Bab 6

Romance Series 1933

“Macam mana ni? Patut ke aku terima? Atau tak Ye?”. Ain menyoal kepada dirinya sendiri dengan berhadapan cermin di bilik air.

“Terima atau tak? Terima atau tak? Terima atau tak?”. Ain mulai mundar mandir di bilik air itu.

“Terima ke? Supaya air muka pak ngah dengan Mak angah dapat dijaga? Ahh, tak tahu”. Selepas beberapa saat mundar mandir, akhirnya Ain berhenti.

“ Kalau macam tu , aku guna syilinglah.” Akhirnya satu idea tercetus di mindanya. Duit syiling lima puluh sen dikeluarnya dari dompetnya.

“ Kalau wau aku terima. Kalau nombor tak.”

Duit syiling itu pun dilemparnya dan ditekupnya apabila singgah di belakang tangannya. Dengan perlahan, Ain mulai mengalih tangannya itu untuk memperlihatkan keputusannya. Matanya dibuka dengan luas apbila melihat keputusan daripada syiling itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience