Bab 3

Romance Series 1933

Ain dan Arisa terjenguk-jenguk dari belakang pintu. Dilihat mereka, Mak dan abahnya sedang asyik menonton buletin Utama di tv3 di rumah tamu rumah mereka. Apalah agaknya dirancang mereka, terjenguk-jenguk macam rupa orang nak mencuri pulak.

"Aris,aris pergilah", bisik Ain kepada adiknya itu. Tolak-menolak kecil turut terjadi. Badan Aris ditolak lembut.

"Apa pulak Aris. Akaklah." Aris pulak yang menolak Ain.

"Aris kan dah janji nak tolong akak kan? Jangan nak buat-buat lupa pulak."

"Ye yelah Aris pergi." Akhirnya Arisa mengalah. Arisa berjalan menghampiri Mak dan abahnya itu. Diikuti Ain di belakang. Perlahan-lahan mereka berjalan.

"Mak..." Arisa dan Ain melabuhkan punggung di kerusi kusyen bersebelahan Mak Timah. Abahnya pula hanya melihat telatah mereka.

" Apa? "

"Boleh tak mak batalkan permintaan mak tu?" Perlahan-lahan Arisa menutur kata-katanya.

"Permintaan apa?" Mak Timah buat-buat tak faham walhal dia tahu benar apa yang diperkatakan anak bongsunya itu. Bukannya dia tak tahu.

"Pasal calon menantu tu." jawab Arisa.

Ain pulak hanya berdiam diri sambil sembunyi-sembunyi dibelakang adiknya itu. Takutlah tu dengan Mak Timah. Abahnya pulak hanya buat tak endah dan meneruskan sahaja tontonan buletin utama dihadapannya itu.

"Tak." Sepatah sahaja kata yang keluar dari mulut Mak Timah. Mak Timah pun bangun lalu menghampiri Ain yang berada di sebelah Arisa. Terus dicubit bahu Ain. Terkejut sekali orang-orang yang ada disitu bukan sahaja Ain tapi turut Arisa dan abahnya dengan tindakan drastik Mak Timah.

"Adoi," mengadu kesakitan Ain bila dicubit Mak Timah tu. Muka pucat Arisa kelihatan. Manalah tahu, tiba-tiba maknya datang cubitnya pulak. Sesudah habis cubitan itu, Mak Timah pun kembali di tempat duduknya. Terdengar keluhan kecil kelegaan daripada Arisa kerana tidak dicubit oleh Mak Timah.

"Sakitlah Mak" bunyi Ain.

"Sakit? Itulah siapa suruh ajar adik kamu ni bukan-bukan." Arisa yang berada disebelah hanya tersengih mendengar kata-kata maknya itu.

"Ajar apa?Ain cuma mintak dia tolong pujuk mak je. Bolehkan?”

" Tak boleh! " jawab Mak Timah spontan. Matanya dibulatkan kearah Ain. Kejut perut Ain melihat mata bulat Mak Timah.

"Mak tak kira mak nak kamu bawak calon menantu untuk mak jugak.Kalau tak..." Mak Timah berfikir sejenak apa yang ingin dikatakan.
"Kalau tak apa?" Sampuk Ain.

"Kalau tak kamu tak boleh duduk sini dah. Dah besarkan pandai-pandailah kamu cari rumah sendiri." Jawab Mak Timah. Terkejut beruk Ain mendengar kata-kata Mak Timah.

"Apa?!" Itulah satu patah perkataan yang keluar dari mulut si Ain. Sungguh dia tak sangka dan juga sangat terkejut dengan jawapan maknya itu. Kalau keluar rumah, dia nak tinggal mana nanti?

" So kalau tak nak kena halau. Tahulah kamu apa yang kamu kena buat ye" kata Mak Timah kepada Ain. Muka Ain kelihatan kusut dengan situasi yang dihadapinya itu.

"Abah tengok mak ni. Cakaplah dengan Mak ni" Ain mula menuju kearah abahnya yang sedang menonton tv itu.

" Timah biarlah dia uruskan sendiri pasal kahwin-kahwin ni." Kata abah dengan lembut.

"Abang kalau kita tak paksa Ain ni sampai bilalah dia nak kahwin. Saya ni nak merasa juga ada cucu macam jiran kita si Senah tu." Mak Timah menuturkan kata-katanya tapi dengan nada yang lembut dan rasa hormat kepada suaminya itu. Abah berhenti sejenak dan bersuara.

"Yelah Ain. Abah nak jugak merasa pegang cucu." Nampaknya Abah pun dah menyebelahi Mak Timah.

" Yelah Kak. Arisa pun nak jugak ada anak saudara." Arisa tersengih-sengih kearah Ain. Geram Ain melihat sengihan Arisa. Akhirnya semua orang berpihak pada maknya jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience