Yohan, Seokhwa yang buntu mahu berbuat apa hanya melihat sahaja pergaduhan mereka berdua.
"Weh Yohan, kau pandai taekwando kan? Pergilah halang diorang." suruh Seokhwa.
"Memanglah, tapi kalau macam ni gayanya memang sah lah aku kalah, aku tengok diorang gaduh macam ni pun aku dah rasa takut tahu tak..."
"Ish kau ni memang tak boleh pakailah!" marah Seokhwa memukul lengan Yohan.
"Kau pun sama tak boleh pakai..."
"Weh dah-dah lah tu gaduh!" jerit Daehyeon membuatkan Junseo dan Yongha berhenti bergaduh, manakala Yohan dan Seokhwa memandang ke arah Daehyeon.
Uwu Daehyeon is the best leader!
"Kalau rasa nak gaduh pergi ambil pisau tikam antara satu sama lain!" marah Daehyeon geram.
"Haneul..." Yongha terus berlari ke arah Haneul yang berada di pangkuan Daehyeon, manakala Junseo pula hanya menayangkan wajah tidak kisahnya lalu pergi masuk kelas diikuti Yuna.
"Daehyeon, letak Haneul kat belakang aku, aku akan bawa dia pergi bilik rawatan." arah Yongha, Daehyeon hanya menurut sahaja.
Blazer milik Daehyeon di buka untuk di pakaikan kepada Haneul.
-------
"Yohan...awak okay tak?" soalan Yuna hanya dibalas dengan anggukan oleh Junseo.
"Aku okay je...jangan risau, kau duduk je tempat kau." Yuna hanya mengangguk lalu pergi duduk di tempatnya.
Lirikan matanya terus memandang ke luar kelas memandang Haneul.
'Kenapa aku tumbuk dia?' soal Junseo pada dirinya sendiri lalu meletakkan kepalanya di atas meja.
------
"Saya rasa dia tak patut masuk kelas lagi kot, sebab saya rasa luka dia ni boleh tahan teruk..." ujar Sir Jay.
"Teruk? Dia luka apa?" tanya Seokhwa.
"Pipi dia lebam kena tumbuk, kepala dia pula tadi terhantuk so luka lah..." terang Daehyeon, Seokhwa hanya mengangguk faham.
"Korang pergi lah masuk kelas...aku nak jaga dia..." kata Yongha dibalas dengan anggukan oleh mereka semua.
"Seokhwa, Yohan jom masuk kelas, kang Serim patahkan leher korang baru tahu." ajak Daehyeon.
"Ye..." balas mereka berdua dengan nada yang malas.
Apabila mereka bertiga keluar, Yongha pun membuka langkahnya menuju ke arah Haneul lalu duduk di atas kerusi yang ada di situ.
Wajah Haneul ditatapnya, pipi Haneul yang lebam itu diusapnya lembut.
"Huh bila lah kau nak tahu kalau selama ni aku suka kau?" soalnya memandang wajah Haneul.
Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Yongha.
Haih kacau betul lah!
"Sorry kacau, macam mana dengan Haneul?" tanya Taeyoung.
"Dia tak masuk kelas hari ni..." balas Yongha dengan mata tidak lepas memandang wajah Haneul manakala Taeyoung hanya mengangguk.
"Kalau kau nak masuk kelas masuk je lah, aku boleh panggil pelajar perempuan untuk jagakan dia..." ujar Taeyoung.
"Tak pe, aku boleh jaga dia..." balas Yongha.
"Okay kalau macam tu aku keluar dululah..." katanya lalu keluar dari bilik rawatan tersebut.
Aku harap sangat waktu berhenti sekarang...
"Haneul..."
"Ish dah-dah lah tu, jijik argh! " Yongha terus memandang ke arah empunya suara dengan raut wajah terkejut.
Yuri nampak ke?
"Sejak bila kau kat situ?"
"Sebelum Taeyoung datang sini." jawabnya dengan sinis.
"So...kau nampak semuanya?" soal Yongha, Yuri hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Mwo?!" muka Yongha terus merah akibat malu, manakala Yuri pula hanya ketawa.
"Bongok lah kau ni, lain kali confess lah depan-depan, ini tidak, waktu dia pengsan baru kau nak cakap benda tu..." keluh Yuri.
"Argh biarlah...kau jangan bagitahu siapa-siapa, kalau tak aku bagitahu satu kelas kau pasal kau suka kat Minhee." pesannya terselit ugutan.
"Ye lah..."
"Yang kau datang sini apahal?" tanya Yongha.
"Aku nak jagakan Haneul, tapi dah kau kata kat Taeyoung yang kau nak jaga dia tak pe lah...aku balik kelas dululah..." katanya lalu pergi.
-------
"WEH JUNSEO!" jerit Seokhwa mengetuk meja Junseo, Junseo yang sedang tidur terus terbangun tatkala mendengar jeritan Seokhwa.
"Korang nak apa?" tanya Junseo dengan dingin sambil memandang Seokhwa dan Yohan seperti mahu menelan mereka berdua.
"Kenapa kau tumbuk Haneul? Kau nak mati ke gila? Kalau kau geram kat dia sekalipun janganlah tumbuk dia!" marah Yohan dengan penuh emosi.
Tch, tadi takut sangat.
"So? Itu je cara aku nak lepas geram." balas Junseo acuh tak acuh, membuatkan hati Seokhwa dan Yohan terasa panas.
"Ah jadi cara nak lepas geram kena tumbuk orang? Actually sekarang ni aku tengah marah tau...sebab tadi masa aku nak pergi beli coklat cadbury, ada sorang namja ni rampas coklat tu dari aku, haih mentang-mentang lah senpai, sukahati dia je, dah lah coklat tu tinggal satu...jadi boleh tak aku tumbuk muka kau? Sebab aku pun nak lepaskan geram." ujar Seokhwa mengepal penumbuk.
"Kalau aku kata tak boleh?"
"Kalau aku kata aku nak tumbuk muka kau juga?"
"Weh asal kau minta izin? Tadi dia tumbuk Haneul tak minta izin pun kan? So kau pun tak payah lah minta izin, tumbuk je dia terus..." kata Yohan bernada sinis.
"Weh dah-dah lah tu, jangan nak jadi setan sangat, jom lepak kat rooftop." sampuk Daehyeon yang baru masuk ke dalam kelas.
"Wah bapak setan datang menghasut, tapi kejap lagi kan..." kata-kata Seokhwa terpotong apabila Daehyeon menarik tangannya dan Yohan.
"Alah kejap je..."
~
"Weh anak siapa tu, yang berdiri atas tembok macam ultraman tu?" tanya Seokhwa.
"Tu argh, kang jatuh padan muka, dah la bangunan ni empat tingkat..." sokong Yohan.
"Tu Donghan lah..." kata Daehyeon, mereka berdua hanya mengangguk.
"Asal dia panggil kita datang sini? Nak suruh kita bersubahat dengan dia hancurkan hubungan Haneul dan Junseo ke?" tanya Seokhwa berfikir negatif.
"Mungkinlah..." balas Yohan.
"Ish korang ni...fikir benda yang positif dah la..." marah Daehyeon, Seokhwa dan Yohan seperti biasa hanya menayangkan wajah tidak kisah mereka.
"Yah Kim Donghan!" jerit Seokhwa.
"Asal kau panggil kitorang?" tanya Yohan dengan wajah yang menyampah.
"Aku panggil korang sebab aku nak bagitahu korang hal sebenarnya." balas Donghan.
"Hal sebenarnya pasal kau suka Haneul?" teka Seokhwa.
"And kau panggil kitorang sebab kau nak suruh kitorang tolong bagitahu Haneul tentang kau suka kat dia? " sambung Yohan meneka.
"Ish aku dah kata kan, fikir tu yang positif je lah, patutlah benda yang negatif je datang kat korang, rupanya selalu sangat fikir yang negatif..." keluh Daehyeon.
"Baguslah tu fikir negatif...kalau fikir positif kang benda yang terlalu positif datang baru tahu..." ujar Yohan.
"Benda yang terlalu positif datang? Maksud kau" soal Daehyeon tidak faham.
"Positif covid!" jawab Seokhwa lalu ketawa diikuti Yohan.
Haih susah betul lah kalau dapat kawan yang masuk air ni...
"Aku nak bagitahu pasal Yuna..."
"Kenapa dengan perempuan tu?"
"Dia yang buat adik aku dengan Haneul bergaduh..." terang Donghan.
"Weh kau seriuslah?!" tanya Yohan tidak percaya.
"Hari tu masa diorang buat kerja dalam satu kumpulan Yuna curi telefon adik aku...aku perasan pun sebab masa aku pergi kelas Junseo aku nampak phone Junseo terselit bawah buku Yuna, and lepas dari tu Junseo dengan Haneul terus gaduh...so aku memang yakin sangat kalau ni semua kerja Yuna, maklumlah perempuan tu kan psycho sikit..." terang Donghan, mereka semua hanya mengangguk menandakan faham.
"Jadi sekarang ni nak buat apa?" tanya Daehyeon.
"Aku nak minta tolong korang supaya Junseo dan Haneul berbaik semula."
"Macam mana?" tanya Seokhwa.
"Sebab tu lah aku panggil korang, korang tak de idea ke?" tanya Donghan, semuanya membalas dengan gelengan.
Ah tolonglah salah sorang bagi idea!
"Aku ada idea, tapi...kejamlah sikit...sikit je tak banyak pun..." kata Yohan, mereka bertiga memandang ke arah Yohan untuk mendengar idea darinya.
"Mula-mula kita pinjam phone Junseo, kata Haneul panggil nak jumpa dekat stor, then kita pinjam phone Haneul pula buat benda yang sama...then bila diorang jumpa kat stor kita kurung diorang dalam stor. " cadang Yohan.
"Kau nak kena belasah dengan Junseo ke? Ingat Junseo nak jumpa ke Haneul? Aku rasa kalau kau mesej dia pakai phone Haneul mesti dia tak kan baca. " ujar Seokhwa.
"Tak pe, kita kitar semula Yohan punya idea." cadang Donghan.
"Macam mana?" tanya Daehyeon memandang Donghan.
"Kita culik Haneul?"
Share this novel