BAB 8

Thriller Completed 84920

‘’Ibu tahu tak, berapa ramai manusia yang berdoa untuk dapatkan bayi macam saya ibu? Ibu tahu tak? Tanya bayi itu.

Mata Rose menjengil seakan merasa tertampar mendengar kata-kata bayi tersebut.

‘’Itu diorang, masalahnya sekarang aku tak nak kau, aku belum bersedia dan aku rasa bapak kau pun tak inginkan kau! Kau ingat aku bodoh nak simpan kau susahkan zaman muda aku! Aku minta maaaflah kalau kau marah tapi aku memang tak nak kau, pergi! Pergi kau!’’ halau Rose.

‘’Ibu.. ibu tahu tak saya sakit? Saya sakit ibu, tolong saya, sampai hati ibu buang saya. Sakit! Sakit!’’ luah bayi tersebut.

Rose masih cuba mencari jalan keluar. Semakin dia hampir mencapai pintu tersebut semakin kuat cengkaman tangan bayi tersebut menahan kakinya.

Dalam ketakutan itu, fikiran Rose menerawang seketika, bayi lelaki dihadapannya ini sangat comel, dari kepetahannya berbicara dapat dirasakan yang bayi ini seorang yang bijak.

Dia mula membayangkan kalau saja dia sudah berkahwin, pasti dia akan hidup bahagia bersama Harry dan bayi ini yang mungkin akan diberikan nama Asfan, mungkin juga Faris atau mungkin juga Azali.

Rose menguntum senyum memikirkan angan-angannya itu.

Andai saja dia boleh putarkan masa, dia menyesal dan mahu berhabis-habisan memujuk Harry untu menikahinya.

Dia tidak peduli, sekuat mana banteng Harry yang enggan menikahinya, dia pasti akan berusaha untuk memenangi hati lelaki tersebut. Siapa yang mahu menolah bayi secomel ini.

Dia memang bodoh kerana terburu-buru dalam membuat keputusan.

Dipandangnya wajah bayi tersebut yang seakan terpinga-pinga melihatnya dari tadi terdiam.

Walaupun keadaan bayi tersebut seakan parah dengan kepala kemik dan tulang bahu dan kaki retak, masih belum terlambat merawatnya. Asalkan bayi tersebut boleh bercakap, dia tidak kisah, masih sempat untuk dia perbetulkan keadaan.

Rose menguntum senyum, seakan ada satu semangat baru meniup dirinya.

Dia mula mengengsot lagi, dia mahu mencapai tombool pintu itu dan mahu bertemu dengan doktor dan Harry.

Kepada doktor, dia mahu merayu agar merawat bayinya itu.

Dan kepada Harry, dia mahu memujuk Harry untuk bertanggungjawab, untuk menikahinya.

Dia pasti lambat laun Harry akan menerima dirinya dan mungkin akan terbuka hati untuk segera bernikah sebaik saja melihat bayi comel mereka ini.

Kalau selepas semua pujuk rayunya gagal, jalan terakhir baginya adalah untuk membesarkan anaknya seorang diri.

Dia semakin hampir, sedaya upaya dicapainya tombol pintu tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience