Chapter 11

Fanfiction - KPOP Completed 3642

"Awak ..terima kasih tau kemarin dah bawakan saya,Cho dengan Hani ke rumah harabujji untuk berseronok ". Hyojin memegang tangan Luhan yang sedang menonton tv .

"Tak perlu berterima kasih la awak, saya lagi suka kalau awak happy ". Luhan melagakan dahinya pada dahi Hyojin. Hyojin hanya tersenyum .

"Jap tau saya nak chat Baekhyun .Saya rasa dia terambil satu beg yang harabujji kasi dekat saya tu.Saya letak dekat atas kerusi rehat tu kemarin ".

"Ha?oo beg warna merah tu eh?".

"Ya.Awak nampak ke?".

"Nampak,memang Baekhyun ambil pun.Saya rasa tertukar dengan beg dia la sebab beg tu sama warna dengan beg awak ".Kata Hyojin pula .

Oi Baek! kau letak mana beg aku warna merah kemarin yang kau terambil tu ? [Luhan]

Seorang wanita tersenyum apabila terbaca pesanan yang dihantar oleh Luhan .Ni la masanya untuk jalankan kerjanya.

Datang dekat satu tempat ni.Nanti aku bawakan beg tu.Aku takde dekat rumah [Baekhyun]

"Eh?apahal pula kena pergi ke satu tempat?boleh je dia tolong bawakan dekat sekolah esok ". Luhan menggaru kepalanya.

"Kenapa awak?".Tanya Hyojin.

"Ntah Baek ni ". Luhan menjongket bahu .

Malas ah.Esok kau tolong bawa gi sekolah [Luhan]

Esok aku mungkin tak pergi sekolah,ada urusan sikit [Baekhyun]

Aigoo.Kau dekat mana ni ? [Luhan]

Dekat suatu tempat, saja..ambil angin [Baekhyun]

Haa yelah,nanti sent location,aku datang [Luhan]

ok [Baekhyun]

"Awak, saya nak keluar kejap tau ambil beg tu dekat Baekhyun.Duduk rumah,jangan pergi mana selagi saya tak balik.Sekarang ni bahaya sikit". Pesan Luhan pada Hyojin.

"Arraso,hati-hati tau ". Pesan Hyojin juga.

"Nae". Luhan terus mencapai kunci kereta yang disangkut di sebelah pintu .
. .
. Mengikut lokasi yang dihantar oleh Baekhyun , kelihatan seperti agak jauh dari rumah Baekhyun.Di mana tempat itu?Hari sudah hampir senja jadi Luhan terpaksa membawa laju keretanya supaya dapat segera pulang ke rumah .Dia risau jika meninggalkan isterinya seorang diri di rumah .

Tiba sahaja tempat itu Luhan terus menekan butang call .

//Kring kring// Kedengaran telefon berbunyi.Dekat sangat.Tetapi tidak dijawab .

"Weh Baek? kau ke tu ?". Tanya Luhan menghampiri bunyi deringan telefon itu .

Aku nak kau buat dia pengsan saja [Jihyun]

Baik cik [...]

"Baekhyun! ".Panggil Luhan lagi .

"Baekhyun tak ada di sini ". Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita.Tetapi orangnya tidak muncul .

"Siapa kau ?".Tanya Luhan dengan curiga.

"Aku ?tak perlu tahu siapa aku .Aku cuma nak cakap dekat kau je yang wanita yang pernah bunuh diri sebab kau dulu tu tak mati.Dia menderita hampir bertahun dengan kecederaan yang parah ,mental dia tak stabil.Kau tahu apa perasaan aku sebagai kakak dia masa tu ? sakit! sakit sangat! dia saja satu-satunya adik perempuan yang aku ada.Tetapi kau musnahkan hati dia macam tu saja! kau pandang rendah dekat dia sebab rupa paras dia tak seperti wanita yang kau cintai kan? apa penting perempuan tu berbanding adik aku ! kau memang tak guna Luhan ! ". Jerit wanita itu .

"Siapa kau ! muncul la! ". Jerkah Luhan .

//Bang2// Tiba-tiba dua tembakan tepat mengenakan perut Luhan . Darah melimpah keluar dari perut Luhan .

"S-siapa kau ...". Tanya Luhan lagi yang menahan sakit.Kini Luhan sudah jatuh terbaring .

"Hahaha kan aku dah cakap tadi! aku kakak kepada wanita kau pernah sakiti hatinya! wanita yang sanggup bunuh diri disebabkan kau! ". Wanita itu mendekat Luhan.

"T-taejin?". Mata Luhan sudah kabur .

"Ye! aku kakak Taejin! pergi mati la kau Luhan! ".//Ttang//Kini kepala Luhan pula dihentak dengan kayu besbol dengan kuat sekali sehinggakan mengeluarkan darah yang banyak .

"Hergh..sepatutnya dari awal lagi aku bunuh kau ". Jihyun mencampak kayu itu di sebelah Luhan .Luhan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
. .
. Hyojin memasang lagu di telefonnya sambil tangannya menjalankan kerja .

"Luhan mesti suka masakan aku ni ". Kata Hyojin sambil tersenyum mengacau puding di dalam periuk .

//Tap tap tap //Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kasut,tetapi tiada kelibat sesiapa.Hyojin memandang di sekelilingnya .

"Luhan..?".Panggil Hyojin sambil menutupkan api masakannya yang telah siap.

"Luhan dah mati". Kata seorang lelaki dan mendekati Hyojin dengan sehelai kain putih di tangannya.

"S-siapa kau ". Hyojin perlahan mengundur ke belakang apabila lelaki itu semakin menghampirinya.Kini Hyojin sudah tiada laluan lagi untuk mengelakkan diri dari lelaki itu .

"Tidur la kau puas-puas". Lelaki itu terus melekapkan kain putih itu di hidung Hyojin .Dengan beberapa minit sahaja Hyojin sudah pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Done my job". Kata lelaki itu dan terus melarikan diri mengikut pintu belakang.
. .
. "Hyojin tak datang sekolah ke harini ?". Chorong hanya termenung di tempatnya sambil melihat tempat Hyojin di sebelahnya yang masih kosong.

"Hyojin belum datang ke?". Tanya Hani pula sambil menarik kerusi duduk di hadapan Chorong.

"Belum.Jap aku gi kelas sebelah tanya Baekhyun ". Chorong bangun dari tempat duduknya dan meluru ke kelas sebelah .

//Tok tok // Chorong mengetuk pintu .

"Eo?Cho!! ". Baekhyun terus menjerit nama itu apabila ternampak Chorong menjengul kepala di pintu kelasnya .

"Oh Chorong?masuk la ". Pelawa Kris yang duduk dekat dengan pintu kelas itu .

"Baek ..Luhan tak datang ke harini ?ada siapa-siapa nampak Luhan dengan Hyojin tak?". Tanya Chorong.Tiba-tiba hatinya rasa risau apabila sudah 3 panggilannya yang tidak dijawab oleh Hyojin pagi tadi .

"Entah la.Weh cuba korang call Luhan ". Suruh Baekhyun.

"Asal kau yang tak call ?".Tanya Chen .

"Ishh telefon aku hilang la .Aku tukar fon baru haritu ,no korang semua aku sempat save, no Luhan aku tak sempat minta lagi sebab dia asyik busy je ". Kata Baekhyun.

"Lahh patut aku pelik haritu kau call aku guna no lain .Kau tukar no rupanya .Fon kau hilang dekat mana ?". Tanya Chanyeol .

"Tak silap aku ,last aku letak fon aku waktu kita tengah sukan haritu .Masa main bola dekat padang tu kan ,aku letak fon aku dekat kerusi aku selalu duduk tu .Tiba-tiba lesap ". Baekhyun mencebik.

"Ishh kau ni.Ada pula letak dekat situ ". D.O menggeleng kepala .

"Telefon je pun. Boleh beli baru ". Kata Baekhyun.

"Nasib kau kaya je ".

"Guysss cepat la call Luhan ! ". Marah Chorong apabila mereka merepek sembang pasal telefon bimbit Baekhyun saja.

"Arraso2 ..jangan la marah ". Kata Sehun sambil mendail no telefon Luhan .

//Kring kring// "Yoboseyo ?". Jawab seorang lelaki .

"Eo ..ni siapa ya? boleh saya bercakap dengan Luhan ?". Tanya Sehun.

"Kamu ni kawan si pemilik telefon ini ke ?". Tanya lelaki itu lagi.

"Nae ,saya kawan dia ".

"Tolong datang segera ke sini! ". Kata orang tua itu dengan cemas.

"Arraso ". Sehun segera meletakkan panggilan .

"Siapa tu ?". Tanya Kai.

"Entah.Suara macam pak cik -pak cik .Dia suruh datang situ cepat.Dengar macam something wrong je ". Kata Sehun lagi .

"Wehh jom cepat! ". TIba-tiba Lay juga tidak sedap hati .

"Eotteohke Hyojin ". Chorong menggigit kukunya .

Exo menaiki kereta masing-masing keluar dari perkarangan sekolah .Disebabkan atas dasar kecemasan,jadi mereka semua dibenarkan keluar dengan izin pak cik guard .

"Wehh connect sendiri lokasi Luhan guna fon korang ". Kata Kai di talian .

"Ye,dah jumpa ". Balas Kris .

"Awak rasa Luhan dengan Hyojin ok ke?".Tanya Chorong pada Baekhyun.

"Saya harap diorang ok je". Baekhyun juga tidak mampu berkata apa selagi dia tidak nampak dengan matanya sendiri apa yang jadi .
. .
. Hyojin perlahan-lahan bangun dari baringan .Dia melihat di sekelilingnya .

"Kenapa aku tidur dekat dapur ni ". Hyojin memegang kepalanya yang sakit.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi .

"Luhan! ". Jerit Hyojin apabila teringat akan kejadian semalam.Hyojin segera mencapai telefonnya dan terus mendail no Luhan .Panggilan itu tidak dijawab ."Aigoo mana awak ni ". Hyojin sudah gelabah . "Hah Chorong! ". Hyojin mendail no telefon Chorong pula .

//Kring kring// "Yoboseyo? Hyojin-ahh! kau dekat mana?". Tanya Chorong.Jelas sekali nada kerisauannya.

"Aku dekat rumah ni , tapi Luhan dari petang kemarin tak balik lagi.Aku risau la ". Hyojin sudah mengangis.

"Gwenchana,aku datang dekat kau sekarang". Chorong terus meletakkan panggilan .

"Hyojin ke tu ?".Tanya Baekhyun.

"haah awak,Jom pergi rumah Luhan sekarang.Kita saja pergi ,yang lain tu biar mereka pergi dekat lokasi Luhan sekarang.Saya nak tengok keadaan Hyojin". Kata Chorong.

"Arraso, jom". Baekhyun memusingkan strereng keretanya menuju ke jalan ke rumah Luhan .
. .
. "Luhan!! ". Panggil Sehun setibanya di lokasi tersebut.

"Sini nak ". Panggil seorang lelaki separuh abad.

"Eo ahjussi ". Mereka semua segera mengikuti lelaki tua itu .

"Masuk la ". Kata lelaki tua itu sambil membuka pintu rumahnya yang usang .

"Omo! Luhan!!! ". Jerit Xiumin, orang yang pertama melihat keadaan Luhan .

"Yahh Xii Luhan!! bangun! ". Kai menggerakkan badan Luhan.

"Apa yang terjadi dekat kawan saya ahjussi ". Tanya Sehun.

"Semalam masa ahjussi tiba dekat depan tu selepas terdengar dua tembakan tu ,ahjussi hanya nampak seseorang yang berdiri di hadapan anak itu dengan berpakaian serba hitam,mukanya ditutup oleh topeng,jadi ahjussi tak dapat mengecam orang itu.Tiba saja ahjussi dekat situ,kawan kamu sudah pengsan ".Terang ahjussi itu .

"Kenapa ahjussi tak call pihak hospital je ?". Tanya Kris .

"Ahjussi sudah kehilangan segalanya ,wang,identiti dan keluarga.Tiada sesiapa kenal ahjussi di sini .Mereka mungkin menganggap ahjussi sebagai pendatang asing jika ahjussi tak dapat terangkah siapa ahjussi pada pihak hospital .Apa kata kamu sahaja yang bawa kawan kamu ke hospital.Ahjussi hanya mampu merawatnya dengan ubatan tradisional sahaja.Peluru di dalam badan lelaki tu sudah ahjussi buangkan tetapi kesan yang dalam tu masih belum sembuh .Kepalanya juga dihentak dengan kayu ".Kata ahjussi itu lagi .

"B-bwo ?tembak ? kepala dihentak kayu ?". Sehun terkejut .

"Arraso,gomawo ahjussi sudah selamatkan kawan kami .Ada masa kami lawat ahjjusi.Wehh jom bawa Luhan ke hospital! ". Jerit D.O yang perlahan mengangkat Luhan .
. .
. "Yahh kau ok tak ni ?". Tanya Chorong setibanya di rumah Hyojin dan Luhan .

"Aku ok je.Tapi kenapa Luhan tak angkat call aku ". Hyojin sudah kerisauan.

"Molla.Tadi pagi member exo pergi ke satu tempa- "

"Luhan dah dijumpai! ". Potong Baekhyun apabila Sehun menghantar pesanan ringkas kepadanya untuk segera ke hospital sekarang.

"Luhan dekat mana?! ". Tanya Hyojin.

"Hospital.Jom! ". Baekhyun segera berlari ke arah keretanya diikuti Hyojin dan Chorong.

Beberapa puluh minit kemudian Baekhyun,Chorong dan Hyojin tiba di hospital .

"Boleh saya tanya di mana bilik pesakit nama Xii Luhan ?". Tanya Hyojin pada penjaga kaunter hadapan.

"Oh Encik Luhan di bilik 370 tingkat 3 ". Kata seorang nurse.

"Nae gomawo ". Hyojin terus berlari menuju ke bilik tersebut .
. .

"Luhan! ..". Hyojin terus memeluk Luhan yang terlantar di atas katil dengan keadaan tidak sedar .

"Hyojin...". Panggil Lay dengan wajahnya yang kelihatan sedih.

"Wae?. Tanya Hyojin .

"Luhan koma..doktor pun tak dapat jangka bila dia dapat sedarkan diri ". Kata Lay .

"B-bwo? koma? ". Hyojin terkejut .
-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience