"Maksud aku kita call Junseo guna phone Haneul, kata Haneul kena culik, aku yakin mesti dia datang, then bila dia datang kita kurung diorang." ujar Donghan.
"Ok, tapi nak buat kat mana?" soal Daehyeon.
"Kat stor jugalah, sebab kat situ kan banyak benda boleh buka pintu...setuju tak?" tanya Donghan, mereka semua mengangguk menandakan setuju.
------
"YEY BALIK!" Sorak Seokhwa dan Yohan serentak manakala Daehyeon hanya menggeleng melihat perangai Seokhwa dan Yohan seperti budak-budak.
"Junseo...hari ni kau balik dululah...sebab hyung kena kemas library dengan diorang bertiga..." ujar Donghan mendapat anggukan dari Junseo.
Apabila kelibat Junseo keluar dari kelas, Donghan dan yang lain terus berlari menuju ke bilik rawatan.
~
"Alahai nyenyak betul lah anak Yoo ni tidur..." sindir Yohan.
"Biarlah kat dia...dia penatlah tu jagakan Haneul..." ujar Daehyeon.
"Daehyeon tolong ubah Yongha biar aku yang angkat Haneul." arah Donghan apabila melihat tangan Yongha melingkari tubuh Haneul, Daehyeon yang mendapat arahan Donghan terus mengalihkan Yongha.
"Weh macam mana dengan Yongha pula?" tanya Seokhwa.
"Haah en...tak kan kita nak biar Yongha kat sini sorang-sorang kut?" soal Yohan pula.
"Haih menyesal aku bawa korang berdua datang sini...sekarang ni lebih baik korang pergi stor dulu." arah Daehyeon.
"Ok!" balas mereka berdua serentak lalu pergi ke stor.
"Boleh tak Donghan?" soal Dahyeon, Donghan hanya membalas dengan anggukan.
-------
"Eh Junseo, hari ni awak balik dulu tau sebab saya nak kena kemas stor." ujar Yuna.
"Okay..." balas Junseo sepatah.
Bunyi phone nya yang berada di dalam poket mematikan langkahnya, gambar Haneul tersandar di dinding lemah dipandang dengan raut wajah risau sebelum kakinya mula berlari melangkah ke arah stor.
Ni kerja Yuna ke?
"Haneul!" jerit Junseo tatkala masuk ke dalam stor, namun yang dia jumpa bukanlah Haneul melainkan Yuna yang tengah menyusun peralatan sukan.
"Haneul?" soal Yuna, tiba-tiba pintu stor dan suis lampu tertutup, Yuna yang terkejut terus pengsan.
-----------
"Kau rasakan...lepas diorang keluar dari stor macam mana hubungan dia dengan Haneul eh?" soal Seokhwa mula berfikir.
"Entahlah, weh Daehyeon kau tak nak buka pintu lagi ke?" tanya Yohan.
"Kita tunggu sampai 5 minit dulu..."
"Kejamnye engko...kau lupa ke Haneul sakit..." kata Seokhwa mengingat Daehyeon.
"Okay, kalau macam tu biar aku yang pergi buka." Yohan terus membuka langkahnya membuka pintu stor.
???
Nak menjerit?
Yes aku nak sangat menjerit sekarang, asal yang keluar Yuna dan Junseo?!
"What the hell?!" carut Seokhwa.
"Tepilah!" jerit Junseo sambil berlari mengangkat Yuna cara bridle style, Haneul dan Yongha yang kebetulan lalu di situ hanya melihat sahaja Junseo.
"Risau juga dia dekat Yuna..." ujar Haneul perlahan masih dapat di dengari Yongha.
"Haneul?" Daehyeon terus berlari ke arah Haneul diikuti yang lain.
"Macam mana kau boleh ada dengan Yongha?" tanya Donghan.
"Maksud kau?" soal Haneul yang tidak faham.
"Tadi aku terjaga, then aku carilah Haneul...lepas tu aku jumpa dia dalam stor, aku pun bawalah dia ke bilik rawatan semula..." terang Yongha mendapat anggukan dari mereka berempat.
"Yongha, hari ni kau boleh tak temankan aku balik?" tanya Haneul.
"Boleh je, jom." Yongha terus menarik tangan Haneul pergi meninggalkan Donghan dan yang lain.
"Diorang memang tak de jodohlah..." keluh Yohan.
"Sekarang ni aku rasa kita kena singkirkan, Yongha and Yuna." ujar Donghan.
"Yeah, aku setuju, kalau Yongha dan Yuna tak de tadi memang plan kita menjadi..." sokong Daehyeon lalu mereka semua mengeluh.
"Hey korang tak balik lagi ke?" sapa Chae saem.
"Baguslah kalau korang belum balik lagi, boleh tolong saem kemas kan perpustakaan, jom?" ajak Chae saem, mereka semua memandang antara satu sama lain.
Seriuslah?!
"Jom." ajak Chae Saem lalu berjalan mendahului mereka berempat, Donghan dan yang lain hanya mengikut sahaja.
Malangnya nasib...
-----
"Susun elok-elok tau buku tu. " pesan Chae Saem.
"Nae..." meleret sahaja mereka berempat balas.
"Kalau aku tahu jadi macam ni, memang aku terus balik rumah je tadi..." rungut Seokhwa.
"Benda dah jadi, redha je lah..." balas Donghan.
-----
"Yuna...kau okay?" soal Junseo dengan nada sedikit risau.
"Saya...okay je..." balas Yuna memegang kepalanya.
"Baguslah...jomlah aku hantar kau balik, kang kau pengsan tak pasal-pasal kena culik. " ajak Junseo sempat menyindir, Yuna hanya mengikut sahaja.
Share this novel