08

Fanfiction - KPOP Series 300

"Suka? Huh kau buat lawak ke? Aku lebih suka kan Yuna berbanding dia." balas Junseo.
"tipu, kalau tak kenapa kau kutip balik gelang yang kau buang tu?" tanya Seokhwa sinis.

"Huh? Gelang?"
"Heh buat-buat tak tahu pula, macam aku tak tahu, lepas je kau turun dari rooftop hari tu, kau pergi bilik disiplin balik untuk kutip gelang tu balik kan." ujar Seokhwa sinis.

"Mengaku je lah yang kau suka kat Haneul..." kata Yohan memandang Junseo.
"Suka? Kan aku dah kata yang aku tak suka kat Haneul, apa masalah korang?!" tajam matanya memandang ke arah Yohan dan Seokhwa.

"Dah tu kenapa gelang yang Haneul bagi masih ada kat kau?" tanya Seokhwa.
"Aku tak ambil pun gelang tu! Kau nak suruh aku cakap berapa kali?!"

"Dah tu, kat beg kau tu apa?" tanya Yohan sambil menundingkan jarinya ke arah gelang yang tersangkut di beg Junseo.

Soalan Yohan tadi di biar tak terjawab, Junseo terus pergi meninggalkan Yohan dan Seokhwa.

"Weh bagi aku kotak susu kau." rampas Seokhwa sekotak susu dari seorang pelajar lalu berlari ke arah Junseo.

"Woi Junseo!" jerit Seokhwa lalu membalingkan kotak susu tersebut apabila Junseo memusing ke arahnya.

Jjang! Yeah tepat!

"KAU NAK CARI GADUH KE GILA?!" jerit Junseo lalu mengejar Seokhwa, manakala Seokhwa pula sudah melarikan diri bersama Yohan.



"Macam mana dengan Haneul? Dia ada chat dengan kau tak?" tanya Daehyeon.
"Tak de..." balas Yongha.

"DAEHYEON!" jerit Seokhwa lalu menyorok di belakang Daehyeon.
"Ko dah kenapa? Kena kejar dengan hantu ke?" tanya Daehyeon menjauhkan dirinya dari Seokhwa.

"Aku...aku kena kejar dengan peminat..." balas Seokhwa.
"Kepala nenek jiran kau kena kejar peminat!" sergah Yohan dari belakang mereka bertiga.

Yongha yang terkejut terus melatah manakala Seokhwa pula terus memeluk Daehyeon dengan penuh kasih sayang eh-

Tiber.

"Eh bodoh lepaslah, gelilah!" Daehyeon dengan sekuat hatinya mencubit tangan Seokhwa membuatkan dia sakit.

"Aduh sakitlah, kuku kau tu dah la macam dracula.." rungut Seokhwa.

"Kenapa dengan korang ni?" tanya Yongha yang sekian lama mendiamkan diri.

"Anak ayam ni lah, boleh pula dia pergi baling kotak susu dekat muka Junseo, tak pasal-pasal aku sekali kena kejar..." balas Yohan lalu acah-acah mengangkat tangannya seperti mahu memukul Seokhwa.

"Haih kau ni, marah je, jangan nak pukul..." tegur Daehyeon, Seokhwa hanya ketawa memandang Yohan.

Sabar je lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience