BAB 3

Romance Completed 692

“Hai comel, sedap tak rasa roti canai hari ini?” Sergah Abang Am dari
belakang hingga terkejut Salbiah dibuatnya. Dengan pantas Salbiah segera
bertindak balas dengan menampar lengan Abang Am sekuat hatinya.

“Adoi!! Sakitnya tapi tak puaslah. Pukullah lagi! Cuba pukul kuat-kuat
sedikit kali ini,” usik Abang Am sambil menyuakan tangannya. Pak
Hazman , tuan punya restoran itu hanya memerhatikan sahaja gelagat
mereka berdua dari jauh. Sememangnya semenjak gadis comel itu menjadi
pelanggan tetap restoran itu, saban hari Abang Am memang tidak pernah
gagal untuk mengusik gadis itu. Ada masanya usikan itu sampaikan
mengundang air mata gadis comel itu dan biasanya bila terjadi situasi
sedemikian, Pak Hazman akan campur tangan untuk menjernihkan keadaan.

“Menyampahlah tengok muka awak ni! Kalau sehari awak tak kacau saya,
tak boleh ke?” Herdik Salbiah dengan agak kuat sehinggakan boleh di dengari
oleh pelanggan-pelanggan lain yang berada di dalam restoran itu namun
Abang Am langsung tidak terjejas dengan perbuatan Salbiah itu. Dikutuk,
diherdik dan ditengking seolah-olah telah menjadi makanan ruji Abang Am
dan ia langsung tidak menjadi kudis buat dirinya dek kerana perasaan
kasih yang menebal terhadap gadis pujaan hatinya itu.

“Alah, kalau saya tak kacau awak, siapa lagi yang sudi kacau awak?”
Usik Abang Am lagi.

“Hello cik abang, jangan nak perasan pula ya. Kat belakang tu ada
cermin besar tak? Kalau boleh tolonglah cerminkan diri tu sikit, ya.
Setakat penebar roti canai macam awak ni, sekali saya petik, sepuluh
yang datang, tahu? Lainlah kalau tauke restoran ke, tauke kilang ke,
barulah layak bergandingan dengan saya ni,” balas Salbiah sambil mencebik
bibirnya.

“Yelah Cik Salbiah , saya sedar siapa diri saya ini. Saya memang tak layak
untuk menumpang kasih gadis yang cantik dan berpendidikan tinggi macam
awak ni. Janganlah risau Cik Salbiah , mulai esok saya tak akan menganggu
hidup awak lagi. Saya akan nyah dari hidup awak buat selama-lamanya,”
dengan sayu Abang Am meluahkan isi hatinya sambil terus berlalu pergi
meninggalkan Salbiah terkapai-kapai seorang diri. Entah mengapa hari ini
Abang Am begitu emosi sedangkan selama ini segala herdikan dan kejian
Salbiah akan di telannya dengan hati yang terbuka. Perasaan bersalah mula
menjelma di dalam hati Salbiah . Tidak sepatutnya dia memalukan Abang Am
sebegitu kerana sebagai seorang insan, dia juga punyai hati dan perasaan
malah dia juga berhak untuk mencintai dan dicintai. Sepanjang perjalanan
pulang ke rumah hati Salbiah dihujani dengan perasaan bersalah yang tidak
berpenghujung. Tidak pernah terniat walau sebesar hama sekalipun niat di
hati Salbiah untuk memalukan Abang Am. Mendung di wajah Salbiah ternyata tidak
dapat di sorokkan lagi apabila malam itu Mak Chu segera dapat mengesan
kerungsingan yang sedang melanda anak saudaranya itu tatkala mereka
berdua sedang makan malam bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience