BAB 1

Romance Completed 12086

"Apa??? Biar betul ni?!" Tak payah cakap dah level berapa suara aku meninggi sebab terkejut.

Sungguh aku tak menyangka yang selama setahun ini aku sudah menjadi tunangan orang tanpa pengetahuan aku. Aku dah macam orang tak betul dan tak keruan bila dapat tahu hal ini. Belum pun sampai 24 jam aku tiba di Malaysia setelah tamat belajar di Interlaken dalam bidang business mama sampaikan berita ini dengan tenang. Nasib baik aku tak buat macam kawan aku yang kawin kat sana senyap2 dulu lepas tu baru maklumkan kat parent.

"Ma, pa. Why?" Soal aku sedih. Belum sempat aku mulakan hidup baru di Malaysia mama dan papa dah mulakannya dari awal. This is my life and my future! Bentak dalam hati je la.

"He is a good man"

"Just because he is good?" Soal aku geram. No! Alasan yang aku rasa tak munasabah dan tak sesuai langsung untuk aku terima.

"Papa, you should prepare a good excuse before you tell me this" suara aku meninggi lagi. Memang aku boleh rasa yang aku agak kurang ajar sekarang ni. Aku anak sulung kepada dua beradik tapi tak bermaksud hidup aku perlu dirancang oleh orang lain. Aku dah 24 tahun. Dah boleh berdikari dan boleh berdiri atas kaki sendiri.

"Along dah jadi tunang orang pun. Dah setahun." papa bersuara tegas. Aku tersengih sinis, senangnya papa cakap kat aku. Aku memang anak sulung dalam keluarga ni tapi aku tak pernah rasa ada keluarga pun. Papa dan mama selalu mengatur hidup aku lain pulak dengan adik aku Ikin yang selalu dapat apa yang dia nak. Mungkin dengar aku macam jeles tapi itu hakikat sebenar. It is a fact! Kalau tahu macam ni aku tak balik Malaysia baik aku stay je kat sana.

"Along ni, baru je tunang dah naik suara dengan papa dan mama" dan memang jelas Ikin adak aku yang paling aku tak tahu nak cakap apa ni suka tambah api marah aku! Aku tak tahu kenapa macam aku ni orang asing dalam rumah ni. Nak kata aku anak angkat memang tak lah!

"Orang tua tebgah bercakap ni tak reti nak respek ke?" Suara aku turut sama meninggi. Geram sungguh dengan sikap kurang adab Ikin.

"Betul la apa yang adik cakap tu. Along tu sepatutnya dah dewasa tahu beza baik buruk. Matang sikit" mama menambah. Sumpah aku rasa macam nak menangis je sekarang ni. Ikin selalu je betul di mata mereka padahal kalau mengikut pencapaian akademik atau apa shaja aku lebih darinya tapi semuanya tak bernilai di mata papa dan mama.

"Fine! Mama dan papa buat la apa pun! Along ikut je!" Aku terus mengatur langkah ke bilik. Air mata mula bertakung di tubir mata. Kenapa mesti begini hidup aku ya Allah? Dimanakah silapku dulu? Apa aku pernah melakukan kesilapan dulu? Aku hanya seorang anak yang perlukan kasih sayang.

Aku menangis seorang diri dalam bilik membenamkan muka ke bantal biarlah bantal aku basah lencun pun. Hati aku sangat sakit ya Allah. Baik aku pergi cari kerja secepat mungkin duduk dalam rumah ni buat sakit jiwa je.

Aku terus menyiapkan resume yang boleh aku gunakan. No matter what, aku akan jauhkan diri dari mereka. Mereka tu siapa? Keluarga kau sendiri Ria Qistina! Malas nak bersedih sebab aku dah tinggalkan diri aku yang lemah di Interlaken.

Tepat jam 3 pagi aku selesai melengkapkan aku punya resume dan mula mencari kerja kosong yang sesuai. aku tak kisah kalau perlu mula dari bawah sekalipun yang penting aku boleh kerja dan mampu hidup di luar nanti. Aku tak betah di sini ya Allah.

Akhirnya pukul 6 pagi aku tersedar dan terus bangun dan solat subuh. Setelah berdoa memohon pada Allah aku bersiap ala kadar. Aku perlu dapat kerja ni ya Allah. Aku menyiapkan semua persediaan akhir aku dan melilit tudung. Sebelum berpuas hati dengan diri sendiri aku terus turun ke bawah.

Banglo mewah papa langsung tak buatkan aku rasa bertuah lahir dalam keluarga ni. Sedangkan harta dunia boleh habis baik kejar kasih sayang. Mama dan papa sedang sarapan di meja makan aku singgah sebentar.

"Along nak keluar cari kerja" aku hanya memaklumkan tiada niat untuk berbicara atau buat discussion.

"Kerja je la dengan syarikat papa." Papa bersuara membuatkan langkah aku berhenti melangkah pergi.

"It's ok! As I can survive with my effort in Interlaken I can survive here without your help too. Thanks for the offer" papa dan mama angkat muka bila aku agak kurang ajar. Mana pernah mereka tahu kesusahan aku di sana. Mana pernah aku guna duit mereka sepanjang belajar di sana. Aku dapatkan tajaan dan biasiswa dengan hasil usaha sendiri.

"Since when you being this rude?" Soal mama geram. Aku pandang mereka sekilas sebelum tersenyum malas.

"Rude? I'm sorry" aku terus berlalu dari situ malas nak bertekak. Diingatkan kejayaan aku selama 5 tahun di negara orang akan ubah persepsi parent aku tapi langsung tak!

Apa lagi yang aku boleh buat? Aku dah malas nak berusaha pulihkan hubungan ini Ya Allah. Aku mengambil teksi untuk ke tempat temu duga, memang driver papa offer utk hantar aku tapi aku dah cakap awal2 lagi! Aku mampu berdiri atas kaki sendiri!

**********

Ramainya orang yang datang temu duga kat sini. Macam tak ada harapan je. Aku mengeluh malas tapi aku tetap isi borang. Kita kena cuba buatnya ada rezeki yang Allah nak bagi dapatlah. Syarikat ni tak besar mana pun tapi femes jugak.

Memang di ketuai oleh seorang yang masih muda dan atas sebab itulah aku pilih tempat ni. Aku nak tahu macam mana dia mampu berjaya debgan usia yang masih muda. CEO, aku tak tahu pun rupanya tapi aku tahu umurnya. 27 tahun! Sangat muda untuk ada syarikat sendiri.

Aku mula menguap sebab dah lama sangat menunggu dan akhirnya aku terlelap jugak.

"Maya, kejutkan dia, dah masuk lunch hour ni"satu suara lelaki menyuruh SU nya mengejutkan Qis yang sedang lena diruangan menunggu seorang diri. Semua orang dah beredar untuk rehat dan kembali pada pukul 2 petang nanti.

"Cik, cik" aku terasa bahu aku disentuh dan aku terus membuka mata. Jet lag semalam masih lagi terasa sebenarnya tapi aku malas nak tayang muka dalam rumah tu.

"Dah turn saya ke?" Soal aku lalu berdiri.

"Belum. Lunch hour" maklumnya. Aku mengangguk dan membalas senyuman manisnya. Cantik macam maya karin dia ni.

"Cik. Surau kat mana?" Soal aku pada wanita tadi. Dia menunjukkan arah sebelah kiri.

"Thanks" aku mengatur langkah ke sana dengan langkah berat.

Dari lapan pagi aku kat sini dah pukul 1 tak siap lagi. Banyak lagi tempat lain aku nak pergi ni. Aku segera menanggalkan tudung dan berwuduk sambil tunggu azan zohor aku buka fon.

Aku pandang gambar2 kami di Interlaken. Rindunya kat dorang. Aku segera solat bila azan masuk. Aku bersiap ala kadar dan terus ke ruangan menunggu balik. Boleh pulak aku lelap lagi sekali memang aku penat sangat pun sekarang ni. Ya Allah.

"Cik. Dah turn cik" aku yang masih mamai terus tersedar. Dah hilang ngantuk semua cuak je lebih sekarang ni. Aku menggenyeh mata dan membaca doa sebelum masuk. Sorang je yang tukang temu duga. Bukan selalunya dua tiga orang ke?tapi siapa dia ni? CEO sendiri ke?

Dah la aku yang paling last confirm tak dapat ni. Jam pun dah berginjak ke pukul 4 petang. Seharian aku buat tahi mata je kat sini. Aku ketuk pintu sebelum masuk. Aku pandang dia dan dia pandang aku sekilas sebelum kembali ke file ditangannya. Resume aku la kot. Hensem jugak dia ni tapi aku ni dah mengarut kenapa.

"Have a comfort sit please" ujarnya tanpa sebarang riak di wajah. Aku dengan malas terus duduk tegak. Adat la ni kalau iv kan? Handbag aku letak disebelah kaki kiri dan aku memandangnya.

Ralit sungguh mamat berkaca mata ni meneliti file aku. Ye la kot file aku mana tahu aku perasan je. Kenapa tak mula lagi ni? Ke memang kena tunggu lama macam ni?

Aku diam dan dia pun diam. Aku mengeluh lemah dan aku tekejut bila dia bersandar pada kerusi dan pandang aku tajam ke muka aku. Takutnya. Macam aku ada buat salah je. Aku berdehem membersihkan tekak yang terasa kering.

"Dah cukup tidur?" Soalnya tajam ke mata aku.

Erk? Dia tahu ke aku duk tidur je hari ni sepanjang menunggu? Habislah confirm tak dapat kerja ni. Aku malas nak menipu jadi aku angguk je la. Lepas tu dia boleh tayang senyum sinis kat aku? Weh! Kau yang nak kerja dengan dia ke dia yabg nak kerja dengan kau! Marah tokey nampak!

"Maafkan saya!" Pinta aku bersungguh. Dan tunduk2 macam minah jepun pakai kimono wasabi ni warna hijau lumut. Eh! Mengarut apa pulak ni?

"Do you want the second chance?" Soalnya dan aku angkat muka memandangnya dengan muka blur habis sebab tak faham. Second chance?

"Second chance?" Soal aku padanya.

"Ya! Saya dah tunggu terlalu lama untuk awak bersuara. Jadi, awak masih nak peluang kedua untuk bersuara?" Soalnya tegas. Aku laju mengangguk takkan aku nak biar semua jadi sia2 je.

"Use your mouth to speak not your head!" Perlinya. Aku kecut perut.

"Yes! I want the second chance" ujar aku laju. Seram la pulak.

"Why i should give you the chance?" Aik? Tadi tanya nak ke tak sekarang tanya pasal lain pulak. Aku dah nak naik angin ni tapi kenalah bersabar kalau nak bekerja.

"Because i really need the chance" aku bagi jawapan mintak penumbuk. Memang mati kutu ni.

"Why you need it?" Soalnya lagi. Dasar tak faham bahasa betul. Sebab penting la!

"I need work and money to support my life" balas aku ringkas. Dia mengangkat keningnya lalu memandang resume aku lagi.

"Baru je graduate beberapa hari yang lepas. Terus mohon kerja. Without any experience do you think you can get this work?" Soalan apa yang dia nak tanya ni sebenarnya.

"I trust to the Allah." Balas aku ringkas.

"Why Interlaken?" Soalnya pada aku pula. Why?

"Because i got the scholarship to further my study there" dia mengangguk beberapa kali sebelum periksa butiran keluarga aku. Maaf! Aku selit nama je dan tu pun sikit sangat.

"Every sem you got dean. Impressive!" Pujinya dan aku langsung tak rasa nak senyun sebab semua tu tak penting. Yang penting ada dapat kerja.

"Bila awak balik malaysia?" Soalnya lagi. Soalan yang tak berkaitan langsung tapi aku kena jawab jugak. Tiba2 je rasa macam lelaki ni poyo gila!

"Semalam" balas aku ringkas. Dia tersentak. Kenapa?pelik?

"Why you choose our company?" Aku tak pilih pun la. Aku just tengok kerja kosong dan ushar sikit je pasal syarikat ni dan aku memang salute dia punya CEO yang entah macam mana rupa tu. Tu aje! Yang lain memang aku tak merancang.

"I didn't choose. It's just my first try" dia terkejut lagi dengan jawapan aku.

"So,you dont have any plan to work with?"

"Nope!"

"Why?"

"Because when we wanna choose we should prepare for fail or dissappointment" dia berkerut. Kenapa? Pelik ke english aku ni.

"If we dont choose then we are not going to disappoint?"

"Yes"

"Why?"

"Because we dont have any goal or any expectation to the place that we choose"

"Then how you can convince me to have you as one of my staff?" One of his staff?? Maknanya dia la mamat yabg aku duk puji hebat tadi tu. Aku tarik balik!

"My commitment is when i get the job. When i have the job, my commitment will be there" dia mengangguk sekejap.

"Dont you know the phrase if we fail to prepare we prepare to fail?" Soalnya pada aku.

"I know! But, we need to prepare to fail. Because if we fail then we can still move on. Fail didnt mean the end. In business prepare to fail just same with take a risk" aku jawab selamba.

Pergh! Sekali ayat mengarut yang keluar dari mulut aku. Dia pandang aku pelik dengan wajahnya yabg berkerut then dia tutup resume aku. Confirm tak dapat ni. Takpelah aku reda je.

"We will call you later" jawabnya setelah lama berdiam diri.

Aku angkat punggung setelah ucap terima kasih. Macam tak dapat je kan?tu la tunjuk terel sangat. Aku terus ke tepi jalan untuk tahan teksi,laparnya perut aku dah la tak makan lagi ni. Duit dalam purse pun cukup2 untuk tambang teksi balik je. Card bank ada tapi mana la aku tahu kat mana atm ni kat area sini.

First time aku lalu jalan ni. Dah lima tahun tinggal malaysia mana nak ingat lagi dah. Takde pun teksi yang masuk ni. Aku nak buat apa ni? Apa kata aku naik balik solat asar dulu dah lewat sangat ni. Aku atur langkah ke surau yang sama setelah solat aku turun semula. Alahai ke memang teksi tak masuk sini? Aku mencari fon tapi tak jumpa.

Eh? Mana pulak fon aku hilang ni? Dalam surau tadi ke? Aku naik sekali lagi dan kali ini aku terserempak dengan CEO Megah Jaya Holdings. Rasa lain macam je tanpa menegur dia aku terus berlalu ke surau. Puas aku cari tapi tak jumpa macam mana ni? Habislah contact aku semua dalam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience