BAB 6

Romance Completed 692

“Salbiah , kalau Mak Chu nak tanya sikit, kamu jangan marah, ya?” Berkerut
dahi Salbiah apabila mendengar kata-kata Mak Chu itu.

“Nak tanya apa pula ni Mak Chu? Tanya jelah. Mak Chu ni buat saspens
saya je,” gumam Salbiah sambil menyuap nasi ke mulutnya.

“Kamu dah ada boyfriend ke?” Terkesima seketika Salbiah apabila mendengar
pertanyaan yang langsung tidak dijangkanya itu.

“Apalah Mak Chu, ke situ pula perginya. Mestilah tak ada boyfriend
lagi. Kenapa Mak Chu nak tolong carikan satu untuk saya ke?” Tersenyum
lebar Mak Chu apabila mendengar kata-kata Salbiah itu.

“Ya betul, pandai anak saudara Mak Chu ni. Memang Mak Chu dah carikan
pun tapi bukan setakat boyfriend malah Mak Chu dah jumpa bakal suami
untuk kamu.” Serta-merta wajah Salbiah yang putih kuning itu bertukar
menjadi pucat.

“Mak Chu main-main je, kan? Mak Chu jangan buat lawak antarabangsa
pula, perkara nikah kahwin ni benda yang serius, mana boleh dibuat
main-main!”

“Kamu ada nampak Mak Chu sedang bergurau senda ke? Tak ada, kan? Mak
Chu rasa tak ada salahnya kalau kamu menerima peminangan ini lagipun
kamu sendiri pun dah mengaku tadi yang kamu tak ada boyfriend lagi.
Minggu hadapan rombongan pihak lelaki akan datang untuk merisik kamu,”
ujar Mak Chu lagi sambil terus bangun dan membawa pinggan yang sudah
kosong ke singki untuk di basuh.

“Salbiah tak nak kahwin dengan orang yang Salbiah tak kenal! Mak Chu tak
berhak nak paksa Salbiah kahwin dengan orang yang Salbiah tidak suka sama
sekali sebab Mak Chu bukannya ibu bapa Salbiah !”

Kata-kata terakhir Salbiah itu ternyata mengguris perasaan Mak Chu. Tanpa
berkata apa-apa Mak Chu terus berlari ke biliknya dan mengunci diri di
situ.

“Nah! Sekali lagi akibat dari keceluparan mulut engkau, hati orang yang
selama ini telah banyak berjasa dalam mendidik dan membesarkan engkau
telah di lukai,” isi hati Salbiah tak berhenti-henti mengungkapkan
ayat-ayat itu. Sudahlah kekasaran tempohari terhadap Abang Am tidak
sempat ditebus semula dengan kata-kata kemaafan, sekarang ini hati Mak
Chu pula telah terguris dengan kata-katanya.

“Mak Chu, bukalah pintu ni. Salbiah minta maaf, Salbiah tak ada niat nak
mengguris hati Mak Chu. Tolonglah buka pintu ini, Mak Chu,” rayu Salbiah
berulang kali di hadapan muka pintu bilik itu. Akhirnya Mak Chu mengalah
dan dia membuka pintu biliknya. Salbiah terus merangkul Mak Chunya dengan
perasaan yang sebak.

“Maafkan Salbiah , Mak Chu. Salbiah bukannya nak menidakkan pemgorbanan Mak
Chu selama ini cuma Salbiah agak teremosi tadi. Maafkan Salbiah ya, Mak Chu,”
pinta Salbiah dengan bersungguh-sungguh.

“Tak apalah Salbiah , Mak Chu tak marahkan Salbiah pun cuma Mak Chu nak Salbiah
faham, apa yang Mak Chu buat untuk Salbiah ini adalah demi kebahagian Salbiah
di kemudian hari. Mak Chu percaya lelaki itu mampu menggembirakan Salbiah
hingga ke hujung nyawa,” ujar Mak Chu sambil mengusap-usap kepala Salbiah .
Sesungguhnya ini adalah pilihan yang amat sukar buat diri Salbiah ibarat
ditelan mati emak, diluah mati bapa. Jikalau dia menerima peminangan
lelaki itu bermakna selepas ini dia terpaksa hidup dengan lelaki yang
tidak diketahui tingkah laku dan perangainya namun jika dia menolak hati
Mak Chu pula akan terluka. Akhirnya Salbiah pasrah. Dia bersetuju untuk
menerima lelaki pilihan Mak Chu kerana dia sedar Abang Am telah pergi
jauh dari hidupnya. Mungkin inilah jodoh sebenar yang telah ditentukan
oleh Allah untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience