Siapa yang mahukan perempuan yang mengandung anak luar nikah? Tiada siapa. Dan kalau dia jadi lelakipun mana mungkin dia akan sanggup menerima wanita yang berbadan dua dan hamil anak luar nikah yang bapanya entahlah siapa.
Lantas, Rose teringatkan seseorang.
Segera dicapai telefon bimbitnya. Sebaik saja mendengar panggilan dijawab, Rose terus menceritakan berita itu. Harry yang mendengar di hujung talian terkejut beruk.
“Eh you memang sure ke yang tu anak I?’’tanya Harry enggan percaya barangkali juga enggan bertanggungjawab.
Mendengar kata-kata Harry itu, Rose teruss naik angik, darahnya terus menyirap hingga ke kepala.
Rose yakin memang anak yang dikandungnya ini anak Harry. Dia mengaku yang dia ramai teman lelaki. Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, masanya sering diluangkan dengan Harry dan pantang ada kesempatan, mereka akan melampiaskan nafsu masing-masing.
“Hey Harry, you boleh tak jangan cakap macam tu, I dahlah serabut You kan tahu I tidur dengan you sahaja! I tak sentuh atau tidur dengan mana-mana lelaki lain, sekarang ni apa yang I minta dari you adalah bertanggungjawab dan jangan biarkan I menghadapi semua ini seorang diri, please,” Rayu Rose.
‘’Apa yang you kalutkan sangat, relax! Gugurkan saja baby tu habis cerita,’’cadang Harry.
‘’Memanglah I nak gugurkan. Tapi I tak tahu kat mana nak buat semua tu, lagi satu you pun tahukan kos nak gugurkan mesti mahal mana I nak cari duit? You ingat I nak sangat ke anak ni? I pun nak buang tau tak, so tolonglah I Harry, jangan biarkan I,’’ ujar Rose.
Harry menarik nafas lega mendengar kata-kata Rose tadi. Sangkaannya yang Rose mahu bernikah.
Siapa yang mahu bernikah dengan perempuan liar dan seperti Rose? Harapkan rupa paras saja cantik tapi dalam rosak, lobos moral rendah dan sama sekali tak layak untuk dijadikan isteri.
Share this novel