Benar-benar, Rose terasa seperti ada sesuatu sedang keluar. Akan tetapi Rose tidak peduli lagi asalkan benda itu lepas keluar.
Otaknya sudah terlalu letih untuk berfikir dan dia merebahkan kepala ke bantal.
‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’
Suara tangisan bayi berkumandang lagi. Kali ini bunyinya terdengar begitu kuatt dan dekat dengan Rose.
Dia yang baru mahu terlelap kembali terbeliak biji mata, tercari-cari dari mana arah datangnya suara itu.
Tiba-tiba Rose tersentak apabila merasakan ada sesuatu sedang bergerak-gerak di celah kakinya.
Rose mengangkat kepala melihat ke hujung kakinya dengan perasaan berdebar-debar.
‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’
Rose terkejut melihat seorang bayi muncu dengan muka berlumuran darah.
Ia merangkak perlahan-lahan memanjat perut Rose sambil mengeluarkan suara tangisan yang mengerikan.
Makin terkejut Rose dibuatnya. Tiada suara mampu keluar dari mulutnya dan dia hanya mampu terbaring kaku. Mulutnya terlopong melihat muka bayi yang kini berada di atas perutnya, tiba-tiba meretak.
Krruppp… Kraaapppp… bunyi tulang remuk begitu jelas kedengaran di telinga Rose. Serentak dengan itu keppala bayi itu tiba-tiba pecah sehingga memercikkan darah pekat ke muka Rose.
Share this novel