Bab 7

Romance Series 1933

Ain memasuki bilik dimana ahli keluarganya berkumpul. Semua mata ahli keluarga tertumpu kepada dirinya. Dengan perlahan, Ain mengatur langkah menuju kearah pak ngahnya yang sedang berdiri di suatu sudut bilik itu.

Berhadapan sahaja didepan pak ngah, Ain pun menarik nafas dan menghembusnya.

“ Pak Ngah , Ain terima “, jawab Ain sesudah sampai didepan pak ngahnya itu. Senyuman mulai terukir di wajah pak ngahnya. Mak ngahnya pun.

Sekilas dapat dilihat muka sedih Iskandar. Mungkin sedih dengan peristiwa kehilangan bakal pengantinnya. Wajah Marina pulak kelihatan agak marah.

***
Dengan sekali lafaz, Ain sah menjadi isteri kepada Iskandar iaitu anak kepada Pak Ngah dan Mak Ngahnya itu. Pada malam itu , selesai sahaja kenduri, semua ahli keluarga pun mula meminta diri untuk pulang.

“Akak , balik dulu”. Beritahu Arisa kepada kakaknya Ain yang sedang duduk di sofa dengan masih berpakaian pengantin berwarna putih.

“Nak balik dah?”, soal Ain. Arisa mengiakannya.

“Jap ye akak nak pergi ambil beg akak dulu.” Arisa jadi kehairanan dengan apa yang diperkatakan Ain. Ambil beg pasal apa pulak ni?

“Beg apa pulak ni?”, soal Arisa kehairanan.

“ Yelah beg. Takkan akak nak tinggal beg pastu balik macam tu je”. Itulah jawapan yang diberikan Ain kepada Arisa. Terlopong Arisa mendengar jawapan itu

“ Akak, akak amnesia ke apa ni? Kitaorang je yang balik. Akak mana boleh balik. Akak kan dah jadi isteri abang Is.”
“Alaa akak nak balik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience