BAB 2

Romance Completed 692

BANGG!!!

Suatu dentuman yang kuat serta-merta mengejutkan mereka berdua. Tanpa
berlengah lagi Salbiah terus memberhentikan keretanya dan mereka berdua
terus melangkah turun dari kereta itu. Rupa-rupanya sebuah van Nissan
Vanette yang agak buruk sudah ‘mencium’ bahagian bontot kereta comel
Salbiah tanpa keizinan si empunya kereta! Seorang pemuda kacak turun dari
van buruk itu dengan wajah yang selamba tanpa sebarang perasaan
bersalah. Salbiah merenung wajah pemuda itu dengan perasaan geram yang
menebal.

“Ada juga yang makan penumbuk karang tengahari rembang ni,” getus Salbiah
di dalam hati.

“Cik adik sayang, lain kali kalau bawa kereta tu kena fokus. Ini tangan
kat stereng tapi mata meliar ke kiri, ke kanan. Hah sekarang ni kan dah
kene langgar. Nasib baik cik adik berdua tak mengalami sebarang
kecederaan, kalau tidak siapa yang susah? Abang juga yang susah nanti,”
tutur pemuda tersebut sambil tersengih-sengih.

“Hello, suka hati sayalah nak bawa kereta macam mana gaya sekalipun.
Sekarang ini yang melanggar adalah awak jadi sila bayar ganti rugi, tak
payah nak berdolak-dalih lagi. Tak pun kita pergi balai polis sahaja,
habis cerita,” gertak Salbiah pula sambil bercekak pinggang. Tersentak
seketika pemuda itu melihat keberanian Salbiah . Tidak disangkanya di
sebalik wajah yang lembut dan polos itu terselit unsur-unsur keberanian
yang menebal dari dalam gadis itu.

“Macam inilah Cik..”

“Panggil saya Salbiah sahaja,” tukas Salbiah sebelum sempat pemuda itu
menghabiskan kata-katanya.

“Sedap nama tu, secomel orangnya juga,” balas pemuda tersebut sambil
mengenyitkan matanya namun Salbiah hanya menjeling pemuda itu dengan tajam.

“Encik, boleh tak jangan buang masa. Sekarang ni nak bayar ke nak buat
laporan polis? Saya tak ada masa nak melayan karenah loyar buruk encik
itu,” selar Salbiah dengan wajah yang masam mencuka.

“Maafkan saya, Cik Salbiah . Saya rasa macam inilah. Mesti cik berdua ini
sudah lapar, kan? Apa kata kita duduk berbincang dahulu di restoran yang
terletak di seberang jalan itu? Kebetulan saya bekerja di restoran itu
jadi bolehlah saya belanja cik berdua makan roti canai istimewa hasil
air tangan saya sendiri. Selepas itu barulah kita bincang mengenai
berapakah kos yang perlu saya bayar kepada Cik Salbiah . Setuju?”

Umpama orang mengantuk yang disorongkan bantal, pelawaan itu disambut
dengan penuh kegembiraan oleh mereka berdua. Dari situlah bermulanya
saat ketagihan Salbiah terhadap roti canai buatan Abang Am itu yang
berterusan sehinggalah ke saat ini. Ketagihan yang terlampau itu juga
adalah hasil dari janji Abang Am terhadap Salbiah dimana Salbiah dijanjikan
hidangan roti canai secara percuma di restoran itu untuk seumur
hidupnya! Kesempatan ini di ambil sepenuhnya oleh Salbiah untuk turun ke
restoran itu setiap pagi demi menjamah roti canai kegemarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience