BAB 11

Romance Completed 12086

Baru hari pertama aku tidur sorang dah rasa rindu kat dia. Apesal aku ni? Mama ajak borak pun macam malas je. Teruk jugak penangan rindu ni eh?

"Iz pergi tiga hari je!" Angah menyergah aku.

"Iz!!!" Ha! Kan dah terlatah nama suami sendiri.

" dah agak dah, masa makan pun ingat kat laki dia" usik angah lagi. Mama dan papa tak payah cakap la sengih. Apa la angah ni buat malu aku je!

"Mestilah rindu angah, dah tak ada sape nak suap Qis" along pulak jadi ajinamoto. Muka dah merah ni.

"Nak along suap ke?" Usik along lagi. Aku pandang pinggan je la dah tak tahu mana nak letak muka.

"Tidur sorang la dia malam ni" amboi! main passing usik mengusik pulak.

"Nak tidur ngan angah? Abang ngah outstation jugak"

"Abg long pun outstation jugak. Ngan along pun boleh" dua2 dah gelak ni. Iz la ni punya pasal.

"Makan la Qis. Along dan angah ni pun sama je dulu. Awal2 kawin tak nak makan nasi bila suami tak ada. Muka pun tak tunjuk" hahaha. Papa dah backing menantu bongsu dia! Aku angkat muka pandang dua sis in law aku ni. Ha! Kan dah kena. Aku sembunyi senyum.

"Betul ke pa?" Soal aku sengaja.

"Tak betul apanya? Asyik duk ngan telefon tu. Kalau tak call berendam air mata la jawabnya. Kerja pun MC" tanpa sedar aku tergelak kecil. Muka along dan angah dah berubah terus bila kena perli. Alahai kelakar. Terbaik ah papa!

"Tak payah nak usik sangat. Abang pun macam tu jugak. Asal outstation je call 24 kali sehari. Jenuh nak menjawabnya!" Bila mama bersuara papa terus diam. Lepas tu kami ramai2 gelak. Lawak habis !!!

Iz ni ikut papa dia la kut sebab asyik call aku je sejak tadi. Padahal pergi Johor je pun, terus masam muka papa bila kena sekali dengan mama.

"Terbaik ma!!!" Aku, along dan angah angkat simbol like. Triple likes!

Hari ni dia balik tapi kenapa tak sampai2 lagi ni? Aku termenung di dalam ofis, teruk perangai tapi nak buat macam mana. Aku dah ready nak cakap kat dia yang aku sayang dia! Rasa macam pelik tapi memang aku sayang pun. Kan?

"Susahnya orang kena penangan angau ni" suara kak maya menyedarkan aku. Tangan yang sedang memegang gambar kawin kami terlepas dari tangan dan kaca berderai di lantai. Aku dan kak maya sama2 beristighfar dan terkejut. Laju kak maya datang untuk tolong bersihkan kaca yang bertaburan ats lantai.

"Iz...." mulut aku tersebut nama Iz dan kebetulan serpihan kaca dah tercucuk jari aku.

"Qis, luka ni" kak maya yang terkejut memegang jari aku yang luka dan pada masa yang sama air mata aku mengalir tanpa sebab.

"Qis, jangan fikir yang bukan2" pesan kak maya bila aku dah macam tak sedarkan diri.

"Maafkan akak" pinta kak maya pula. Lirih suara kak maya mungkin rasa bersalah.

"Qis ok. In sha allah tak ada apa pun. Qis terkejut je" aku senyum segaris dan kak maya lega sedikit. Telefon yang tiba2 berbunyi menyebabkan jantung aku berdegup laju.

"Hello, waalaikumussalam. Ya?"

"What?"

"Ok" aku bersandar pada meja dengan lemah.

"Why?" Soal kak maya risau.

"Iz"

"Kenapa dengan Iz?" Risau benar ni kalau sampai macam ni sekali.

"Esok baru dia balik. Ada kerja katanya" aku membalasnya dengan muka selamba. Kak maya dah mula hadiahkan aku cubitan terlalu manja dia tu. Ha! Mesti dia gelabah sangat tadi kan? Aku pun gelabah jugak alhamdulilah Iz ok je. Lega.

*******************

Pagi2 lagi aku dah dihadiahkan dengan bunga ros putih, sejambak pulak tu. Iz dah balik ke? Rasanya dia punya flight petang nanti tapi mungkin dia nak buat surprise home ke. Kan? Aku mencium bunga ros itu, wangi! Knapa mesti putih eh? Mungkin ada maksud yang tersirat. Ada satu bungkusan yang dibalut kemas dengan gambar bentuk hati tapi terbelah dua, terkejut dan kad yang aku dapat aku baca.

'Semoga bahagia bila tengok video ni' aku pelik. Video apa pulak si Iz ni? Aku buka lappy dan pada masa yang sama CD aku masukkan. Gelap je video ni apehal. Kak maya yang entah dari mana muncul join aku la pulak, takkan nak halau dia pulak kot. Jemputlah tengok sekali duhai kak maya kaki sibuk.

"Please Iz, I need you"

"Come on zain, just forget it"

"I cant! Please Iz, I really need you tonight" zain memegang kedua bahu Iz di dalam bilik hotel yang sama. Sejak bila zain ada di Johor? Aku dan Kak maya berpandangan.

"Zain, you should let it go. Past is past" Iz bersuara tegas.

"No! I cant" zain memujuk lagi tangan Iz dicapainya dan digenggam erat.

"I'm married ok? How can I being here. I promise to my wife"

"I know! I know you love her. But dont you love me too? We know each other for long" jeda. Aku dan kak maya masih lagi terkejut. Apa maksud semua ni? Adakah Gay? Ya allah janganlah engkau uji aku dengan dugaan yang berat macam ni.

"Yes! I love you zain. But I cant! We promise to stop right?" Suara Iz dah meninggi.

"Yes! But i cant! It's killing me! I need you. Just for tonight, please" rayu zain lagi. Akhirnya Iz mengalah. Iz mengalah dan air mata aku mengalir. Kenapa?

"Ok! For the last time. Ok?" Soal Iz tegas. Laju badan sasa Iz dipeluk erat, jantung aku dah tak dapt berdegup lagi Ya Allah.

"Thanks"

"Last?!" Iz bertegas.

"Last"

"Promise me?!"

"Yes" lepas tu mereka berdua bergerak ke hujung katil di mana video tak nampak. Hanya bunyi diam yang kedengran dan bunyi baju dan seluar dibuka. Air mata aku terus mengalir, dugaan ini lebih dahsyat daripada dibenci keluarga sendiri.

Video itu terhenti dan disambung bila Iz keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Riz hanya dapat didengar suaranya jasadnya tak kelihatan.

"Pass me my shirt" pinta Iz

"Nah! Thanks a lot for last night"

"Small matter"

"Small matter? Maybe we should do it again?"

"No! No! No!"

"Chill la.just kidding!" Wajah Iz yang tersenyum buatkan aku geram.

Laptop segera ditutup dengan kasar dan aku terus menangis. Tak tahu dah nak buat macam mana lagi! Sakit! Tersangat sakit sebenarnya! Air mata yabg tumpah aku biarkan sahaja. Ya Allah apa maksud video ini? Kak maya pun sepertinya dah hilang kata2. Siapa lagi yang mampu berfikir dengan waras selepas dapat dan tengok video macam ni?

Aku dah letih nak menangis macam budak kecik. Sampai hati Iz buat aku macam ni? Semuanya sebab aku tak pernah melayannya sebagai isteri yang sempurna ke?

"Ma! Mana Qis?" Ceria betul siara Iz pasti dah rindu benar dengan Qis. Sepatutnya tiga hari berpisah dah terjadi empat hari pula.

"Kat atas, tak menyempat" balas mamanya sambil tersenyum. Laju langkahnya di atur ke bilik mereka.

Aku terdengar suara cerianya bila dia tiba tadi, isteri apakah aku tak menyambut kepulangan suami sendiri? Aku terluka di sini Ya Allah.

Pintu bilik yang dibuka aku dapat dengar tapi aku sengaja letakkan kepala diatas meja solek. Biarlah dia tahu aku sebenarnya tak tahu dia dah balik. Tolong jangan dekati aku sebab aku tak mampu nak mendekatinya. Tolong jangan sentuh aku kerana aku akan menghalangnya. Tolonglah jangan buat aku menderhaka pada suamiku Ya Allah.

Terasa ada sentuhan di bahu aku, aku rindu sentuhan ini ya Allah tapi aku tak mampu nak redha apa yang dia buat.

"Sayang, tidur atas katil la. Kenapa kat sini?" Soalnya lembut di telinga aku. Aku rindukan semuanya tentang dia tapi aku tak boleh nak terimanya lagi. Berat sungguh apa yang dia telah lakukan.

"Come!" Aku terasa badan aku cuba diangkat lalu aku berdiri. Mata yang masih merah akibat menangis aku tenung dia. Dia terkejut bila aku merenungnya tajam.

"Sayang?" Panggilnya lembut. Tangannya yabg cuba meraih aku, aku tepis kasar.

"Dont touch me!" Aku bertegas. Jelas mukanya bingung dengan tindakan aku. Lantas segera tubuh kecil aku dipeluk erat. Aku meronta ronta minta dilepaskan tapi apakan daya dia lebih kuat mengunci aku.

"Let me go!" Jerit aku agak kuat dan pelukannya terlerai. Tangan aku digenggam kejap. Aku menyentak tangan aku dan mahu berlalu tapi sempat dihalangnya.

"Why? Saya ada buat salah ke?" Bukan salah tapi dosa! Dosa besar Iz!

Lirih suaranya dan dia masih cuba mendekati aku. Aku menjauhkan diri darinya.

"Dont you dare to touch me!" Jerit aku lagi.

"But why?! Tell me!" Suara dia turut sama meninggi.

"I cant love u, even yesterday, today, tomorrow or forever!" Terbuntang matanya sebaik mendengar apa yang meniti di bibirku. Semuanya dusta Ya Allah. Aku telah lama mencintai dirinya dan untuk selamanya. Air mata aku yang hampir mengalir aku seka cepat, aku tak nak dia tahu aku bohong. Menipu hati sendiri sama sakitnya dengan aku menghiris hati aku sendiri ya Allah. Sakit sungguh.

"Apa maksud awak Qis?" Soalnya sebak.

"Saya nak kita pindah dari rumah mama. Saya tak ingin sebilik dengan awak lagi. Saya tak kisah walaupun awak nak ceraikan saya. Saya nak keluar dari sini. Kalau awak tak nak keluarga kita susah hati dengan perkahwinan kita yang diambang kemusnahan ni, baik awak dengar apa yang saya cakap!" Dia terkejut lagi dan dia macam tak faham kenapa aku boleh berubah jadi macam ni.

"Saya takkan tinggalkan awak!"

"Pindah!" Balas aku ringkas dan dia mengangguk.

"As soon as possible!"

"Ok. But why?" Soalnya lagi. Kali ini dia dah mengalah sepenuhnya. Aku juga dah hampir mengalah bila lihat wajah sedihnya. Aku mendera diri sendiri dengan menyakitinya.

"Because I hate you!" Dia terus terduduk di sofa bila sebaris ayat itu keluar dari mulut aku.

Air matanya mengalir Ya Allah. Aku terus masuk ke dalam bilik air dan bersandar pada dinding. Jangan buat dia menangis ya allah aku tak kuat melihat air matanya jatuh kerana aku. Aku memeluk lutut dan menangis tanpa suara. Aku tak mampu nak tinggalkan dia dan aku tak mampu nak terima dia juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience