Keputusan ujian kehamilan benar-benar membuatkan Rose terperanjat besar. Matanya membuat seakanmahu terkeluar dari soket melihat dua garis ungu yang muncul pada alat kecil berwarna putih itu. Kembimbangan yang dirasainya beberapa hari kebelakangan ini menjadi kenyataan!
Selama ini memang badunya tidak menentu, kadangkala pernah dia tidak didatangi haid selama dua bulan.
Tetapi apabila diia ke klinik, doktor mengatakan bahawa horminnya tidak staabil dan sejak itu dia tidak begitu menghiraukan tentang kitaran haidnya.
Namun sejak kebelakangan ini, dia mula loya dan muntah-muntah apabila bangun lagilah meembuatkan dia cuak dan mula memikirkan bahawa dia sedang mengandung!
Spontan tangan kanannya memegang perut. Pada mulanya dia sekadar memegang, jantungnya berdebar-debar tapi sepantas kilat perasaannya didorong oleh rasa yang berkecamuk dalam dada, tiba-tiba saha dia menumbuk-numbuk perutnya sendiri.
Share this novel
banyak typo jadi tak best pulak nak baca