BAB 5

Romance Completed 12086

Dah seminggu, tinggal sebulan je lagi. Aku semakin takut untuk kawin. Aku dah janji jadi aku tak boleh nak lari sekarang. Setiap hari papa dan mama mengingatkan aku. Bukan! Amaran sebenarnya. Dah! Aku dah malas nak menangis lagi sebab sakit sangat.

"Penat je kak maya" tegur Lina bila kami buat lepak time tengok MLM.

"penat la Lin, Zain tu suka sangat ajak akak pergi situ sini dengan dia. Nak layan kerenah perfect work Iz lagi" kak maya mengeluh!

Akhirnya buat kali pertama aku dengar. Lina dan aku dah sama2 tayang sengih. Siapa tak boleh agak yang Zain tu syok kat kak maya memang boleh daftar keluar dari bumi dan yang layak daftar tu kak maya sorang je! Jahat aku kan? Hahaha.

"En. Zain tu suka kak maya la!" Lina menjawab dan aku angguk mengiakan. Kak maya pandang kami lama sebelum mengeluh.

"He is a playboy! Semua awek dia nak tegur! Client dia hundred percent perempuan tau!" Marah kak maya pula. Kami dapat detect virus baru iaitu cemburu!

Aku dan Lina dah bantai gelak dah. Ish! Kelakar betul orang bakal bercinta ni. Dah kena baling bantal sebab gelakkan dia,kami berlari masuk ke dalam bilik bila kak maya mengamuk macam gorila. Eleh, malu tapi mahu!

"Dik Ann!"panggil Zain. Dia kata muka aku macam adik dia, Ann jadi dia suka panggil aku dengan nama tu. Nak tak nak aku terpaksa la setuju. Takkan nak biar dia melaung panggil orang tak kenal.

"Yep! Der Z"ha! Ni pulak yang dia suruh aku panggil dia. Katanya arwah adik dia panggil dia macam tu. Sebab simpatilah aku setuju jadi adik angkat dia tanpa sebab.

"Jom! Balik rumah Der Z?" Mata aku membesar dan kening aku bertaut. Balik rumah dia atas sebab apa?

"Nonsense!"

"Nope! Mom and dad wanna know you. Please?" Pujuknya. Memang aku baik dengan dia tapi aku rela jadi adik angkat dia sebab terpaksa je. Apa kes pulak ni? Patutlah hari pertama dia jumpa aku macam dia terkejut sabgat dan bila aku tengok gmbar Ann ya! Memang nak sama macam aku tapi Ann mix mat salleh gitu! Aku melayu pure!

"Der Z. Both of us know that Qis bukan Ann"

"Yah! I'm sorry" pintanya lalu pergi. Perlu ke aku rasa bersalah sekarang ni? Memang aku rasa disayangi sebagai adik spnjang tiga minggu perkenalan kami tapi apakan daya aku bukan Ann sampai mati pun aku bukan Ann. Aku tahu yang pada Zain aku ialah Ann adiknya. Kenapa dia tak boleh terima ketentuan Allah yang Ann dah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience