01

Fanfiction - KPOP Series 300

"JUNSEO!" jerit Haneul bergema satu dewan membuatkan semua pelajar memandangnya.

Buku nota yang berada di tangan digenggam dengan perasaan geram.

"Kau ke-" belum sempat Junseo ingin menanya, buku yang berada di tangan terus dilemparkan ke arah muka Junseo.

"Aduh...kau kenapa gila?!" marah Junseo memegang dahinya yang sakit akibat di baling buku oleh Haneul tadi.

"Kau tu yang dah kenapa?! Suka hati je conteng buku aku!" balas Haneul dengan nada yang geram seraya tangan yang sudah mengepal penumbuk.

"Y-yah, kenapa korang gaduh ni? Korang kan kawan baik...janganlah gaduh-gaduh." halang Seokhwa mendapat jelingan dari mereka berdua.

Seram.
Lagi seram dari hantu.

"Kawan baik? Tch,aku tak de lah kawan baik macam dia ni! Dah la pendek!" ejek Junseo.

"Alah kau tu tiang lampu!" balas Haneul geram, Seokhwa yang berada di tengah cuba menghalang mereka terus mengundur kebelakang apabila terasa satu aura yang menyeramkan menerpanya.

"Kau tak puas hati ke?! kalau tak puas hati ha jom lawan lah dengan aku." cabar Junseo, Haneul terus menarik rambut Junseo begitu juga dengan Junseo.

"Weh, Junseo lepas lah rambut dia, kang nangis budak ni mampus kau." halang Seokhwa, Junseo hanya mengendahkannya.

"WOI KORANG TENGOK APA TU?! PANGGIL LAH CIKGU CEPAT!" arah Seokhwa, perasaan gelisah semakin menguasai dirinya apabila melihat mereka berdua bergaduh.

"Hey Junseo! Haneul! Berhenti!" jerit Jin Saem meleraikan pergaduhan mereka berdua.

"Tch lembik! Sikit-sikit nak nangis!" jerit Junseo kepada Haneul dengan perasaan yang geram.

"Kau lah ganas sangat tarik rambut dia, memanglah dia nangis, kau ingat tenaga namja dengan yeoja sama ke?" sampuk Seokhwa, Junseo terus memandangnya dengan pandangan maut membuatkan Seokhwa takut.

"Aku just cakap je..."

"Dah-dah, sekarang kamu bertiga ikut saya ke bilik disiplin." arah Jin Saem membuatkan kening Seokhwa bercantum.

Tiga? Bukan dua je ke?

"Er...saem, siapa lagi sorang? Yang bergaduh ni kan cuma dua orang." tanya Seokhwa

"Saem jangan cakap tu..."

"Ye, itu awak Kang Seokhwa." balas Jin Saem membuatkan Seokhwa terkejut.

Tahniah!

Ye lah, siapa je yang tak terkejut kalau dapat kejutan yang TERLALU ISTIMEWA macam ni kan?

Seriuslah Jin Saem ni? Aku yang tak bersalah ni pun kena sekali?!

Waeyo, waeyo, waeyo...
Neo eobsin wae andoenayo...

Eh-

----------------

Junseo dan Haneul memandang ke arah lain, masing-masing tidak mahu bertembung mata, manakala Seokhwa pula memandang bawah dengan perasaan canggung, takut dan letih.

Letih la sebab berdiri, kenapa lah saem ni lambat sangat? Kaki aku terasa dah nak patah dah ni!

Seokhwa yang terasa canggung kerana berada di tengah-tengah perlahan-lahan melangkah kebelakang, sebaik kakinya ingin melangkah, bahunya terus dipegang oleh Junseo.

"Kau berdiri je tengah ni, tak ada hantu pun, sebab aku TAK AKAN BERDIRI SEBELAH DIA NI. " kata Junseo.

"AKU ALERGIK DENGAN YEOJA SEBELAH KAU." tambah Junseo gelang yang berada di tangannya dibuka lalu dilemparkan ke dalam tong sampah, terbutang terus mata Seokhwa.

Gelang tu kan...gelang yang Haneul bagi masa hari jadi Junseo tanda persahabatan diorang.

Jinjja? DIA BUANG?!

Matanya terus beralih ke arah Haneul.

Walaupun raut wajah dia tampak biasa, aku tahu kalau hati dia tu sakit and sedih...

"Kau kenapa?" tanya Junseo tatkala melihat Seokhwa mengesat air matanya.

"Huh? Tak de apapun, habuk masuk mata." tipu Seokhwa.

Aku pula yang nak menangis tengok diorang macam ni...selalunya dioranglah manusia paling gila dalam kelas aku, tapi di sebabkan si Donghan lah diorang gaduh teruk macam ni!

Haih, macam manalah aku nak cakap kat diorang kalau ni semua salah Donghan, diorang dah lah tak bagi peluang untuk aku cakap...

Lepas ni mesti kelas aku sunyi...

"Maaf sebab kamu semua menunggu sebentar." ucap Han saem Junseo, Haneul dan Seokhwa terus menoleh ke belakang melihat Han Saem masuk ke dalam bilik disiplin.

Sebentar? Kaki aku dah rasa macam nak patah dah ni kot!

"Annyeonghaseyo Han Saem." sekali lagi mereka menoleh ke pintu masuk, kelihatan Donghan masuk datang ke arah mereka berempat.

Terpapar raut tidak suka di wajah Seokhwa dan Junseo.

"Er...Haneul, Mrs.Kim nak jumpa awak." ujar Donghan.

"Tch,ber-awak-awak pula, kenapa tak chagi oppa je, meluat aku dengar." kata Seokhwa geram, Donghan hanya mendiamkan diri.

"Kau jangan nak tipulah, Mrs.Kim mana datang hari ni, kalau kau nak ambil and selamatkan dia dari sini cakap je, jangan nak menipu." sampuk Junseo memandang Haneul dan Donghan bersilih ganti dengan raut yang dingin.

"B-bu-bukanlah!" nafi Donghan.
"Gwaenchana, lepas ni aku pergi, kau bagitahu je Mrs.Kim aku kena jumpa Han Saem sekarang." arah Haneul.

"Tch, buat berani pula, pergi je lah ikut dia, bukan ke tu lebih baik dari kau kat sini dengan aku?" tanya Junseo memandang Haneul dengan sinis

"Sudah-sudah, Donghan kamu boleh pergi dulu, nanti Haneul pergi." arah Han Saem.

Donghan terus memandang Haneul menunggu jawapan darinya.

"Pergi je dulu." arah Haneul tanpa memandangnya, lalu Donghan pun pergi.

"Ok sekarang siapa yang mula dulu?" soal Han saem.

"Haneul."
"Saya."

Seokhwa terus memandang Haneul dengan pandangan yang tidak percaya.

Berani betul lah dia ni!

"Bagus mengaku kesalahan, kamu berdua boleh balik kelas." arah Han Saem, tanpa membalas Junseo terus pergi manakala Seokhwa pula pergi mengejar Junseo.

Ish geram betul aku dengan si Junseo ni! Langsung tak hiraukan si Haneul tu.

"Kim Junseo!" jerit Seokhwa, Junseo terus menoleh memandang ke arah Seokhwa dengan pandangan yang menakutkan.

"Kalau kau nak sebut nama budak tu lebih tak payah, sebab aku dah tak nak dengar nama dia." kata Junseo lalu pergi, Seokhwa hanya menghantar pemergian Junseo dengan anak matanya sahaja.

"Seokhwa" panggil Donghan, Seokhwa hanya mengabaikannya seolah-olah tiada siapa yang memanggilnya.

Baru dia ingin membuka langkah, tangannya terus dipegang oleh Donghan membuatkan langkahnya terhenti.

"Aku ada benda nak bagitahu kau..." ujar Donghan
"Aku tak nak tahu dan tak nak dengar." Seokhwa terus merentap tangannya dari dipegang oleh Donghan lalu mula membuka langkahnya.

"Junseo adik aku." ujar Donghan membuatkan langkah Seokhwa terhenti, Seokhwa terus memandang Donghan dengan pandangan tidak percaya.

Okay pasal ni aku nak dengar.

"Kalau betul dia adik kau kenapa kau sakitkan hati dia?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience