BAB 13

Romance Completed 12086

Malamnya aku duk tawaf katil je. Memang tak seksi tapi seksa weh. Gaun labuh sampai lutut tapi jarag gila. Sampai paha je tak jarang. Lengan tak payah cakap la tak ada langsung. Boleh mati kalau macam ni. Aku sendiri malu nak tengok diri aku apatah lagi nak bagi Iz tengok. Mahu dia marahkan aku lebih teruk lagi. Baru je aku terfikir nak tanggalkan baju ni dan cancel misi dah dapat warn dari mahaguru. Aku duduk didepan meja solek. Malu!

'Kalau awak betul2 straight naik bilik saya sekarang!' Butang send ditekan. Macam ayat cari gaduh kan? Tapi mesej baik2 mana ada dia reply pun. Tengah aku duk syok tunggu dia datang pintu bilik dibuka dengan kuat. Dia yang terkejut tengok aku, aku lagi terkejut tengok dia! Mana nak menyorok ni? Tapi muka dia maintain serius.

"Erm... erm... sihat?" Eh? Soalan apa ni?

"Awak masih lagi nak bukti yang saya ni straight? Awak nak goda saya ke debgan pakai macam ni?" Aku telan liur. Malunya dan sedih jugak pada masa yang sama. Malu dah mula hilang sikit. Sedih bila dia tak boleh maafkan aku lagi. Ke mesej aku jahat sangat.

"Awak nak saya buktikan ke? Bila awak dah pregnant baru nak percaya?" Aku terkejut. Laju langkah dia mendekati aku dan segera tubuh kecil aku diangkat ke katil. Jantung aku berdegup laju dan hampir mati sebenarnya. Aku menutup mata rapat bila wajahnya mendekat.

"Kalau saya perlukan ini daripada awak dah lama saya mintak. Saya hanya nak awak dan saya tak akan minta hak awak yang satu ini. Saya boleh tunggu sampai bila2 pun untuk awak beri. Saya kahwini awak kerana saya cinta. Kerana Allah. Bukan kerana nafsu. Saya tak minta semua ini dari awak, saya cuma perlukan awak. Thats all" aku terkedu dan terdiam dalam satu masa yang sama. Aku salah lagi? Dia dah bangun dari katil dan mula melangkah pergi.

"Saya salah dan saya minta maaf atas segalanya. Saya cuma takut saya mati tanpa redha seorang suami nanti. Tuduhan saya pada awak berat. Sangat berat! Tak layak dimaafkan pun. Saya dah bertekad, saya redha awak lepaskan saya jika awak terseksa. Saya tak kisah awak nak seksa saya lagi tapi janganlah awak menyeksa diri awak sendiri. Kalau saya diceraikan dengan talak tiga sekalipun saya sanggup. Jangan buat awak sedih, saya lagi sedih. Jika awak buat macam ni untuk menyeksa saya percayalah saya tak terseksa tapi saya sangat terseksa bila awak terluka. Jangan lukakan diri awak lagi lebih2 lagi kerana saya" air mata aku terus mengalir laju.

Pintu bilik segera ditutup. Aku nak menangis dan merintih lagi. Biarlah air mata ini kering sendiri. Semua ni salah aku sendiri.

************************

"Kau ni bila nak maafkan Qis?" Soal Zain pada Iz. Iz ni memang diluar jangkaan entah apa yang dia nak Qis buat hanya dia yang tahu.

"Aku dah lama maafkan dia. Aku tak pernah rasa marah pada dia pun"

"Dah tu kau perang dingin slama ni kenapa?" Pelik betul Iz ni.

"Aku nampak sayang dia bila dia memujuk aku. Aku nak kasih sayang dan cinta dia"

"Kalau kau terus macam ni mana nak dapat cinta dia weh"

"Aku tahu! Aku tak tahu macam mana nak baiki semua ni balik"

"Tu la! Buat kerja bodoh lagi!"

"Kau punya pasal la."

"Sorry la bro! Terlajak gedik skit malam tu"zain sengih segaris.

"Aku takutlah, semalam macam Qis dah give up"

"Bukan give up. Dia cakap kau terluka dengan dia jadi baik dia pergi" Iz tersentak.

"Dia cakap macam tu ke? "

"Lebih kurang la. Kau dah tengok video tu kan? Strong kan bukti tu! Tapi siapa punya kerja la ni"

"Aku dah upah orang siasat. Aku nak balik la. Risau Qis tak datang kerja ni"

"Eh! Dah tamat ke perang?" Soal Zain perli.

"Aku lempang jugak kau ni. Balik dulu!"

Terus langkah diatur ke bilik Qis. Pintu bilik dibuka tanpa diketuk dengan perasaan takut. Iz terkejut bila ada dua buah bagasi di hujung katil. Hatinya berdebar tapi bila lihat Qis masih lagi lena di katil dia lega sedikit. Dia mendekati Qis yang sedang tidur langsung tak bergerak walau sedikit.

Punggung dilabuhkan disebelah Qis. Wajah pucat itu ditenung penuh kasih. Bila tangannya menyentuh pipi Qis dia terkejut. Qis demam! Iz terus menyentuh leher dan dahi Qis yang tersangat panas.

"Qis, bangun kita pergi klinik. Awak demam ni. Jangan buat saya risau sayang" dah tak senang duduk Iz dibuatnya.

"Iz, jangan tinggalkan saya...saya sayang awak..." suara serak itu kedengaran. Sayu hati Iz. Ya! Dia yang kejam kerana menghukum Qis.

"Saya tak kan tinggalkan awak!" Balas Iz lalu mencium dahi itu lama. Badan Qis diangkat untuk ke klinik tapi bila selimut ditarik ke bawah dia garu dahi.

"Alahai,bini terlajak seksi la pulak" Iz merungut. Dia mundar mandir dalam bilik. Selepas itu dia mendail nombor mamanya. Setelah mamanya ceramah kesihatan sikit Iz terus buat. Dahi dan leher Qis ditampal cool fever. Selepas satu jam suhu badan Qis rendah sedikit.

Mulanya dia berniat nak kejutkan Qis untuk makan ubat tapi bila dia fikir balik biarkan Qis sedar sendiri. Iz panjat katil dan baring di sebelah Qis. Beberapa kali pipi itu dicium. Suka benar! Akhirnya Iz turut tertidur dan dia gembira bila tangan kecil Qis memeluknya. Dia rindu!

Aku menggenyeh mata yang terasa berat. Bila buka mata Iz ada sebelah aku?! Aku cubit pipi sendiri tapi sakit. Iz ke ni? Aku meneliti wajahnya yang sedang lena tidur. Memang Iz! Iz dah maafkan aku ke? Air mata aku mula mengalir lagi dan aku menyentuh wajahnya. Aku rindu sangat2. Tak terluah rasanya. Bila Iz buka mata aku terdiam. Erk!

"Jangan nangis" ujarnya lalu kesat air mata aku dan aku dibawa kepelukannya erat. Air mata aku terus mengalir. Iz dah maafkan aku alhamdulilah. Aku membalas pelukannya dan kami dalam keadaan begitu lama.

"Iz thu banyak yang nak dicakapkan tapi Iz tak nak dengar perkataan maaf lagi. Tiada siapa yang salah. Kalau ada sekalipun tu semua salah Iz. Kita mula lagi sekli. Boleh?" Aku angguk dalam syukur.

"Tak nak bahas sikit pun pasal ni lepas ni. Boleh?" Aku angguk lagi.

"Jap lagi sambung peluk Iz boleh?" Aku angkat muka pandangnya pelik.

"Iz nak pergi solat jumaat" dia tersenyum. Aku turut sama senyum. Saja je dia ni. Aku terus keluar dari selimut dan ke bilik air untuk basuh muka.

"Sayang, pergi mandi tukar baju. Nanti ada yang tak sampai masjid solat jumaat" pesan Iz dan beredar dari bilik aku. Berkerut dahi aku tak faham. Bila aku tengok diri aku depan cermin, ya Allah! Malunya!!! Laju je lari masuk bilik air.

"Sayang" panggil Iz di meja makan. Sejak baik ni menggedik aje kerjanya tapi aku suka! Macam aku je yang gedik sekarang ni kan.

"Yup!"

"Panggil la abang eh?" Pujuknya untuk kali ke berapa aku sendiri dah tak tahu. Bukan tak nak panggil tapi segan siot.

"In sha allah" balas aku jawapan selamat. Eh dia diam je? Merajuk la tu.

" awak" panggil aku dan dia terus cium pipi aku. Freeze terus!

"Abang!" Tegurnya.

"Ei, geramnya aw..." belum sempat habis ayat dia dah kiss aku lagi. Kali ni tempat mahal gila! Nak pengsan malu! Dia sengih la.

"Awak ni!" Aku pukul bahunya dan dia terus bngun dan angkat aku ke bilik. Sudah! Apa yang perlu aku buat sekarang? Lari? Kami saling berpandangan agak lama sebelum dia memeluk aku erat. Aku tahu setiap malam dia meminta maaf pada aku bila aku pura2 tidur. Dia masih lagi rasa bersalah dengan hal yang lalu. Aku leraikan pelukan dan menyentuh pipinya. Dahinya aku cium, matanya aku cium, pipinya aku cium dan hujung hidungnya aku cium.

"Qis cintakan abang" ujar aku ikhlas. Dia terdiam lama sebelum tersenyum.

"Akhirnya...terlafaz juga cinta itu. Abang cintakan Qis more!" Aku senyum

. Tak nak kalah betul suami aku ni.

*****************

"Ni semua Ikin punya kerja! Video tu Ikin yang sediakan" papa bersuara garang. Aku? Langsung tak terkejut bila dengar berita ni. Tapi aku redha lagipun Ikin sendiri yang bocorkan. Iz pada mulanya nak naik angin tapi aku halang. Biarlah, semua orang layak untuk peluang kedua.

"Abang, kita bahagia sekarag kan? Lebih bhagia dari dulu? Allah uji kita kerana nak hikmahkan bahagia ini. Jadi kita kena bersyukur"

"Maafkan Ikin along" pintanya ikhlas. Pengalaman mematangkan aku. Aku bukanlah Rasulullah yang begitu mulia memaafkan umatnya tapi aku tahu dalam memaafkan ada nikmat kebahagiaan di situ.

"Along dah lama maafkan"

"Maafkan mama dan papa along?”Badan mama aku peluk erat. Papa juga sama dan Ikin sekali.

Air mata bahagia tumpah lagi. Aku bersyukur dengan nikmatMu ya Allah. Atas sebab apa aku dibenci dulu hanyalah kerana sejak aku dikandung mama, musibah melanda kami bertahun sehinggalah keluarga Iz tolong dan aku sebagai balas budi.

Aku tak kisah, nasib keluarga aku berubah baik bila mama mengandungkan Ikin. Mungkin aku dianggap pembawa nasib malang tapi aku sebenarnya seorang yang sangat bertuah. Dulu aku tiada semuanya sekarang aku dah memiliki hampir semuanya. Kini tinggal doa ke syurgaMu ya Allah. Moga kami semua bersama di sana.

Kematian Ann juga sudah terbela. Bukan pengaruh dadah tetapi dibunuh dalam diam oleh kekasihnya. Pandai betul kak maya dan Zain komplot tumpaskan penjenayah. Baguslah, kak maya dah jadi PA sepenuh masa Zain. Mohon jangan bosan la kak maya ada suami kuat merengek dan gedik macam Zain. Hahaha. Iz pun sama naik je.

*******************

"Sayang!" Pipi aku dicium. Kalau panggil saja tak boleh ke?

"Abang!" Balas aku dan turut cium pipinya. Ha! Terkejut! Comel betul!

"Syg ni!" Hidung aku dicuit lembut.

"Abang rasa baby boy ke girl?" Perut aku diusap lembut.

"Tak kisah. Kalau boy biarlah setabah Rasulullah dan kalau girl biarlah sehebat Siti Aishah"

"In sha Allah. Kalau sebaik papanya pun dah ok" pipi Iz aku usap lembut.

"Tak boleh! Kena lagi baik. In sha Allah Hafiz Dan Hafizah. Boleh bawa kita ke syurga nanti"

"In sha Allah, papanya kenalah mula dulu!"

"Mestilah! Tengah berusaha la ni sayang. Rindunya isteri abang ni"

"Depan mata pun rindu lagi?"

"Mestilah! Kalau boleh,sesaat pun tak nak jauh dari sayang"

‘’Amboi bukan main lagi ye mengadanya, esok-esok bila kasih sayang dah berbagi dengan anak-anak, kita tengoklah sama ada masih rindu walau hadap depan mata hari-hari.’’ Ujarku memuncungkan bibir dan disambut dengan hilaian tawa dari suamiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience