Bab 4

Romance Series 1933

Ain menunggu dengan gelisah di salah-satu meja makan direstoran Ayam Penyet. Selepas sejam menunggu, tapi insan yang ditunggu-tunggu tidak muncul jua. Sesekali foto ditangannya ditenung.

‘Not bad'. Rupa paras insan didalam foto itu ditenung Ain. Teringin jugak dia mengenali insan dalam foto itu tapi pada masa yang sama perasaan gementar pun ada.

Akhirnya setelah ditunggu-tunggu, insan yang dinantikan pun muncul. Seorang jejaka yang mengenakan kemeja biru itu tercegat di hadapannya. Tak terkelip Ain dibuatnya.

“Ain anak Mak Timah?” , soal jejaka itu. Jejaka itu pun melontarkan senyuman yang manis pada dirinya. Mak aii! Nak gugur jantung dibuatnya. Lamunan Ain dihentikan seketika.

“ Ye.. ye saya.” Jawab Ain siap terangguk-angguk lagi. Senyumannya pun dilontarkan kepada jejaka itu.

“ Duduklah”. Pelawa Ain. Jejaka itu menyambut pelawaan Ain itu. Jejaka itu menarik kerusi lalu duduk dihadapan Ain.

“Awak nak order apa-apa tak?, tanya Ain.

“ Tak apa”.

“ ok.”

“ Sebenarnya saya datang sini, nak cakap yang saya sudah ada girlfriend. Dan saya tak boleh ikut rancangan ibu saya dan mak awak untuk jodohkan kita berdua. Sorry sangat-sangat kalau saya telah kecewakan awak.” Terkejut Ain mendengar pengakuan jejaka itu. Baru je sampai dah buat pengakuan macam ni. Nama pun tak tahu lagi.

“ Ok. Takpe. Saya pun tak setuju sebenarnya.” Jawab Ain dengan buat gaya tangan lagi ala-ala tak apa sambil tersengih-sengih.

“ Kalau begitu, saya nak minta diri dululah. Sebab saya ada temujanji dengan seseorang.”, jejaka itu berkata.

“ Ok.”

Jejaka itu pun berlalu pergi meninggalkan Ain di restoran itu. Ain hanya memerhati jejaka yang semakin jauh berlalu pergi. Handsome tapi sayangnya dah berpunya.
***

“ Macammana?” , tanya Mak Timah kepada Ain yang baru sahaja balik dan ingin melabuh punggungnya di kusyen.

“ Macammana apa?”, soal Ain macam tak tahu apa yang dimaksudkan maknya itu.

“Lelaki tulah, Ok tak?”

“ Nampak macam Ok tapi sayangnya dah berpunya”. Mak Timah kebingungan seketika mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya itu.

“Berpunya apa pulak ni. Tak silap Mak dia tu masih bujang. Entah-entah kamu mereka cerita ni.”

“ Reka cerita apanya. Betullah dia dah berpunya. Siap dia cakap kat Ain lagi yang dia dah ada makwe.” Terlopong mulut Mak Timah mendengar apa yang diperkatakan Ain. Tak sangka lelaki yang ingin dikenalkan kepada anaknya itu sudah berpunya. Melepaslah dia untuk berbesan dengan kawannya , Mak Leha. Untuk pengetahuan anda semua jejaka tadi itu merupakan anak bujang kepada Mak Leha iaitu sahabatnya Mak Timah sejak kecil.

Keluhan kecil kedengaran dari mulut Mak Timah. Agar kecewa mendengar berita yangq disampaikan anaknya itu.

“ Kakak macam mana ? Handsome tak mamat tu?” , soal Arisa yang muncul tiba-tiba. Mak Timah hanya memerhati gelagat anaknya itu. Arisa pun duduk bersebelahan Ain.

“ Handsome tapi dah ade makwe. “

“ Ye ke kak?”.

“ Ye “, jawab Ain malas.
“Melepaslah akak ye”, kata Arisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience