di atas meja lalu memandang Puan Park .

"Omma tau , kamu rasa tak selesa kan bila kena tinggal sebumbung dengan orang yang langsung kamu tak ingat ? kalau keadaan kamu sekarang,ayat lebih sesuai dengan orang yang langsung kamu tak kenal kan ?". Tanya Puan Park .

"A-aniyo .Bukan macam tu omma ..tapi ..". Luhan terdiam seketika .

"Tapi apa ?". Tanya Puan Park lagi .

"Entah la .Luhan pun tak faham dengan perasaan Luhan sekarang .Apa Luhan tengah rasa pun Luhan tak tahu .Tapi yang pasti,ya ..Luhan agak tak selesa bila dekat dengan Hyojin .Walaupun Luhan tau dia isteri Luhan ". Luhan menundukkan kepalanya .

"Ya, omma faham .Tapi boleh tak omma nak minta satu permintaan ?".

"Ya, apa tu omma ?".

"Tolong berikan Hyojin peluang untuk baiki keadaan kamu berdua yang semakin berenggang sekarang .Omma tahu omma tak patut masuk campur dalam hal rumah tangga kamu berdua ,tapi tolong ...beri Hyo peluang ye nak ?". Puan Park memegang tangan Luhan .

Luhan terdiam seketika .Pelbagai persoalan tertanya di kepala Luhan . "Perlu ke aku kasi Hyojin peluang ? " "Kenapa meti aku membenci Hyojin ?" " Adakah hati aku dah bersedia ?". Luhan masih lagi terdiam .

"Omma taknak paksa kamu kalau kamu masih rasa tidak bersedia untuk berdekat diri dengan Hyo ,tapi kamu kena fikir juga perasaan isteri kamu .. ". Nasihat Puan Park .

"Arraso omma. Luhan cuba ..". Luhan mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar .
. .

"Hyojin ahh ..omma balik dulu ye ?". Puan Park ke dapur semula .

"Lah omma nak balik dah ke ? Hyo baru selesai masak ni ". Hyojin meletakkan puding itu ke dalam peti sejuk .

"Tak apa ,lain kali omma boleh datang lagi dengan appa kamu .Dia busy sikit tu ".

"Arraso omma.. jumpa lagi ya omma .. ". Hyojin memeluk Puan Park .

"Jaga diri kamu baik-baik nak ,ingat ..walau apa jadi,jangan bersedih ..omma sentiasa ada dengan kamu ". Puan Park mengucup perlahan ubun Hyojin .

"Gomawo omma ". Hyojin memeluk Puan Park lagi .

.
. .

"Guys! aku nak gi rumah Luhan ni .Siapa nak ikut ? ".Tanya Baekhyun yang berdiri di pintu studio .

"Nak ikut ! ". Kai mencapai kunci keretanya .

"Sorry weh! esok la aku pergi rumah Luhan .Harini ak ada kerja nak buat ni ". Kata Kris .Begitu jua yang lain .Disebabkan mereka di akhir tahun , mereka busy menyiapkan assignment dan sebagainya .

"Haa ok! ". Baekhyun dan Kai segera keluar dari studio.

"Wehh korang tak perasan ke yang Kai asyik pergi rumah Luhan je tiap hari ?rajin betul dia ". Bisik Chen pada yang lain.

"Kau tak tahu ke Kai pernah suka Hyojin dulu sebelum Luhan couple dengan Hyojin".Kata D.O .

"Serious kee ?". Tanya Sehun dngan terkejut .

"Serius la .Dia gitau aku je ". Kata D.O yang membocorkan rahsia itu .

"Seolma! jangan cakap yang Kai cuba dekatkan diri dengan Hyojin sekarang sebab Luhan tengah pinggirkan Hyojin ...?". Xiumin membuat andaian sendiri .

"Guys! jangan fikir bukan-bukan boleh tak ?Kalau betul Kai ada niat jahat dengan Luhan untuk rampas Hyojin,dari dulu dia dah buat .Masa diorang baru couple tu .Masing-masing hati boleh berubah lagi masa tu .Sekarang ni Hyojin dah cinta mati dengan Luhan tu .Tak mungkin dia akan senang-senang tinggalkan Luhan gitu je ". Suho menggeleng kepalanya.

"Habis Kai macam mana?". Tanya Lay .

"Kai cakap dekat aku dia anggap Luhan macam keluarga sendiri dah sebab Luhan baik sangat dengan dia .Dia dah takde perasaan dekat Hyojin pun .Dia anggap Hyojin tu macam kawan dia je ". Sambung D.O lagi .

"Lahh asal tak cakap awal-awal ". Chanyeol mencebik .

"Korang yang potong masa aku tengah cakap,aku nak cakap apa ". D.O jeling mereka semua .

"Haah betul juga ". Sehun mengangguk .
. .
. Tiba di rumah Luhan ,Baekhyun dan Kai turun dari perut kereta .

//Ting tong // Baekhyun menekan loceng .

//Krak // Hyojin membuka perlahan pintu .

"Eo Hyojin ahh ! Luhan ada ?". Tanya Baekhyun .

"Ada ,tengah makan tu .Masuk la ". Pelawa Hyojin .

"Annyeong Hyojin ssi ". Kai melambai pada Hyojin .

"Annyeong Kai ". Balas Hyojin sambil tersenyum .

"Woiii makan apa tuuu ! nak sikit!! ". Baekhyun tanpa segan silu menarik mangkuk berisi puding dan menyuap sesudu puding ke dalam mulutnya .

"Yahh!!!! siapa suruh kau makan tu!! ". Marah Luhan .

"Eo waeeee aku rasa sikit je ! ". Terkejut beruk Baekhyun apabila Luhan memarahinya .

"Tak boleh! bini aku buat untuk aku je .Kau nak makan,gi buat sendiri! ". Luhan menarik semula mangkuk itu dari tangan Baekhyun .

"Ishhh kedekut! ". Bentak Baekhyun .

"Haha sudah la korang .Yah Baek ,biar dia makan dulu ". Kata Kai lalu duduk di sofa .

"Yelah ..oit Hyojin ! sini la ". Baek menepuk sofa di sebelahnya .

Hyojin segera melangkah mendekati Baek .

"Xii Hyojin . Saya tak izinkan awak duduk di sebelah Baek ! ". Jerit Luhan yang ternampak Hyojin hampir sahaja nak duduk di sebelah Baek kerana satu kerusi lagi Kai sudah baring sambil menonton tv .

"Apehal doo?sebelum ni kau kasi je Hyo duduk sebelah aku .Bukan aku nak peluk bini kau pun ! ". Baekhyun sudah keharanan sikap Luhan tiba-tiba sahaja berubah .

"Bia la.Dia bini aku .Aku ada hak nak tentukan apa dia boleh buat ". Luhan mencebik .Hyojin juga berasa pelik dengan sikap Luhan .Baru tadi Luhan hanya layan dia acuh tak acuh ,tiba-tiba pula Luhan jadi agresif apabila nampak Baekhyun dan Kai mendekati Hyojin .

"Jeles cakap ar ". Kai tergelak kecil .

"Heol ! takda masa aku nak jeles ". Luhan menjeling Kai .

"Kalau macam tu kau tak marah la kalau aku buat macam ni ?". Kai terus memegang tangan Hyojin dengan spontan .

"Yah!!! kau nak aku sumbat sudu ni dalam mulut kau ke ?! ". Luhan terus berdiri dari tempat duduknya di meja makan .

"Lari Kai !! ". Jerit Baekhyun .

"Ya , ada betul jga kata omma tadi .Aku kena bagi Hyo peluang untuk berbalik seperti dulu .Aku pun tak tahu macam mana aku layan Hyojin dulu ,tapi kelihatan aku dah berlaku kejam dengan Hyojin sekarang.Aku akan cuba berlembut dengan Hyojin .Entah kenapa aku rasa cemburu sangat apabila Hyojin melayan Baek dengan Kai sama saja seperti Hyojin melayan aku .Bukan setakat Baek dan Kai je ,dengan orang lain pun sama !apa semua ni ! ". Jerit Luhan dalam hati.
. .
. "Hyo ..malam ni tido bilik saya je ". Kata Luhan lalu masuk ke dalam biliknya .

Hyojin terkaku sebentar ketika hendak melangkah masuk ke dalam biliknya.
Beberapa minit kemudia Hyojin menjenguk di pintu bilik Luhan sambil membawa selimut doraemon nya .

"Masuk la.Tak perlu junguk macam tu ". Kata Luhan yang dilindung sedikit dengan pintu biliknya.Luhan sedang memakai baju ketika itu .

Hyojin perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik Luhan.Pelbagai persoalan bermain di fikirannya . "Kenapa Luhan tiba-tiba ajak aku tidur di bilik dia ?" "Luhan dah ingat aku ke ?" " Luhan nak buat sesuatu dekat aku ke ?" .Hyojin terus duduk di atas katil sambil menyelimutkan kakinya .

Luhan juga perlahan-lahan baring di sebelah Hyojin .Tiba-tiba Hyojin terasa seperti tangannya dipegang .

"Mianhae ...". Kata Luhan sepatah .

"Waeyo ?". Tanya Hyojin .

"Sebab layan awak macam orang asing sejak balik dari hospital haritu .Saya tak patut buat awak macam tu .Walaupun saya tak kenal siapa awak sekarang tapi hati saya mengatakan yang kita dekattt sangat dulu .Boleh tak ..awak bagi saya peluang untuk baiki keadaan kita semula ? kalau saya tak dapat ingat siapa awak sekalipun..kita boleh mula dari awal kan ?". Luhan duduk bersila atas katil dan menghadap Hyojin .Tangannya masih memegang erat tangan Hyojin .

"Awak .. awak tetap suami saya macam mana pun .Baik buruk pun awak tetap suami saya .Saya takkan lawan cakap awak,saya terima segala keputusan awak tapi satu je saya tak dapat terima ...".Hyojin terdiam seketika .

"Apadia ?". Tanya Luhan .

"Saya taknak kehilangan awak .Please..jangan tinngal saya macam mana awak pernah tinggal saya dulu ". Tanpa sedar air mata mengalir dari mata Hyojin .

"Awak , kalau awak pilihan saya sejak dulu lagi,tak mungkin saya akan tinggalkan awak walaupun ingatan saya dah tak macam dulu .So saya perlukan juga pertolongan awak untuk ingat kembali ingatan saya..awak boleh tolong saya kan ?". Luhan memegang kedua belah pipi Hyojin .

"Nae ..gomawo Luhan sebab masih bertahan untuk saya sampai sekarang ..".

"Saya akan cuba sayang awak ,cinta awak lebih daripada Luhan sebelum ni .Saya janji ". Luhan mengucup lembut bibir Hyojin .Hyojin hanya tersenyum .

"Maafkan atas kelakuan saya selama seminggu ni kalau saya terlalu kejam dengan awak .Jauh di sudut hati saya ,saya pun takut awak tinggalkan saya ". Sambung Luhan lagi .

"Aniyo .Saya takkan tinggalkan awak la .Saya janji ". Hyojin memegang tangan Luhan .

"Gomawo Hyojin ssi ". Luhan merapatkan dahinya ke dahi Hyojin.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience