BAB 12

Romance Completed 12086

Paginya aku ternampak dia menangis selepas solat, aku segera bersiap untuk ke pejabat. Aku takut aku tak kuat lihatnya menderita. Aku terus pergi ke pejabat tanpa pamitnya, tanpa ciuman darinya, tanpa bersalam dengannya dan tanpa aku rela sebenarnya Ya Allah.

Satu keluarga terkejut bila kami buat keputusan untuk berpindah tapi papa menyokong kami. Katanya supaya kami berdikari, bukan untuk berdikari papa tapi buat urusan sendiri.

"Dik Ann!" Tegur Zain ceria dan aku? Rasa nak hentak dia dengan kerusi depan aku ni.

"Saya busy! Kalau en.zain just nak say hi, you may leave" aku bersuara dingin. Dia terkejut. Sepatutnya aku yang terkejut! Apa hubungan dia dengan suami aku? Kekasih? Pasangan gay? Pemusnah rumah tangga org!

"Dik Ann, PMS eh?" Soalnya mengusik.

"I said leave! Get out from here!" Suara aku naik tiba2. Dia terkejut lagi tapi dia tak banyak soal terus keluar.

"Maya, whats wrong with Qis?"

"Just talk to me about work!" Maya terus beredar dengan muka bengang. Kalau ikutkan hatinya dia nak lempang dua orang itu sekali. Biar hilang rasa sakit hati! Dia tak sangka orang yang dia sanjung selama ini tergamak buat kerja haram dan bodoh tu.

Seminggu telah berlalu dan keadaan semakin buruk. Keadaan di pejabat juga sudah dingin dan tak ceria seperti dulu. Iz dan zain sama2 cuba untuk berbaik tapi benci yang ditunjukkan Qis tak memberi kesan apa2. Mereka dihukum tanpa mengetahui silap mereka di mana.

"Qis, I miss you like crazy. Talk to me please"

"Qis, i wanna see you. Please"

"Qis, i'm sorry if i have hurt you"

"Qis, you are killing me with your anger"

"Qis, i want you"

"Qis, please" voice mail yang aku dapat dari Iz langsung tak mengubah apa2. Benda yang dah jadi tak kan dapat dipatah balik lagi. Sampai bila kami nak macam ni? Aku sendiri keliru tapi untuk bersamanya? Aku tak mampu.

"Dont you dare to disturb me! If you still wanna see me with your eyes" aku mengugutnya. Kejam kan?

"Tell me, what is my fault. Jangan hukum Saya tanpa saya tahu salah saya di mana"

"Awak fikir la sendiri! Saya malas nak fikir! Silap awak hanya Allah yang boleh ampunkan!" Aku terus menutup pintu bilik dengan kuat. Bilik aku! Sepanjang perpindahan kami tak ada satu pun yang menjadi kita. Semuanya aku dan dia sahaja. Bila macam ni jadi aku bersyukur sekurang kurangnya aku belum pernah disentuhnya dalam erti kata lain.

"Maya!" Tangan maya direntap kasar oleh Zain. Sudah berganjak ke minggu kedua Qis dan maya dingin dengannya dan Iz. Dia perlu tahu apa dah jadi.

"Lepas la! Dosa tahu tak! Oh lupa, awak pernah buat lebih dahsyat daripada ni kan?" Sinis sekali suara maya. Zain pelik.

"Apa maksud awak?"

"Sebab lelaki dan lelaki tak haram bersentuhan awak sentuh dengan cara lain macam pulak ya? Jijik sungguh!" Maya mengatur langkah untuk pergi. Zain dah ternganga sebab terkejut.

"Apa yang awak cakap ni?" Soalnya sambil memandang tepat ke anak mata maya yang sangat membencinya. Pintu kereta dibuka dan CD dilemparkan ke badan Zain.

"Watch this and you will know why!" Zain mengambil CD yang telah jatuh itu dan masuk ke dalam kereta Maya. Dia perlu jelas tentang semuanya. Iz kawan baiknya dah murung dan langsung tak senyum sejak Qis bermusuh dengannya.

"Keluar!" Marah Maya.

" no! Selagi sqya tak tahu apa yang jadi"

"Fine! Lets find a good place to punish you!" Maya terus memandu keretanya ke sebuah restoren. Laptop dikeluarkan dan CD mula dipasang. Tak putus istighfar yang meniti di bibir Zain tapi Maya pandang sinis. Tak percaya dengan lakonan Zain.

"Now,do you think Qis should forgive Iz after watch this?" Sinis sekali suara Maya. Zain meraup mukanya dan bersandar pada kerusi. Memang betul pasal video itu tak tahu apa yang perlu dijelaskan lagi.

"Nak cakap video ni fake?"soal Maya lagi.

"No! Its true!" Pang!!! Satu penampar sulung Maya singgah dipipi Zain yang cerah itu.

Sunyi satu restoren dengan tamparan kuat maya. Maya bangun untuk beredar tapi zain menariknya ke kereta dan membawanya ke suatu tempat. Maya cuba protes tetapi tak berjaya. Sebaik tiba di bangunan itu tangan Maya ditarik lagi, maya cuba untuk lepaskan diri tapi tak berjaya.

"Lan!" Sapa Zain tanpa senyuman.

"Zain my fren! Long time no see!" Bahu zain ditepuk mesra.

"Bakal isteri ke?" Soalnya bila dua2 muka didepannya tegang sekali.

"Lan, kau check video ni" zain hulurkan padanya. Tanpa banyak soal Lan terus buat kerjanya. Pakar IT! Dia sendiri terkejut sebaik sahaja dia melihat video itu sekali lalu. Memang terus menimbulkan salah sangka.

"Kau dengan Iz? Gila ke?" Soalnya terkejut.

"Kau ingat aku tak ada iman? Periksa mana tahu ada yang boleh detect"

Maya menanti dengan tak sabar. Tangannya masih lagi dalam genggaman Zain. Dah sepuluh minit lamanya. Dia cuba untuk meleraikan tapi Zain lebih kuat! Tak padan Gay tapi kuat! Itulah fikir maya.

"Bro!" Lan bersuara. Zain dan Maya terus mendekati Lan.

"Video hundred percent ori" Maya tersenyum sinis. Zain pandangnya geram.

"Tapi bukan video full. Banyak cut scene dan ada area digelapkan. Aku dah clearkan part tu. Nah" maya dan zain pandang. Maya terkejut bila scene gelap yang mereka dengar orang tukar baju tu sebenarnya scene Zain dan Iz memakai jaket. Jadi! Mereka berdua normal dan dianiaya.

"Thanks Lan! Kau dah tolong banyak"

"Tak ada hal bro. Aku dah buat copy yang clear. Settle the prob weh!" Lan sepertinya faham. Zain mengangguk dan keluar bersama Maya. Maya diam tak berkutik.

"Call Qis. Kita settle benda ni hari ni jugak. Dah cukup dua2 terseksa" lembut suara Zain. Maya mengangguk dan terus mendail nombor Qis.

*****************

"Z dengan Iz nak siasat pasal kematian Ann. Kami tak percaya Ann mati disebabkan terlebih ambil dadah. Kebetulan ada parti liar ex Ann buat jadi kami pergi ke sana. Iz dah puas suruh Z redha tapi tak boleh. Z tak yakin Ann ambil dadah. Dah bertahun kami cuba siasat benda ni. Dah bertahun kami sertai parti liar dia tapi tak jumpa bukti apa2.

Z dah macam hilang waras sebab tu Z tak ada kat Malaysia. Pasal video tu kami berpakat untuk cuba lagi buat kali terakhir dan ternyata masih tak ada bukti kukuh. Iz mintak Z redha sebab takut Z sakit lgi. Tu yang gedik semacam bila pujuk Iz. Z mintak maaf sangat2. Percayalah yang Iz terlalu cintakan Qis"

Kak maya dan aku dah menangis, aku menghukum orang yang salah tanpa usul periksa. Kejamnya aku sebagai manusia.

"Baliklah, berbaik dengan Iz" aku tak tunggu lama terus angkat punggung dari situ.

Air mata gembira dan bersyukur sangat semuanya dah jelas kini. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Sebaik sampai di rumah air mata yang masih mengalir aku kesat. Badan Iz yang sedang tercegat diruang tamu aku peluk kejap. Lama! Aku rindukan dia ya Allah! Tapi Iz langsung tak bereaksi, aku pegang pipinya dan merenung mukanya yang langsung tak berperasaan.

"Qis minta maaf."

"Minta maaf? Setelah menghukum saya dengan kejam. Hukum saya tanpa saya tahu mana silap saya? Hukum saya tanpa dengar pembelaan dari sya? Awak kejam dalam menghukum saya Qis! Awak seksa saya! Awak dah puas hati kan?" Aku terkejut.

"Iz, Qis.... Qis.. minta maaf!" Pinta aku sambil menangis. Iz menepis tangan aku dipipinya dan berlalu pergi tapi aku segera memeluknya dari belakang. Dia tak boleh pergi!

"Saya tak pernah sangka yang awak sanggup lemparkan tuduhan berat itu pada saya. Saya tak sangka!" Ujarnya lirih. Memang aku seorang isteri yang berdosa Ya Allah.

"Maafkan Qis!" Rayu aku lagi tapi dia meleraikan pelukan aku dan beredar ke biliknya. Aku menangis hingga terduduk. Iz dah hukum aku balik. Padan muka aku sekarang ! Ya Allah aku mohon ampun padamu.

Aku solat sunat taubat kerana tak dapat tidur, air mata aku terus mengalir tanpa henti. Ya Allah, jika engkau ingin mengambil nyawaku biarlah aku mendapat kata maaf dari suamiku dulu Ya Allah. Aku tak nak kembali kepadaMu tanpa redha suamiku.

Pelbagai cara aku cuba untuk berbaik dengan Iz. Dari masak, bergurau tapi Iz langsung tak pandang aku. Dah seminggu dan aku buntu. Air mata asyik mengalir tanpa henti dan Iz juga tak berhenti dari menjauhkan diri dari aku. Apakah perlu aku pergi? Aku nak dia bahagia Ya Allah.

"Sukses?" Soal kak maya. Misi memujuk Iz la apa lagi. Zain pun dah jenuh nasihat Iz tapi Iz tetap dengan keras hatinya.

"Fail teruk! Qis tak pndai masak la kak"

"Ok! Tak pandai masak, banyak lagi bakat lain"

"Contoh?" Soal aku curiuos. Dah tak ada jalan lain ke? Zain yang join misi ni pun dah pening sama.

"Goda Iz!" Tersembur kopi dari mulut aku dan Zain. Biar betul kak maya ni.

"Goda?!" Soal aku dan Zain terkejut.

"Macam mana?" Soal aku dengan muka berkerut. Kak maya ni ada seribu satu akal.

"Goda cara lelaki suka la!" Miang sungguh muka kak maya sekarang. Zain pun dah beri respon double likes. Aku sorang je yang tengah loading sekarang ni. Tak faham!

"Macam mana?" Soal aku pelik. Zain dan Kak maya dah mengeluh ni.

"Belajar sampai oversea tapi benda senang macam ni pun tak tahu" amboi! Perli! Cakap macam orang dah kawin!

"Qis belajar business la!" Zain bantai gelak dengar jawapan aku. Kak maya bisikkan sesuatu ditelinga aku dan cukup untuk buat tlinga aku panas sebab malu. Takkanlah.

"Share la! Nak tahu jugak!"

"Sibuk!"

"Ala..." susahnya pasangan sedang bercinta ni. Aku senyum. Kenapa Iz tak boleh maafkan aku macam Zain maafkan kami? Ish! Iz tu suami kau la Qis.

"Paling hot!" Kak maya memberitahu kepada pekerja itu. Aku dah sorok muka belakang patung. Kak maya ni memang se gaja betul la! Sumpah aku tak pakai baju tak cukup anggota macam ni.

"Here" hulurnya dan aku rasa separuh nyawa aku hilang bila tengok baju tak cukup sifat tu. Janganlah kak maya.

"Kak, yang paling tak seksi! Please!" Aku pula membuat permintaan. Dah kena sengih dah. Malu! Bila aku tengok yang paling tak seksi ni pun dah macam seksa sikit. Tapi ok la pada yang warna merah tu. Yang ni oren, aku suka warna oren ni.

"Yang ni la Qis!" Paksa Kak maya.

"Tak nak! Akak beli la. Goda abang zain"aku angkat kening. Ha! Kan dah kena cepuk!

"Beli dua! Spare!" Dengan murah hati kak maya belanja. Baik belanja aku makan ada jugak jasa kenyang nanti. Sepanjang nak balik ke rumah otak aku dah tak waras ni. Tak tahu mana nak letak muka tu satu hal! Tak tahu macam mana nak laksana tu satu hal jugak! Susah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience