02

Fanfiction - KPOP Series 300

Soalan Seokhwa membuatkan Donghan terdiam sekejap.

Bukan niatnya nak sakitkan hati adik sendiri, tapi...Haneul yang suruh...

"Kenapa kau kata aku yang sakitkan hati dia?" tanya Donghan.

"Tch, kau tahukan adik kau tu suka Haneul, kenapa kau heboh satu sekolah tentang Yongha dengan Haneul couple?"

"Kenapa kau tanya aku? Tanyalah Junseo, kalau tak sebab dia semua ni tak kan terjadi." balas Donghan, Seokhwa hanya menjelingnya lalu pergi.

'Tak boleh ke kalau bagitahu je yang sebenarnya?' bisik hati Seokhwa, rasa macam nak pijak je si Donghan ni, nasib dia lagi dia tua dari aku je.

Senpai-

Tak pe Seokhwa, sabar itu separuh daripada iman.

"TERIMA! TERIMA! TERIMA!" bunyi para pelajar menjerit menarik perhatian Seokhwa.

"What the-"

"Tolong terima saya..." rayu seorang yeoja berlutut di hadapan Junseo.

Mata aku rosak ke?!

"Junseo." panggil Seokhwa dengan nada yang perlahan.

Junseo hanya memandangnya sekilas sambil tersenyum sinis sebelum dia menghadap ke arah Yuna semula.

"Okay, saya terima." balas Junseo terima membuatkan Seokhwa terkejut.

GILA TAK TERKEJUT, DIA TERIMA YEOJA YANG PALING GEDIK KAT SEKOLAH NI KOT! EIII GELI SIAK!

"Yah Kim Junseo! Kau gila ke?!" jerit Seokhwa, semua murid yang memandang Junseo yang sedang bersawit kat koridor terus memandang ke arah Seokhwa.

Alah aku kan comel tu pasal diorang pandang...

"Kau kenapa?" soal Junseo acuh tak acuh.
"Macam mana dengan Haneul?"

"Dia just sampah yang menyemak dalam hidup aku." balasnya selamba.
"TAK MASALAHNYA KAU YANG SAMPAH SEKARANG NI!" Yongha yang datang entah dari mana terus menumbuk pipi Junseo.

Seokhwa yang baru membuka langkahnya ingin pergi ke arah Junseo terus terhenti manakala pelajar lain memandang mereka berdua dengan pandangan terkejut, ada juga yang menjerit perkataan 'gaduh'.

Sumpah pelajar kat sini semuanya toxic.

Tanpa berfikir sejenak, Seokhwa terus berjalan mengikut campur.

"Weh berhenti!" jerit Seokhwa mengehentikan mereka berdua.

"Weh kau kenapa gila?! Tiba-tiba je datang tumbuk aku?!" jerkah Junseo.

"Wae? Salah? Orang macam kau ni memang layak kena penumbuk, suka hati je kata Haneul sampah! Kau tu yang sampah!" balas Yongha geram sambil menundingkan jarinya.

"Tak, sekarang ni kalau kau sayang sangat dekat yeochin kau tu jagalah elok-elok!"

"Aku dah kata yang aku dengan dia tak de apa-apa, kenapa kau susah sangat nak faham?" Yongha terus menolak bahu Junseo dengan kasar membuatkan dia kebelakang sedikit.

"Dah cukup. Junseo, kalau betul kau sayangkan Haneul, kau putus dengan yeoja ni."
"Sayang Haneul? Tch, aku just anggap dia kawan, tak lebih dari tu, and now aku dah anggap dia sebagai SAMPAH, buat apa korang nak bela sebut nama dia depan aku?" kata-katanya cukup membuatkan hati Seokhwa dan Yongha terasa panas.

"Kalau betul kau dengan Haneul kawan baik, kenapa kau lebih percayakan perkataan yang keluar dari mulut orang lain berbanding kawan baik kau sendiri?" bidas Yongha geram, Junseo terus diam membisu tidak tahu menjawab apa.

"Kajja Yuna." Junseo terus menarik tangan Yuna pergi.

"Pergilah kau buat maksiat dengan yeoja tak betul tu." sindir Seokhwa.

-----------

Pintu ditutup sebelum satu keluhan dilepaskan. Haneul menggosok-gosok telinganya yang terasa sakit akibat mendengar Han Saem berleter tadi.

Han Saem lama-lama boleh jadi Hantu Saem!

'Anggap je lah kali ni adalah kali terakhir aku tolong kau...' monolog Haneul dalam hati lalu membuka langkahnya, tetapi langkahnya terus terhenti apabila dia melihat benda yang tak patut dia tengok.

Okay ianya sangat menyakitkan...

'Bodoh betul buat maksiat kat sekolah...' bisik hatinya geram.

Hatinya seakan-akan ditembak, hancur berkecai, macam gelas kaca kesayangan mak kau jatuh pecah atas lantai.

SAKIT weh.

Sejujurnya aku dah lama pendam perasaan kat dia...and aku dah rancang nak confess kat dia, tapi tak sangka boleh jadi macam ni...and aku tak sangka kalau Junseo dah ada yeochin...

Haneul terus memusing berjalan dengan arah yang bertentangan.

'Gwaenchana Haneul, ramai lagi namja kat sekolah ni, lagipun kau dengan Junseo tu kan tak de apa-apa...anggap je kau tak kenal Junseo' bisik hati Haneul menenangkan dirinya.

Rooftop sekolah menjadi tempat tujunya.

~

"Nangis je kalau nak nangis..." kata Donghan yang naik ke rooftop juga.

"Pasal Junseo kau-" belum sempat Haneul menghabiskan ayatnya Donghan sudah memotong.

"Aku tahu, mesti kau dah tahu pasal Junseo dan Yuna kan?" tanya Donghan, Haneul hanya membalas dengan anggukan.

"Janganlah benci dekat dia sangat...aku yakin dia bukan orang yang macam tu..." ujar Donghan membela Junseo lalu duduk di sebelah Haneul.
"Aku nampak dengan mata aku sendiri tadi apa yang dia buat dengan Yuna tadi...jaganlah nak bela dia sangat..."

"Aku yakin kau salah faham..." balas Donghan masih membela Junseo, Haneul hanya mendiamkan diri lalu meletakkan kepalanya di bahu Donghan.

------

"Kau faham tak?" soal Junseo, Yuna hanya membalas dengan anggukan.

Junseo pun terus pergi meninggalkan Yuna naik ke rooftop.

~

Pintu di tutup, dia mula melangkah berjalan.

Tapi...tak sangka pula boleh jumpa Haneul dan Donghan kat rooftop.

'Tak sangka abang dengan kawan aku pengkhianat.' gumamnya sambil memandang ke arah Haneul dan Donghan dengan rasa geram.

Lama dia memandang mereka berdua, Haneul yang tadi memandang langit terus menoleh ke arah Junseo membuatkan mereka berdua ter eye contact begitu juga dengan Donghan.

'Tolong jangan alihkan pandangan kau...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience