BAB 5

Romance Completed 692

Petang itu sebaik sahaja Mak Chu pulang dari kerja, alangkah
terperanjatnya dia apabila melihat Salbiah sedang mengemop rumah dengan
gigihnya. Dia sudah masak benar dengan perangai anak saudaranya yang
pasti akan membuat sesuatu di luar jangkaan apabila fikirannya terganggu.

“Apalah agaknya yang merungsingkan fikiran Salbiah kali ini,” getus Mak
Chu di dalam hati. Dia mendekati Salbiah seraya mencuit pinggangnya namun
cuitan itu langsung tidak berbekas di hati anak saudaranya itu.

“Kenapa ni, sayang? Tak pernah-pernah pun mengemop rumah selama ni,
kenapa pula hari ni beria-ria mengemop ni?” Soal Mak Chu dengan lembut,
bimbang pula dihati kalau-kalau Salbiah terasa hati dengan kata-katanya.

“Tak ada apa-apalah Mak Chu, lantai rumah ni berdebu sangat, rimas dah
mata saya ni memandangnya,” dengan acuh tak acuh Salbiah menjawab.
Mak Chu hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak saudaranya itu.

Bermula dari hari itu, Salbiah tidak lagi melakukan rutin hariannya sejak
enam bulan yang lepas. Restoran roti canai kegemarannya tidak lagi
dijejakinya. Saban hari dia hanya termenung dan bermuram durja. Barulah
Salbiah sedar yang cintanya terhadap Abang Am telah berputik di dalam
dirinya. Namun segala-galanya telah terlambat kerana Abang Am telah
pergi meninggalkannya tanpa sempat dia melafazkan perasaannya. Keadaan
Salbiah yang tidak terurus itu amat membimbangkan Mak Chu. Bila di tanya,
Salbiah hanya mendiamkan diri semata-mata. Akhirnya Mak Chu mengambil
keputusan untuk bersemuka sendiri dengan Abang Am. Keesokan harinya
seawal jam 8.00 pagi Mak Chu sudah tercegat di restoran roti canai
kegemaran anak saudaranya itu namun tiada tanda-tanda kelibat Abang Am
di situ. Apabila terpandang sahaja Pak Hazman yang sedang duduk di
kaunter, Mak Chu memberanikan diri dan menghampiri Pak Hazman . Dengan
perasaan yang berdebar-debar dia terus menegur Pak Hazman .

“Assalamualaikum, encik. Boleh tak saya nak berjumpa dengan pekerja
encik yang bernama Am?”

Pak Hazman menanggalkan kacamatanya sambil merenung Mak Chu dari atas
ke bawah dengan wajah yang kehairanan.

“Boleh saya tahu, kenapa kamu mencari Am ya? Apa kaitan di antara kamu
dengan dia?”

“Hmm…sebenarnya..anak saudara saya, namanya Salbiah . Encik kenal dia tak?
Dia selalu datang ke sini untuk menikmati roti canai sedap hasil air
tangan Am tu. Tapi sejak dua, tiga hari ni, anak saudara saya dah tak
mahu datang ke sini lagi. Di rumah pula dia asyik termenung sahaja.
Risau pula saya melihat keadaannya. Itu yang saya datang ke sini untuk
berjumpa dengan Am, mungkin juga Am tahu mengapa anak saudara saya
berkelakuan sedimikian rupa,” jelas Mak Chu dengan panjang lebar.
Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang begitulah reaksi Pak Hazman
apabila mendengar kata-kata Mak Chu itu.

“Bagus pun kamu datang ke sini. Kebetulan saya ada hal mustahak yang
nak disampaikan pada kamu,” ujar Pak Hazman lagi dengan nada yang
teruja. Kemudian Pak Hazman mengajak Mak Chu untuk duduk di meja sambil
menerangkan segala-galanya. Sesekali perbualan di antara mereka disulami
dengan deraian tawa yang berpanjangan. Kini barulah Mak Chu faham
situasi sebenar yang berlaku di antara Salbiah dan Am. Mak Chu pulang ke
rumah dengan hati yang senang. Dia perlu mencari peluang dan ruang yang
sesuai untuk memaklumkan perkara ini kepada Salbiah . Akhirnya peluang
keemasan itu tiba jua sewaktu mereka berdua sedang enak menjamah makanan
malam itu. Mak Chu menelan air liurnya sambil merangka-rangka ayat yang
bakal di ajukan kepada Salbiah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience