04

Fanfiction - KPOP Series 300

'Diorang betul-betul couple ke?' tanya Haneul pada dirinya sendiri sambil memandang ke arah Junseon dan Yuna yang sedang bergelak ketawa.

"Kau tengok apa tu?" tanya Yongha yang muncul entah dari mana.

"Huh? Er tak de pape..." Yongha yang mendengar jawapan dari Haneul terus mengusap kepala Haneul tanpa dia sedar.

Mengelamun apa tah dia ni?

"Sabar je...insyaallah kau akan jumpa dengan orang yang lebih baik berbanding dia..." ujar Yongha membuatkan dahi Haneul berkerut.

Jumpa dengan orang yang lebih baik berbanding dia? Apa maksud dia?

Tak pe lah...buat-buat faham je lah...

"Hmm." balas Haneul sepatah.
"Jom masuk kelas. " ajak Yongha, Haneul hanya menurut sahaja.

---------

"Ish kau ni kalau tak ikut aku tak boleh ke?!" marah Junseo sambil menatap gadis di hadapannya dengan penuh rasa benci serta geram.

"Mana ada saya ikut awak...kitakan satu kelas..." balasnya dengan nada sedikit manja, Junseo hanya menggulingkan matanya ke atas menandakan dia meluat.

Tanpa menunggu Yuna, Junseo terus menapak masuk ke dalam kelas meninggalkan Yuna yang masih berdiri di luar kelas.

"Eh awak! Tunggulah saya! " jerit Yuna mengejar Junseo.

-------

"Makin hari aku tengok Yuna, makin gedik jadinya, macam minta kena pijak dengan aku." kutuk Seokhwa yang dari tadi memerhati gerak geri Yuna.
"Tu lah pasal, kalau adik aku perangai macam ni memang aku pijak dia sampai lempeng." sokong Yohan.

"Assalamualaikum kawan-kawanku! Harini saem tak masuk! So dia just bagi tugasan je...jadi tolong duduk sebelum aku patahkan leher korang. " arah Serim, semua murid yang mendengar arahan Serim terus duduk.

"Saem suruh buat kerja secara berpasangan, so aku akan tampalkan list nama kat depan ni sebab aku malas nak sebut." ujar Serim sambil menunjukkan list nama yang dipegangnya lalu ditampal di papan.

"Tunggu apalagi? Tak kan nak suruh aku angkat korang sorang-sorang? Datanglah depan tengok." arahnya, semua murid yang berada di dalam kelas terus berlari ke depan untuk melihat nama mereka.

'Taeyoung, Seongmin, Jungmo'
'Jinwoo, Woojin'
'Allen, Serim, Seongwoo'
'Yohan, Daehyeon, Seokhwa'

"Aku dah agak...Daehyeon! Yohan!" jerit Seokhwa berlari ke arah Daehyeon dan Yohan.

"Kita satu kumpulan kan?" teka Yohan lalu mengeluh.

"Huh itulah pasal...aku tak pernah dapat masuk kumpulan yang sama dengan crush aku..." keluh Seokhwa.

"Tu maksudnya kau tak de jodoh dengan crush kau tu." sakat Yohan lalu ketawa diikuti oleh Daehyeon, manakala Seokhwa memberi pandangan maut kepada mereka berdua.

'Ryujin, Felix'
'Momo,Sana, Mina'
'Yeji, Hyunjin, Niki'
'Junseo, Yuna'

Huh selamat...

SELAMAT?

'Wait serius lah aku dengan Yuna?!' Junseo terus melihat senarai nama tersebut sekali lagi.

'Tak mungkin...' bisik hatinya cuba menafikan.

"Junseo!" jerit Yuna, Junseo dengan perlahan menoleh ke arah Yuna dengan raut wajah tidak sukanya.

"Tengok, jodoh kita memang tak kan kemana kan?" Junseo tidak menjawab malah menayangkan wajah bencinya.

"Jom pergi library buat tugasan tu." ajak Yuna menarik tangan Junseo manakala Junseo hanya membiarkan sahaja tangannya dipegang dan ditarik oleh Yuna.

~

"So...kita nak buat tajuk apa?" tanya Yuna memandang Junseo.
"Molla...ikut kau lah..."

"Hurm...macam mana kalau cerita 'Cinta Tiga Segi'? " cadang Yuna.
"Engkau gila ke apa nak buat cerita cinta? Apakata kita buat cerita yang berlatar belakang sekolah? And tajuk dia 'Friend'?" cadang Junseo.

"Okay..." balas Yuna menerima cadangan Junseo.

Sambil mereka buat tugasan, Junseo yang dari tadi asyik mencuri pandang Yuna membuatkan Yuna perasan akan tidakkan Junseo dan membuatkan mereka berdua ter-eye contact.

"Kenapa?" soal Yuna, Junseo hanya membalas dengan gelengan.

'Mungkin aku patut lupakan Haneul dan mencintai orang yang mencintai aku? Buat apa nak berharap dekat benda yang tak pasti kan?' bisik hati Junseo sambil memandang ke arah Yuna.

Hampir setengah jam mereka buat akhirnya Junseo dan Yuna mengambil keputusan untuk berehat.

"Jom masuk kelas, kejap lagi subjek math, kang lambat masuk tak pasal-pasal kena denda." ajak Junseo, Yuna hanya menurut lalu menyusun buku dan alat tulisnya.

Usai mengemas mereka pun keluar dari perpustakaan.

"Eh Yuna kejap." panggil Junseo.
"Kenapa?"
"Buku aku tertinggal kat library, kau boleh tak tunggu aku kat sini kejap?" soal Junseo.
"Boleh je." balas Yuna sambil tersenyum Junseo pun terus berlari menuju ke perpustakaan semula.

-

"Ah mianhaeyo..." ucap Haneul lalu membantu mengutip buku Yuna yang jatuh.

"Nah." hulur Haneul, Yuna mengambil buku yang dihulur oleh Haneul dengan kasar.

"Apa masalah kau? Aku dah tak kacau kau kan? Asal kau nak cari gaduh dengan aku?" tanya Yuna membuatkan dahi Haneul berkerut.

"Bila pula aku cari gaduh dengan kau?"

"Kau ingat aku tak tahu, kau saja nak langgar aku kan?" tanya Yuna menolak bahu Haneul kasar.

"Apa masalah kau ni?! Aku terlanggar kot! Bukannya aku saja langgar kau! Lagipun aku dah minta maaf kut! Tak kan kau nak suruh aku melutut depan kau minta maaf baru kau nak kata aku terlanggar?!" marah Haneul geram.

"Weh kenapa ni?" sampuk Yohan yang terdengar pergaduhan mereka berdua.

"Si Haneul ni, tiba-tiba je langgar aku."

"Aku dah katakan aku terlanggar, aku dah minta maafkan, buku kau jatuh pun aku tolong kutip, kau nak suruh aku buat apa lagi?"

"Aku tahulah kau cemburu sebab aku couple dengan Junseo kan?" tanya Yuna bernada sinis.

"So? Tak asal sekarang kau nak kaitkan Junseo?"

"Kau cemburu dengan aku, sebab tu kau saja langgar aku!" marah Yuna menolak Haneul kasar.

"Aku kata aku terlanggar je kan! Apa masalah kau?! " kini giliran Haneul pula menolak Yuna dengan kasar membuatkan Yuna terjatuh.

"Weh Haneul sabar...kang kau kena jumpa Hantu saem pula." halang Seokhwa menenangkan Haneul.

"Weh Yuna kau okay tak?" tanya Junseo membantu Yuna berdiri.

Daehyeon, Seokhwa, Yohan dan Haneul hanya melihat sahaja perbuatan Junseo tanpa berkata apa-apa.

"Saya okay...Haneul ni...tiba-tiba je langgar saya, lepas tu tolak saya." rengek Yuna.

"Yah apa masalah kau tolak dia?!" marah Junseo menolak Haneul, Haneul hanya diam sambil menunjukkan raut wajah tidak kisahnya.

"Tak yang kau tolak dia ni kenapa? Haneul dah minta maaf kut, yang kau lebih-lebih ni kenapa?" marah Daehyeon menghalang Junseo dari menolak Haneul.

"Itu lah, lagi satu, Yuna yang mula dulu." sokong Yohan.

"Yang korang ni pulak asal bela dia sedangkan aku kawan korang?" tanya Junseo dengan nada geram.

"Yang kau pula asal percayakan Yuna berbanding kawan baik kau?" bidas Seokhwa.

"Daehyeon, Yohan, Seokhwa, dah lah tu...jom masuk kelas..." ajak Haneul, baru dia ingin membuka langkah, Junseo terus menarik tangan Haneul.

"Wae?" soalan Haneul dibiar tak terjawab.

Tanpa teragak-agak, Junseo terus menumbuk Haneul membuatkan Haneul terjatuh.

"WEH SETAN KAU KENAPA HUH?!" jerkah Yongha yang muncul entah dari mana terus menumbuk Junseo, maka mula lah aktiviti tumbuk menumbuk antara mereka berdua.

Seram betul lah Yongha ni, selalu muncul tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience