BAB 6

Romance Completed 12086

Lagi seminggu dan hidup aku bakal musnah! Kak maya mintak aku discuss lagi dengan parent aku. Bukan discuss yang dapat tapi makan pelempang aku rasa nanti. Biarlah aku terseksa macam ni je. Ya Allah perkahwinan tu hubungan yang suci jadi Engkau muliakanlah. Aku sangat takut Ya Allah.

"Qis, you are dreaming right?" Soalan Iz buat semua mata pandang aku dalm bilik mesyuarat. Erk! Kantoi la pulak. Aku membetulkan duduk dan mengangguk. Dah kena gelak lagi. Adui la family office aku ni memang la suka sangat bila ada orang kena dalam meeting room. Kalau yabg tidur lagi dahsyat kena gelak.

"Berangan nak kawin ke?"soalan memang kasi muka merah ni. Malu! Macam tau2 je kan? Tapi bukan berangan nak kawin berangan tak nak kawin sebenarnya.

"Dik Ann nak kawin?" Soal Zain teruja.

Lepas gaduh sikit hari tu kami dah baik hari yang sama. Punyalah susah nak pujuk Zain ni. Lepas kata nak ajak dinner dengan kak maya berkobar kobar ha! Tapi aku pelik sikit debgan common sense Zain. Macam dia, sorry but, gay!

Sebab bila dia pandang kak maya macam dia suka tapi entah kenapa aku tak nampak rasa macam lelaki lain pandang perempuan yang dia suka. Tapi bila dia pandang Iz, macam dia berharap Iz pandang dia balik. Ke aku yang terlebih sense ni. Seventh sense ke apa?

"Yup! A few days left. Hopefully all of you can come. I dont have the invitation card but i'll let you know the date. Saya minta diri dulu" aku menjemput tak ikhlas. Macam mana nak ikhlas sedangkan aku sendiri pun tak ikhlas. Aku terus keluar dari meeting room tu dan ke tandas untuk apa? Menangis la! Semua orang dalam bilik mesyuarat dah terkejut.

*****************

"Boss,boss pun ada berapa hari je lagi nak kawin kan?" Soal Maya. Iz senyum dan mengangguk.

"Mungkin hari yang sama dgn Qis. Macam mana ni?"

"Memang hari yang sama!" Jawab Iz tenang. Jadi Iz dah tahu. Berpisat mereka pandang Iz.

"Macam mana boss tahu?"

"Dia apply cuti kawin dengan siapa?" Jawab Iz tenang. Mereka semua mengangguk faham.

"Sebab kami kawin tempat yang sama" balas Iz lagi. Masih tenang lalu menghulurkan kad undangan. Terkeluar biji mata mereka semua. Ria Qistina bakal jadi isteri Izzul Ashreeq?! Memang tajuk tergempar!

"Macam mana bleh jadi macam ni?" Soal semua orang keliru. Zain yang sedia maklum pasal hal ni hanya tersengih. Tak tahu la rahsia apa lagi yang Iz ada.

"Keep it as secret ok? She dont want anyone to know."

"Ok boss!!!" Jawab mereka semua serentak. Dalam otak dah fikir bila masa Qis dengan Iz bercinta. Macam mana nak bercinta kenal bakal suami pun tak. Yang tu biarlah rahsia sampai bila2.

"Boss panggil saya?" Aku masuk dan duduk di depannya.

"Yup! Kenapa apply cuti sehari je. Cuti hari nikah je?" Soalan yang malas aku nak jawab.

"Kawin sehari pun selesai" balas aku selamba. Iz tarik senyum.

"Macam tak suka bakal suami je?" Soalnya menduga.

"Bukan je tak suka, tak kenal pun!" Balas aku geram.

"Tak kenal?" Soalnya terkejut. Samalah gaya macam kak maya dan lina terkejut bila aku cerita hari tu.

"Yup! Family arrangement"

"Dont you want to know who you will belongs to?"

"I dont! I dont have any goal for this marriage" senangnya aku jawab kan.

"But you said before. Get it first commitment will follow after. Are you ready to give a big commitment? Marriage is a gift from Allah" aku terdiam.

Ya dan aku langsung tak pernah fikir pasal semua tu. Air mata aku mula berair. Aku tahu yang kawin bukanlah sekadar aku terima nikahnya tapi itu semua pasal hidup kita selamanya. Aku tahu redha isteri adalah redha suaminya. Macam mana aku nak face lepas ni? Aku takut!

"Jangan la menangis Qis. Saya ada tersalah cakap ke?" Pintanya rasa bersalah.

"Sya terlalu takut. Saya tak pernah plan semua ni jadi. Saya tak tahu kenapa mesti saya?" Aku terus menangis lagi biarlah air mata aku terus mengalir. Iz diam dan memberi ruang untuk aku menangis.

"Apa yang awak nak dalam diri suami awak tu?" Soalnya pula. Rasa macam ni baru je planning nak dapat suami macam mana. Soalan gedik masa form 4 kan? Tidur dua tiga pagi duk cakap pasal kawin. Hish. Budak hostel!

"Boss ni nak buat lawak ke?" Soal aku tersenyum sedikit.

"Mana ada. Kata2 tu doa. Mana tahu apa yang awak nak dapat" dia balas lalu tersenyum.

"Tak pernah terfikir pulak" balas aku pula.

"Baik fikir sekarang"

"Malaslah, banyak lagi kerja lain nak buat"

"Saya boss! Dan kerja awak sekarang ni berangan" aku tergelak dan dia turut sama tergelak.

"Boss je la kawin dengan saya" jawab aku tenang.

Gila ke apa? Macam tak tahu yang boss ni dah nak kawin! Lagipun semalam aku nampak boss masuk hotel dengan Zain. Bukan nak salah sangka tapi aku dengar kut Zain cakap I love you kat Iz. Nak pengsan aku masa tu tapi apa yang boleh aku buat. Patutlah Iz ni macam tak layan perempuan sangat.

"Awak jangan Qis. Allah angkat doa tu nanti" aku tersengih. Tapi macam tak logik je Iz gay. Sebab dia selalu kot solat dan Zain pun aku selalu nampak dia solat. Ei! Pening sebenarnya tapi tak tahulah kalau siblings brother love canggitu. Jangan fitnah Qis dosa! Bukan je dosa tapi dosa besar!

"Eloklah untuk saya. At least saya kenal suami saya macam mana" aku balas dengan nada bergurau.

"Kun fayakun Qis. Allah kata jadi maka jadilah!" Balasnya lagi menduga aku. Takkanlah kan boss dah nak kawin kut sama tarikh dengan aku pulak tu. Takdenya sempat aku nak bermadu dengan bini boss.

"Lawak la boss. Sorry tak dapat attend wedding nanti. Rugi pulak tak sempat jumpa bakal madu" aku balas dengan gurauan dan dia tergelak kuat.

"Jangan buat awak jadi madu! Suami awak confirm setia punya!" Balasnya yakin. Aku dah gelak, cakap macam dia kenal suami aku siapa.

"Pandailah boss ni"

"Saya tak kan buat awak bermadu. Saya setia dengan bakal isteri saya!" Ujarnya sambil senyum. Aku tergelak lagi. Suka bergurau jugak boss aku ni rupanya. Bertuahlah bakal isteri boss nanti. Aku ni? Nasib masih blur lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience