BAB 7

Thriller Completed 84920

“Tidakkkkkkkk!! Tolonggg! Tolong! Harry selamatkan aku!’’ Rose menjerit sekuat hatinya.

Dia menggeluppur sehingga terjatuh dari katil, punggungnya tersentak di atas lantai.

‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’

‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’

Suara tangis itu masih berkumandang. Ketika Rose berpaling, diaa melihat lembaga bayi sekecil anak patung Barbie merangkak ke arahnya sambil menangis.

Ketakutan yang Rose alami membuatkan dia sukar bernafas. Ketika itu kedengaran suara Harry memanggilnya dari luar. Bunyi pintu diketuk berkali-kali seolah-olah pintu tersebut berkunci.

Rose tidak berdaya lagi, dadanya terasa sakit. Darah yang keluar dari celah kangkangnya semakin melimpah ruah deras seperti sungai.

Lembaga bayi itu pula semakin menghampirinya dengan muka retak berlumuran darah.

Rose cuba menggagahkan diri untuk bangun. Ketakutan menyelubungi dirinya, wajah bayi tersebut silih ganti bertukar dari wajah comel yang kesakitan kepada wajah bayi yang marah dan mengerikan.

Perlahan-lahan dia cuba mengengsot ke arah pintu.

Rose terketar-ketar. Tubunya menggigil.

Semakin dia cuba jauhkan diri dari bayi itu semakin dekat bayi itu menghampirinya.

‘’Kenapa buang saya ibu? Kenapa buang saya? Apa salah saya? Bukankah ibu sedap-sedap buat dengan papa untuk mendapatkan saya? Kenapa buang saya pula?’’ bayi itu mula bersuara.

‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’

‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’

‘’Pergi! Pergi kau, jangan dekati aku! Aku tak mahu melihat kau! Pergi!

Bayi itu menghampirinya lagi kali ini bayi tersebut berjaya mencengkam kakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience