Chapter 8

Fanfiction - KPOP Completed 3642

Hari ini merupakan hari kedua Hyojin dan Luhan di rumah keluarga Park .

"Awak nak buat apa-apa ke harini ?".Tanya Hyojin lalu duduk di sebelah Luhan yang sedang menonton televisyen .

"Erm..nak buat apa eh harini?jom kita ronda-ronda cari rumah dekat taman berdekatan rumah kita nak tak ?". Cadang Luhan.

"Eh?nak buat apa? ". Hyojin tertanya .

"Ade la.Jom". Luhan mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya dan menarik tangan Hyojin .
. .
. Tiba sahaja di Taman Indah , iaitu jalan ke rumah Luhan dan Hyojin ,Luhan memperlahankan minyak kereta untuk melihat rumah-rumah kosong yang terdapat di situ .

"Awak nak beli rumah ke apa ni ?". Pertanyaan Hyojin dari tadi tidak dijawab Luhan .

"Haah la sayang,takkan saya nak beli ladang sawit". Jawab Luhan yang masih sibuk memandang sekeliling.

"Erk.Jawapan dia ...". Hyojin mengerling Luhan sekilas di sebelahnya .

Tiba di sebuah rumah banglo satu tingkat ,Luhan memberhentikan keretanya .

"Jom awak ". Luhan turun dri perut kereta mendahului Hyojin.

Di pintu pagar rumah itu terdapat satu banner kecil yang tertulis 'UNTUK DIJUAL , SILA HUBUNGI ' .

"Wow daebak! walaupun nampak simple tapi lawa". Bisik Hyojin perlahan sambil melihat rumah itu .

Luhan mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor tersebut . //Tut tut// "Yoboseyo ? Shin Min Ah di sini,ada apa-apa saya boleh bantu ?". Jawab seorang wanita di talian .

"Ha ye ,saya nak beli rumah banglo biru yang terletak dekat dengan taman permainan ni .Saya tengok ada banyak rumah lagi dengan no fon yang sama ,so saya nak beli rumah yang warna biru ni ". Terang Luhan di talian .

"Ohh rumah tu ,boleh encik , nanti saya aturkan masa pertemuan kita ye untuk uruskan surat tanah dan sebagainya". Kata Shin Min Ah.

"Ok.Secepat mungkin ye". Sambung Luhan lagi.

"Ye baik encik ". Shin Min Ah meletakkan panggilan .

"Awak, birthday omma appa bila?". Tanya Luhan sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar .

"Erm tak lama lagi ni je . Birthday omma appa sama tarikh je .23hb July ".

"Oh minggu depan hari Khamis ? Tak lama dah tu ".

"Haah.Kenapa awak ?". Hyojin berdiri di sebelah Luhan .

"Saya nak kasi hadiah dekat omma appa .Saya harap omma appa suka hadiah saya nanti ". Luhan tersenyum sambil memegang kepala Hyojin .

"Erm?hadiah ?hadiah apa ?".

"Ada la .Dah jom beli barang dapur ". Luhan membukakan pintu kereta untuk Hyojin.

"Ishh awak ni.Buat saya tertanya je". Hyojin mencebik .

"Nanti awak tau la". Luhan wink pada Hyojin .
. .
. .
[MINI MART]

"Saya nak beli barang dapur untuk 2 minggu dekat rumah omma.So saya nak awak ambil je apa-apa nanti untuk dimasak ye ". Luhan memaut bahu Hyojin.

"D-de? 2 minggu? buat apa banyak-banyak awak.Nanti layu lah sayur kalau disimpan banyak-banyak ". Bebel Hyojin.

"Ishh takpe ,suruh je omma masak tiap hari non stop ". Luhan tergelak kecil.

"Oh god! asal suami aku suka membazir nii". Jerit Hyojin dalam hati .

Ketika Luhan dan Hyojin sibuk memasukkan barang ke dalam troli ada mata-mata memandang mereka dari jauh .

"Weh Hani .Sudah-sudah la tu sedih! takyah la ganggu diorang dah ". Jessica mencuit bahu Hani di sebelah .

"Gile kau aku tak broken tengok diorang happy macam tu! dah la diorang get back tu! macam suami isteri pulak aku tengok ". Hani menyeka air matanya .

"Ishh diorang memang dari dulu lagi bahagia .Apa kata kau cari orang lain je ?". Jessica memujuk .

"Shireo! aku nak Luhan ". Hani masih lagi berkeras.

"Yah Hani! Cuba kau fikir sama dekat berapa ramai lelaki yang kau reject semata-mata kejar cinta yang takkan datang dekat kau tu! ramai weh! cuba la kau kasi peluang dekat diorang! ". Terluah juga apa terbuku di hati Jessica .Dia tidak mahu melihat Hani seperti itu lagi apabila sudah berkali-kali ditolak oleh Luhan .

"Tapi ..". Hani terkejut apabila Jessica meninggikan suara padanya untuk kali pertama.

"No tapi-tapi ! kalau kau terus macam ni aku taknak kawan dengan kau lagi! ". Jessica pergi meninggalkan Hani .

"Yahh Sica! tunggu la aku!! ". Hani mengejar Jessica dari belakang .

"Ergh! Jessica!! kau rosakkan rancangan aku untuk pergunakan Hani hancurkan Luhan dan Hyojin !! ". Jerit seorang wanita lagi yang melihat Hani ,Jessica, Luhan dan Hyojin dari jauh .

//Tut tut tut tut// "Yoboseyo ?". Jawab seorang lelaki di talian .

"Aku nak kau bunuh jessica .Sekarang! ". Wanita ini benci apabila seseorang telah merosakkan rancangannya.

"Ye baik cik ". Lelaki itu meletakkan panggilan .
. .
Skip
. .
Setibanya di rumah keluarga Park ,Luhan mengeluarkan semua barang yang di belinya tadi .

"Awak,sini la saya bawakan sikit barang-barang tu ". Hyojin menyua tangannya.

"Takpe ,saya boleh bawa.Sikit je ni ".

"Eh Luhan ?Hyo?kamu berdua pergi mana ni ?". Puan Park melihat barang-barang di tangan Luhan .

"Beli barang dapur sikit je ni omma". Luhan tersengih macam kerang busuk.

"Sikit??ishh banyak tu ". Puan Park menggeleng kepala melihat Luhan .

"Haah omma,katanya untuk stock 2 minggu ". Hyojin menyiku perut Luhan di sebelahnya .

"Aigoo.Kenapa susah-susah belikan ni nak ". Puan Park mengambil barang-barang itu dari tangan Luhan .

"Aniyo .Luhan nak suruh omma dengan Hyo masak sedap-sedap kejap lagi sebelum kitorang berangkat pulang ke rumah petang ni ". Luhan membuat muka tak bersalah .

"Haih ada-ada je la kamu ni ". Puan Park menampar perlahan bahu Luhan sambil tergelak kecil .
. .
. "Yahh Jessica! kau merajuk dengan aku lagi ke ". Hani cuba memujuk Jessica di hadapannya sambil meneguk segelas air latte.

"Aniyo.Mana ada aku merajuk ". Kata Jessica tanpa memandang wajah Hani di hadapannya .

"Tipu! kau merajuk lagi ! ". Hani mencebik .

"Aku tak merajuk kalau kau janji akan berubah jadi Hani yang aku kenal dulu.Yang tak peduli nak kejar cinta dia,yang selalu tolong aku dalam kesusahan ,yang selalu belanja aku makan". Jessica menongkat dagu memandang Hani .

"Arraso arraso! aku berjanji akan berubah ". Hani mengangkat tangannya sambil tersenyum .

"Good! kalau camtu jom belanja aku makan dekat restoran Italy depan sana tu ". Jessica menunjuk seberang jalan .

"Ish kau ni .Makan dekat sini taknak ke?nak kena lintas jlan pula.Dah la kereta banyak ". Hani mengerut dahi.

"Tak nak.Sini apa kelas". Jessica tergelak kecil.

"Belagak! ". Kata Hani ,namun masih lagi tersenyum apabila melihat sahabatnya yang selalu pura-pura tidak makan makanan murah,padahal dia juga dari keluarga yang sederhana sahaja .

Jessica memimpin tangan Hani ketika nak melintas jalan.Sudah diperhati kiri dan kanan tiada kereta.Jadi mereka mengorak langkat bersama-sama.

"Line clear". Seorang lelaki sudah menunggu di dalam kereta untuk melanggar Jessica dari tepi .Tanpa membuang masa lelaki itu terus menekan pedal minyak apabila Hani mendahului Jessica.

"Yah palli Jessica". Hani sudah diri di pembahagian dua jalan .

"Kejap la". Jessica masih lagi terkekeh berlari anak dengan memakai heels nya apabila Hani jalan mendahuluinya .

//Pin pinnnnnnn// "Jessica!!!!!!!!!". Jerit Hani apabila sebuah kereta bergelak laju ke arah Jessica .

"Arrrgghhh!!! // bufff// ". Jessica terus terjatuh dan terbaring di atas tar dengan kepalanya mengeluarkan banyak darah .

"An-andwae!!!". Hani berlari ke arah Jessica.Orang ramai berkumpul mengelilingi mereka."Yahh Sica! bangun la!!". Hani mengangis teresak-esak sambil memeluk Jessica yang tidak sedarkan diri .

"Loser..". Seorang wanita tersenyum melihat mereka dari jauh.
. .
. Jam menunjukkan pukul 8 malam.Usai makan , Luhan dan Hyojin sudah mengemas barang untuk pulang ke rumah mereka kerana esok merupakan hari persekolahan mereka .

"Omma,terima kasih tau masak sedap-sedap untuk Luhan ". Luhan memegang perutnya yang kenyang .

"Haha tak perlu nak berterima kasih la.Omma suka tengok kamu berdua makan banyak-banyak macam tu ". Puan Park tersenyum sambil memegang bahu Luhan .

"Haihh naik lagi la berat Hyo ni ". Hyojin mengukur saiz perutnya .

"Erm kamu tu makan la banyak mana sekalipun.Sekali pandang macam tak diberi makan je .Takdenye berat kamu nak naik nak ". Encik Park menyindir .

"Nanti naik la bila dah ada isi dalam perut tu". Kata Luhan dengan ayat tersiratnya .

"Apa maksud awak ?". Hyojin masih lagi menganalisa ayat Luhan .

"Haha nanti kamu tau la Hyo". Puan Park mengusap kepala Hyojin .

"Haah betul tu Luhan ". Encik Park juga tergelak kecil .Hanya Hyojin sahaja yang masih blur di situ .

"Arraso,kitorang berangkat dulu ye omma,appa.Semoga berjumpa lagi nanti ". Luhan menunduk hormat kepada kedua orang tua Hyojin .

"Hyo pun pergi dulu ye omma ". Hyojin memeluk Puan Park .

"Arraso,hati-hati ye nak ". Encik Park menepuk bahu Luhan .

"Nae appa ". Luhan sekadar tersenyum .
. .
. "Awak..apa maksud awak tadi haa?". Hyojin masih lagi tak habis berfikir .

"Eh?dari tadi diam rupanya tengah fikir pasal tu ke ?".Luhan tergelak kecil .

"Iyaa laa.Saya curious tau tak ".Hyojin memandang Luhan .

"Sekarang bukan masanya lagi kita fikir pasal tu .Tapi saya teringin juga la nak jadi daddy ". Luhan tersenyum.

Hyojin terdiam seketika apabila terkeluar perkataan 'daddy' dari mulut Luhan .

"Yah awak fikir apa haa". Hyojin mencubit tangan Luhan .

"Aaaa sakit la. Mana ada saya fikir sekarang.Kan saya cakap nanti ". Luhan menggosot laju tangannya yang dicubit oleh Hyojin .

"Lepas tamat sekolah ! bukan sekarang! ". Hyojin membuang pandangan memandang luar cermin kereta sebelahnya .

"Ehmm.Cam kasi green light je ". Luhan tersenyum sampai ke telinga.

"Eyyy byuntae! ". Hyojin menampar Luhan .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience