BAB 2

Thriller Completed 84920

“Sial! Mengapa mesti jadi begini! Macammana boleh melekat pulak ni?” jerit Rose lalu melemparkan alat ujian kehamilan itu ke dalam tong sampah.

Rose berlari keluar dari bilik air dengan fikiran bercelaru dan riak wajah penuh kegusaran.

Rose mulai tidak senang duduk, dia bermundar-mandiri di tengah bilik. Sesekali dilihatnya wajah dan tubuhnya di cermin, terbit bermacam-macam perasaan.

“Hishh! Macam mana ni? Takkan aku nak biarkan perut aku ni memboyot? Habislah aku dicincang lapan dengan mak bapak aku nanti! Naya naya! Sial betullah! Malang apalah yang menimpa aku ni, selalu buat okay je!” getusnya dalam hati.

Rose mula memikirkan pelbagai kemungkinan buruk. Mak bapak dia mati diserang sakit jantung atau pengsan tidak dapt menerima hakikat, dihalau dari rumah atau dihalau dari kampung dan dipandang serong seumur hidup.

Namun apa yang paling dia takuti sekiranya badan langsing bak kerengga yang jadi kebanggaannya ini akan mengembang dan jadi gemuk dengan benjolan-benjolan lemak yang akan berlipat bila duduk.

Dengar kata tubuh wanita lepas bersalin akan berubah secara total dan sukar untuk mendapatkan bentuk badan seperti asal walau apa cara sekalipun. Hah! Itu yang paling ditakutinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience