Bab 2

Romance Series 1933

" Hello kak. Buat apa tu....?" Suara ceria Aris kedengaran dari telefon bimbit Ain.

" Hurm..." balas Ain.

'Hurm je kakak aku ni. Dah kenapa dengan dia ni?.'

"Aik kak macam tak suka je Aris call ni". Tambah Aris atau nama betulnya Arisa.

" Akak takde mood ni". Ain melabuhkan punggung di kerusi yang ada diruang tamu rumahnya.

"Takde mood apa pulak ni kak? Tiba-tiba je. Semalam okey je masa Aris call". Soalan dilontarkan Aris dek kerana tertanya-tanya penyebab yang mengundang kepada bad mood kakaknya itu.

"Mak.."

"Kenapa dengan Mak?", kedengaran agar gelabah Aris tatkala kakaknya menyebut pasal maknya.

"Relaks please. Mak nak akak bawa balik calon menantu."

Selang beberapa saat menyepi, akhirnya Ain mendengar gelak tawa yang agar kuat dari telefonnya. 'Aris nak kena ni. Boleh pulak dia gelak camtu.'

" Amboi cik kak. Gelak sakan nampak."

"Sorry..sorry kak. Aris tak boleh nak tahan. " Gelak Aris mulai mereda namun masih boleh didengari gelak kecil daripadanya.

Ain geram betul dengan satu-satunya adiknya itu. Boleh pulak dia gelak masa orang serius ni.

" So camne?," soal Aris setelah gelak yang kononnya tak boleh nak tahan itu berjaya dihentikan sepenuhnya.

" Camne apa?" Dah kenapa tanya' camne ' pulak si Aris ni. Ain apa lagi jadilah orang kebingungan dengan pertanyaan adiknya itu.

" Ye camne, kak setuju ke tak dengan apa yang dipinta Mak tu."

"Setuju atau tak. Mak dah tetapkan kata putus. Aris tolonglah akak terasayang mu ini. Pujuklah mak," rayu Ain kepada adiknya itu dengan nada yang manja.

" Pandai ye akak. Nak something dengan Aris mulalah nak buat manja ye. "

" Alaaa Aris kan adik akak. Tak boleh ke akak bermanja sikit. Tolonglah pujuk Mak tu agak dia berhenti menyuruh akak bawak calon menantu.Please....."

"Baik Aris cuba. Tapi Aris tak boleh janji tau. Akak bukannya tak kenal perangai mak tu. Bila dia cakap A ,A lah jawabnya. Takdenya B."

"Baik adikku sayang." Kedengaran suara girang Ain apabila Aris sudi menolongnya.
****
"Sedapnya bau." Puji Aris apabila terbau bau lauk yang disediakan maknya itu. Mak Timah yang sedang mnghidangkan lauk pauk diatas meja dipeluk dari belakang oleh Aris.Sungguh rindu sekali dengan maknya itu.

"Mak masak apa tu?" Soal Aris sambil terjenguk-jenguk lauk yang ada di meja. Diantara lauk-pauk yang ada dimeja makan itu, matanya tertarik dengan satu lauk ini. Ikan Keli gulai tempoyak itulah lauk yang berjaya menarik perhatiaannya. Sejak dulu lagi hidangan itu menjadi kegemarannya terutama apabila Mak Timah sediakan, berseleralah dia menikmatinya.

" Mak masak lauk kegemaran Aris. Sukanya..." Aris sungguh girang sekali. Mak Timah hanya tersenyum mendengar kata anak bongsunya itu.

"Berapa lama balik ni?" Soal Mak Timah kepada anaknya itu.

" Dalam 9 hari camtulah. Pastu pergi UMK (Universiti Malaysia Kelantan) semula," jawab Arisa.

"Aik mak awalnya tanya adik berapa lama duduk sini. Adik baru je balik semalam. " Terpacul Ain entah dari mana.

"Yelah Mak. Mak tak sabar nak Aris pergi dari sini ye," tambah Arisa pulak.

"Ish, kamu berdua ni suka ye usik mak. Mak ketuk dengan senduk baru tau." Ain dan Arisa tergelak mendengar kata mak Timah.

"Kenapa tak boleh ke kalu mak nak tahu anak bongsu mak ni balik lama mane?" Tambah Mak Timah.


"Boleh je Mak." Balas Arisa.

" Ni Mak nak tanya, Ain dah jumpa ke calon menantu untuk Mak?" Nah terkena kau Ain.

Tersedak Ain yang sedang leka minum air dengan soalan maknya itu. Tak boleh nak rehat langsung dari pertanyaan itu. Sejak dari hari tu , hari bermulanya scene ala-ala drama itu, setiap kali bertembung dengan maknya pasti pertanyaan itu diajukan maknya. Kadang-kadang je pertanyaan itu tidak disoalkan. Ingatkan dah dua minggu berlalu, dah dilupakanlah tapi rumah-rupanya tak.

"Mak, asyik-asyik berbalik soalan yang sama. Mak tak bosan ke?"

"Tak. Mak tak bosan. Selagi kamu tak bawa apa yang mak minta. Selagi tulah mak akan tanya." Itulah Mak Timah , tiada siapa yang boleh bantah apa yang diputusnya.

Arisa hanya tergelak mendengar perbualan antara mak dan kakaknya itu. Ain pulak hanya mendengar apa yang maknya kata. Kalau menyampukkan , tak pasal-pasal meleret.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience