BAB 7

Romance Completed 692

Hari yang dinanti sudah tiba. Dengan solekan yang sederhana di tambah
pula dengan kebaya lace yang membaluti tubuh langsing Salbiah ternyata
berjaya memukau mata setiap tetamu yang hadir di majlis pertunangan
tersebut. Setelah selesai adat berbalas-balas pantun, ibu kepada bakal
mempelai lelaki masuk ke dalam bilik untuk menyarungkan cincin. Salbiah
hanya tertunduk malu apabila berhadapan dengan bakal ibu mertuanya. Dia
segera mencium tangan bakal ibu mertuanya namun dengan tidak semena-mena
bakal ibu mertuanya menghulurkan sebuah bekas makanan.

“Ini permintaan dari tunang kamu sendiri. Kalau boleh dia nak kamu
makan makanan ini sekarang juga,” ungkap bakal ibu mertuanya sambil
tersenyum simpul. Permintaan yang sangat pelik! Belum pernah terjadi
lagi di hari pertunangan sang mempelai lelaki meyuruh sang mempelai
perempuan untuk menjamah makanan di hadapan semua orang. Salbiah agak
terkejut namun demi tidak menghampakan tunangnya, dia pun membuka bekas
makanan itu dan alangkah terperanjatnya dia apabila melihat menu yang
terhidang di dalam bekas itu - roti canai! Di cubitnya sedikit, kemudian
dijamahnya roti canai itu. Sah! Memang tak lain tak bukan, ini roti
canai hasil air tangan kekasih hatinya. Tiba-tiba telefon bimbitnya yang
terletak di atas meja solek itu menjerit dengan nyaringnya. Bila di
angkat, suara yang sudah sekian lama dirinduinya berada di hujung talian!

“Assalamualaikum tunang abang yang tersayang.”

“Abang Am! Apa semua ini?”

“Salbiah ku sayang, sebenarnya sejak pertama kali kita bertentangan mata
abang sudah jatuh hati pada Salbiah . Di sebabkan ingin berjumpa dengan Salbiah
hari-hari maka abang telah berpura-pura menjadi pekerja di restoran ayah
abang sendiri.”

“Oh, selama ini abang tipu Salbiah lah, ya? Bukan abanglah yang buat roti
canai yang sedap tu,” gerutu Salbiah sambil mencebikkan bibirnya.

“Eh, tolong sikit ya. Roti canai tu memang abang yang buat sendiri.
Abang belajar dari Ali, tau? Jadi sekarang macam mana? Sudikah Salbiah
menjadi suri di dalam hidup abang buat selama-lamanya?”

Kata-kata Abang Am itu hanya mampu di sambut dengan linangan air mata
sahaja oleh Salbiah . Geramnya dia kerana Abang Am telah berjaya
mempermainkannya hasil dari rancangan Pak Hazman dan Mak Chunya. Namun
jauh di sudut hati dia amat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan
kasih sayang yang tidak pernah di duga akan hadir dalam cara sebegini.
Aku cintakan kamu, wahai si penebar roti canai ku sayang!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience