BAB 4

Romance Completed 12086

Sebaik tiba di kondo kak maya aku terus menangis di pintu. Aku tak kuat lagi ya Allah. Aku meraung tanpa menghiraukan orang lain!

Tangisan dan esakan aku kuat semakin menggila dan aku dah tak mampu nak berfikir dengan waras lagi. berat sungguh dugaan ini ya Allah. Kak maya dan Lina terus memeluk tubuhku erat dan menangis sama. Aku terus menangis kerana kesakitan yang dalam ini tak dapat diubat dengan ubat.

"Kenapa Ya Allah??" Aku terus meraung dan menangis macam orang gila. Bukan simpati yang aku ingin raih tapi sedih yqng aku ingin lepaskan.

"Qis, ingat Allah" ujar kak maya dengan linangan air mata.

Badan aku terus dipeluk erat supaya tak meronta ronta lagi. Lina turut sama menenangkan aku dengan bacaan ayat suci al quran. Perlahan lahan aku sudah lemah dan air mata shaja yang masih mengalir. Esakan dan senduan juga datang bersilih ganti. Air mata aku dikesat dan tangan aku digenggam erat.

Setelah aku berhenti menangis aku dibawa ke bilik untuk direhatkan. Luka dibibir aku dituam. Lina mengusap kepala ku lembut. Tak berhenti mulutnya berselawat ke atas nabi. Aku semakin tenang dan akhirnya aku terlelap. Sungguh aku tenang sekarang ya allah.

***************

"Qis demam?" Soal Iz terkejut. Terkejut betul dia bila tahu yang Qis tiba2 je demam. Berita yamg Maya sampaikan buat dia tak senang duduk.

"Yup!"

"Bad?" Soal Iz lagi. Risau betul. Tapi memang macam ni la sikap Iz sebagai majikan kepada pekerja dia. Semuanya dia kisahkan.

"Quiet bad."

"So, Lina is looking for her right?" Soal Iz lagi. Bila maya mengangguk dia lega sedikit.

"Awak balik la awal sikit maya. Saya ok je kat sini"

"Ok. Saya pun rasa tak tenang je" balas Maya pula. Pelik jugak dia sebenarnya sebab mereka semua boleh jatuh sayang dengan Qis walaupun tak sampai sebulan Qis kerja kat sini. Nak kata Qis jenis banyak bercakap tak jugak. Entah kenapa.

*******************

"Ma!" Iz memeluk bahu mamanya sebaik tiba di rumah. Mamanya pula dah tersenyum gembira. Gembira betul Iz sekarang mungkin sebab dah nak kawin kut.

"Mama rasa ada eloknya Iz naik mandi dulu. Solat" ujar mamanya lembut.

"Dah solat tadi ma. Iz nak goyang kaki kat ruang tamu dulu" Iz segera bergerak ke ruang tamu dan baring di atas sofa yang empuk itu. Pantas tangannya tergapai gapai mencari remote tv atas meja kopi tapi lain pulak tangannya ambil. Dia bawak kertas putih itu ke matanya.

Terduduk dia bila gambar perempuan di dalam gambar itu seperti orang yang dia kenali. Dia membetulkan duduk dan memerhati gambar itu dengan mendalam. Mamanya keluar dari dapur terkejut sikit.

"Ni ke tunang Iz ma?" Soalnya sebaik dia memandang mamanya. Datin Sofea terpaksa mengukir senyum dan mengangguk.

"Tapi ni gambar 5 tahun lepas. Sekarang mama sendiri tak tahu macam mana" Iz hanya mengangguk dan tersenyum.

"Iz suka?" Soal mamanya gembira bila tengok wajah itu ceria aje.

"Suka! Pandai mama pilih. Tapi betul ke ni anak Dato Arif dan Datin Nora?"

"Betul la" dahi Iz berkerut lagi. Pelik.

********************

Empat hari aku bertapa dalam rumah ni. Bukan sebab sakit dah tapi sebab tak nak bagi kesam lebam ni ada lagi. Hari ni dah hilang kesan luka dan lebam dapat hadiah yang cantik dari papa. Air mata aku mula mengalir lagi tapi kali ini aku dah kuat ya Allah.

"Akak suka tengok Qis senyum macam ni" bahu aku dipeluk kemas. Aku membalas pelukannya dengan erat. Lina ni memang jenis tak boleh nak biar kami kalah sibuk je nak join. Dorang dah macam siblings aku. Lina ni sebaya je dengan aku sebenarnya jadi sebab tu mudah sangat nak jadi kawan.

"Awak dah sihat?" Soal Riz sebaik sahaja nampak kelibat aku dipejabat. Aku hanya senyum padanya dan terus mengatur langkah ke bilik.

"Mesyuarat tergempar?"

" Apa yang gempar sangat tu?"

"Boss nak kawin ke?" aku diam terus dengan soalan yang ketiga. Kenapa nak rasa lain macam pulak kan?pelik je.

"Kenalkan, Zain! Boss kedua korang" semua orang dah berkerut dahi ni? Siapa pulak gerangan boss kedua ni. Zain hanya tersenyum lalu memeluk bahu Iz.

"Ni business partner saya. We share this! Because of something that cant be avoid he is not here for years. But now he is here!"

Akhirnya kami semua mengangguk faham. Kami semua berbalas senyum dan dia mulakan bercerita tentang dirinya. Seorang yang ramah je. Dah la kelakar gila memang jauh beza sikit dari Iz yang lebih tegas. Apesal nak banding beza pasal dua orang ni pulak?

"Maya, now i need to share you with someone else. Terpaksalah bermadu nampaknya" Iz mengeluh membuatkan semua orang tergelak. Memang dia sengaja buat lawak ke apa tapi aku tak rasa macam lawak langsung. Share SU? kenapa tak cari lain je?

"Come on Iz! Lets Maya be mine and you find a new one!" Balas Zain membuatkan orang lain tayang sengih.

"She is with me for years ok? You should find one" balas Iz pula. Bangga jadi kak maya ni direbut oleh dua jejaka hensem. Hahaha. Kak maya sendiri pun dah pening. Tapi aku tahu dua lelaki ini hanya bergurau nampak macam mesra sangat.

"I need her more ok?"

"Ok!" Akhirnya Iz mengalah dan mereka berdua ketawa riuh. Yang lain pun dah ikut sama ketawa tak sangka yang Iz ni boleh tahan jugak lawaknya dengan kami tegas dan baik je bila dengan kawan dia bergurau senda pulak. Apa punya ayat aku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience