"Bergembiralah." ucap Junseo lalu membuka langkahnya untuk pergi.
"Kau pun, bergembiralah dengan Yuna." ujar Haneul membuatkan langkah Junseo terhenti.
"Thanks." ucap Junseo lalu pergi.
"Kau nampak and dengarkan apa yang dia cakap?" tanya Haneul.
"Ye aku dengar, tapi aku dapat rasakan kalau hati dia berat nak buat kau macam ni..." kata Donghan.
"Mana kau tahu?"
"Aku kan abang dia...Haneul...tolonglah maafkan dia..." rayu Donghan, Haneul tidak membalas malah memejamkan matanya.
-SKIP-
Waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telah pun tiba.
Loceng berbunyi, semua murid yang berada di dalam kelas berpusu-pusu keluar untuk balik begitu juga dengan Junseo.
Matanya sempat mencuri pandang ke arah Haneul sekilas yang sedang berdiri di hadapan pintu kelasnya bersama Yongha.
Junseo hanya mendengus geram.
Kakinya mula melangkah ke arah meja Yuna.
"Jom balik dengan aku." ajak Junseo dengan mata yang dari tadi asyik mencuri pandang ke arah Haneul.
Haneul hanya memasang wajah tidak kisahnya sahaja.
"Rumah kau dengan Yuna kan berlawan arah? Yang kau nak hantar dia tu kenapa? Lebih baik kau hantar Haneul, lagipun kau dengan Haneul jiran kan?" sampuk Daehyeon.
"Entahnya, dah lawan arah, jauh pula tu, kang tak pasal-pasal kau nak balik kena tolak motor." sokong Seokhwa sempat menyindir Junseo lalu mereka berdua pun pergi ke arah Haneul dan Yongha yang sudah menunggu di depan pintu kelas, manakala Junseo hanya menjeling mereka berdua.
"Kau sebenarnya suka Haneul kan?" bisik Yohan membuatkan Junseo terkejut.
Ingatkan hantu manalah tadi...
"Kau dah kenapa?"
"Jangan tipu perasaan kau." kata Yohan sinis lalu pergi ke arah Daehyeon dan yang lain.
"Oppa okay?" soal Yuna.
"Jangan panggil aku oppa boleh tak? Kita ni sebaya kut, lagipun aku bukan abang kau, dah jom balik." Junseo terus menarik tangan Yuna keluar dari kelas manakala Yuna pula sudah tersenyum bahagia kerana Junseo memegang tangannya.
Ah geram betul lah! Sepak jugak minah ni!
------
"Aku harap Junseo sedar apa yang dia buat..." ucap Yohan.
"Itulah...dah besar pun otak kat lutut lagi..." sambung Seokhwa geram.
"Janganlah cakap macam tu, nanti dia tahulah apa yang dia buat tu...lagipun aku yakin mesti dia pun tak nak jadi macam ni..." ujar Daehyeon a.k.a leader, Yohan dan Seokhwa hanya membuat muka tidak peduli.
"Haneul...kau nak aku temankan kau balik?" tanya Yongha.
"Er...boleh juga..." balas Haneul lambat.
"Hantar balik terus, jangan pergi mana-mana pula." pesan Seokhwa.
"Haah, lagi satu, jangan buat benda macam-macam pula." pesan Yohan sinis lalu ketawa diikuti Seokhwa.
"Ish korang ni, otak tu boleh tak fikir benda yang positif?" marah Daehyeon.
"Apa? Positif lah tu kan?" balas Seokhwa.
"Positif apanya? Otak korang nih rajin betul travel kan? Agak-agaklah korang ni pun." marah Yongha pula, sebelum lirikan matanya menatap Haneul dengan sayu.
Satu keluhan di lepaskan dari belahan bibirnya.
"Kau okay ke tak Yongha?" soal Seokhwa, Yongha hanya balas dengan anggukan menandakan dia 'ok'.
"Gaja." tanpa meminta izin tuan punya badan, Haneul terus menarik tangan Yongha berjalan mendahului mereka bertiga.
Mereka bertiga hanya menghantar pemergian Haneul dan Yongha dengan anak mata sahaja.
"Weh kau tak rasa ke kalau Yongha dah tersuka Haneul?" soal Yohan.
"Tak, kenapa?" soal Daehyeon.
"Actually tadi masa aku ke tandas aku terdengar Yongha dengan Junseo bergaduh, masing-masing mengaku diorang suka Haneul." kata Yohan, Seokhwa dengan Daehyeon terus memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
"Kau seriuslah Yohan?!" soal Daehyeon tidak percaya, budak ni bukan boleh percaya sangat, dia ni dah lah suka menipu.
"Betul lah, kau ingat aku main-main ke? Nasib phone aku tertinggal bawah meja je, kalau tak memang aku rakam dah tadi."
"Kalau betul si Junseo suka kat Haneul asal dia kat confess je terus? Dia nak tunggu si Haneul tu dah berpunya baru dia nak confess buat drama pukul 7?" soal Seokhwa bernada geram.
"Molla...tak pe kita tengok je siapa yang dapat Haneul" balas Yohan.
"Selalu aku tengok drama dalam tv je, tak sangka pula kali ni dapat tengok drama real life..." kata Daehyeon sambil tergelak kecil.
"Itu lah tu, nanti mesti ada part gaduh, betul tak?" tanya Seokhwa mendapat anggukan dari Daehyeon dan Yohan.
--------
"Kau nak aku hantar kau sampai mana?" tanya Yongha memandang Haneul.
"Sampai rumahlah, tak kan stesen bas pula..." balas Haneul dengan nada gurau.
"Boleh tolong pakaikan?" Yongha dan Haneul terus memandang ke arah empunya.
Kelihatan si Yuna sedang bermanja dengan Junseo, tch sampai nak pakai topi keledar pun tak reti ke? Dia ni memang tak pernah naik motor ke atau selama ni memang orang yang pakaikan untuk dia?
"Jangan tengok." Yongha terus menutup mata Haneul berjalan ke arah motornya.
Junseo yang perasan mereka berdua hanya mampu mengeluh, entah kenapa hatinya terasa sakit, sakit yang teramat.
Share this novel