Bab 5

Romance Series 1933

Ain!!! Cepat!!! . Laungan Mak Timah membuatkan Ain cepat-cepat menempelkan bedak di mukanya itu. Sungguh tak sabar maknya itu.

“Akak cepatlah. Mak dah bising dah kat luar tu.” Terpacul Arisa di pintu bilik Ain meminta kakaknya itu cepat.

“Ye, Ye. Nak siap dah ni.”, balas Ain sambil tangannya itu masih menempel bedak di mukanya itu.
“Ok. Dah siap.”

“ Jomlah”, ajak Arisa. Ain pun mengikuti Arisa.
***

“Wow besarnya rumah mak ngah.” Ain terpegun seketika melihat banglo baru Mak ngahnya itu. Sungguh mewah. Bukan sahaja Ain. Adiknya Arisa pun turut serta. Tanpa berkelip melihatnya.

“ Kamu berdua tutup mulut tu. Masuk lalatkan nanti.”, usik Encik Ibrahim kepada kedua-dua anaknya itu sesudah keluar dari kereta Myvinya itu. Mak Timah pulak hanya mengikutinya dari belakang.

“ Tunggu apalagi. Jom masuk”, ajak Mak Timah. Mereka sekeluarga menuju kearah banglo itu.

Pasti anda tertanya-tanya siapa ye mak ngah tu. Mak Ngah merupakan adik kepada maknya Ain dan Arisa. Namanya ialah Azimah binti Mustapha . Dia telah berkahwin dengan Dato Rashid dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Iskandar shah. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Amelia. Hari ini merupakan hari perkahwinan antara anak lelaki mereka dan anak angkat mereka, Amelia.

Arisa dan Ain hanya memerhati gelagat mak Timah yang sedang rancak berbual dengan sekumpulan wanita yang turut disertai mak ngahnya itu. Dek kerana tak tahu nak buat apa, Arisa pun mengajak Ain ke suatu tempat.

“ Psst, kak jom”, bisik Arisa kepada kakaknya itu.

“ Pergi mana?”, soal Ain.

“ Mari jelah”. Arisa pun merangkul lengan Ain dan menariknya untuk mengikutinya. Ain pun turutinya.

Sedang mereka menaiki tangga ke tingkat atas.Tiba -tiba, lengan Ain terlanggar seseorang dan dengan drastik, terus Ain menarik lengan seorang budak yang hampir nak terjatuh dari tangga dek kerana perlanggaran itu. Arisa yang ada disamping Ain agak terkejut melihat situasi itu. Nasib baik lengan budak berjaya dicapai Ain. Kalau tak tak tahulah macam mana jadinya. Boleh cedera budak itu. Helaan nafas kelegaan kedengaran daripada Arisa.

Ain memandang kearah budak perempuan itu. Riak muka pucat budak itu kelihatan. Budak itu cukup dikenalinya.

“ Anis. Janganlah lari-lari bila nak turun tangga tu. Bahaya tau”, nasihat Arisa kepada budak itu. Budak perempuan itu merupakan anak kepada bakal pengantin lelaki iaitu sepupu mereka Iskandar Shah. Iskandar Shah merupakan seorang duda anak satu yang berumur 30 tahun.

“Ok kak Risa. Anis janji tak akan buat lagi.” Muka comelnya pun ditunjukkan kearah Ain dan Arisa. Ain dan Arisa hanya tersenyum melihat gelagat si kecil Anis itu.

“Anis nak pergi mana ni? Lari-lari ni.”, soal Ain dengan tangannya itu masih memegang lengan Anis.

“Anis nak pergi sana ” Anis menunjuk kearah neneknya.

“Ooo” bunyi o yang panjang keluar daripada mulut Ain.

“Kalau macam tu, biar mama Rina hantarkan.”Tiba -tiba suara seorang wanita kedengaran. Itulah sepupu kepada Ain dan Arisa. Tengku Marina iaitu anak kepada Mak su mereka. Seorang yang agak gedik dan sejak dulu lagi sukakan Iskandar Shah.

“Ok.”, jawab Anis.

Marina pun mencapai tangan Anis daripada Ain lalu membawanya pergi tanpa sedikit pun senyuman dihadiahkan kepada kedua-dua sepupunya itu , Ain dan Arisa.

“Amboi berlagak”, Ayat berlagak pun keluar daripada mulut si Arisa. Ain pulak hanya menggelengkan kepala dengan perangai sepupunya itu. Mereka dah sedia maklum akan perangai berlagak Marina itu. Berbeza sekali dengan perangai Mak Su dengan kakak kembarnya, Marini.Sungguh rendah diri.

Arisa mengetuk pintu sebuah bilik di banglo itu. Ain pulak hanya membontotinya.

Tok! Tok! Tok! Beberapa kali di ketuk namun tidak bersahut. Arisa dan Ain saling berpandangan dan rasa hairan mulai tercetus, Kenapa bilik Amelia macam ketiadaan orang.

“Kenapa kamu berdua tak masuk?” Muncul Mak ngah menegur mereka di luar. Mak Angah pun memulas tombol pintu itu. Namun, tiada seorang pun di dalam bilik itu. Mereka berasa hairan. Mak ngah pun menuju ke arah meja mekapnya dan ternampak sepucuk surat yang ditinggalkan.
Satu persatu isi surat itu dibacanya. Air matanya pun mulai menitis. Ain dan Arisa yang melihat dari tadi kehairanan melihat Mak ngah mereka menangis. Ain dan Arisa pun menghampiri Mak ngah.

“ Mak Ngah Kenapa ni?”, soal Ain kebimbangan. Surat di tangan Mak ngahnya dibacanya. Sebaik sahaja membaca isi surat itu, terkejut Ain dibuatnya.

‘ Mama, papa dan abang Is. Maafkan Melia sebab tidak boleh meneruskan perkahwinan ini.
Maafkan Melia.’ Itulah isi yang terkandung dalam surat itu.
***

Suasana disalah satu bilik di banglo itu menjadi tegang dengan kejadian yang menimpa itu. Mak ngah pulak dari tadi hanya menangis mengenangkan perginya Amelia. Mak Timah dan mak su pulak memujuk Mak Ngah. Ain dan Arisa pulak berada di sebuah sudut hanya memerhati abah dan pak ngah sedang berbincang sesuatu.

Pat! Tiba-tiba pintu bilik bacaan dikuak seseorang. Muncul Iskandar di sebalik pintu itu.
Iskandar kehairan melihat keadaan di bilik itu. Dengan Mama yang sedang menangis, muka papa dalam keadaan resah dan sepupu-sepupunya pulak sedang berkumpul dalam bilik itu juga.

“ Pa ada apa ni?”, soal Iskandar kepada papanya. Dato Rashid menghampiri anaknya dengan langkah yang perlahan lalu dipeluknya.

“ Pa harap Is bersabar ye” Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Dato Rashid.

‘Bersabar’ ? Perkataan ‘sabar’ yang keluar daripada mulut DatonRashid membuatkan Iskandar bertambah kebingungan.

“ Sabar pasal apa pa?” , soal Iskandar. Wajah Dato Rashid ditenungnya menanti jawapan daripada papanya itu.

Lalu Dato Rashid mengeluarkan surat yang ditinggalkan Amelia daripada poket baju melayunya dan diserahkan kepada Iskandar.

Surat ditangan dibukanya dan satu persatu isi surat dibacanya. Riak mukanya mulai berubah. Rasa terkejutnya mulai terpancar di riak wajahnya.

“Nampaknya majlis hari ni terpaksa dibatalkan”, kata abah kepada biasnya, Dato Rashid.

“Tapi bang kalau dibatalkan, malulah kami sekeluarga dengan orang-orang”.

“Habis kamu nak buat macam mana lagi? Takkan Iskandar nak teruskan tanpa bakal pengantinnya”, tambah Abah.

Iskandar pula kelu tanpa sepatah kata pun. Mungkin masih terkejut lagi dengan apa yang terjadi ini.

“Apa kata kita cari orang lain gantikan tempat Amelia?” . Dalam keadaan yang suram itu, Marina pun mengeluarkan cadangan. Terkejut setiap ahli dalam bilik itu dengan cadangan itu, bahkan mak ngah yang dari tadi menangis pun mulai berhenti. Segala tumpuan diberikan sepenuhnya kearah Marina.

‘Apalah agaknya dirancang Minah ni dengan memberikan cadangan begitu’ . Ain bermonolog dalam hati. Dia tertanya-tanya dengan cadangan Marina itu. Arisa yang sedang duduk sebelah Ain pun hairan. Cadangan yang diberikan itu membuat pak ngah berfikir sejenak.

“Betul jugak kata kamu tu. Kita cari penganti lah”, balas pak ngah pada akhirnya.

‘Seriously!. Pak Ngah.’ Terkejut Ain mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Pak Ngah. Bukan sahaja Ain bahkan hampir semua orang kat bilik tu terkejut kecualilah si Marina. Leret senyumannya dapat diperhatikan.

“Tapi siapa bang”,soal Mak ngah. Demi maruah keluarga, pak ngah dapat menerima cadangan Marina itu.

“Boleh Marina volunteerkan diri”.Tiba -tiba Marina angkat tangan dan sukarelanya ingin menjadi penganti calon pengantin. Ooo patutlah, ini rancangan dia. Ain dan Arisa pun serentak menggelengkan kepala.

“Marina kamu jangan nak mengada ye. Kamu tu tak habis belajar lagi”, jawab Mak su tidak setuju.

“ Betul kata Mak kamu tu Marina”, tambah Pak Ngah.

Ain apa lagi hampir nak tergelak melihat muka Marina yang macam mencuka itu. Rancangan tidak menjadi katakana. Kadang-kadang Ain tak faham, apalah yang Marina lihat pada Iskandar sampai sanggup jadi penganti pengantin wanita .

“Psst Aris, Jom keluar”, ajak Ain tatkala dia berasa tidak selesa berada dalam suasana yang sedang terjadi itu.

“Seriously kak. Family kita tengah bincang benda penting ni. Akak ajak Aris keluar. Apa kata mereka nanti”, bisik Arisa.

“Akak bukannya apa. Akak rasa tak sedap hatilah. Tak tahu Kenapa, akak rasa nak keluar je dari sini”, kata Ain meluahkan apa yang terbuku dihatinya itu.

“Jom lah keluar”. Arisa ditariknya.
Baru sahaja ingin menarik Arisa keluar, tiba-tiba, pak ngah mulai menghampiri mereka berdua. Satu persatu, langkah diaturnya. Rasa hairan tercetus di hati.
‘Apasallah pak ngah datang sini?’

“Ain...”, panggil pak Ngah.

“Ye pak ngah”, balas Ain dengan suara yang agak tidak kedengaran. Lengan Arisa dirangkulnya dengan kemas. Keresahan di wajahnya mulai terpancar.

‘Entah-entah nak suruh aku kahwin dengan anak dia tak. Macam mana nak buat ni’

“Ain mahu tak Ain terima abang Is sebagai suami Ain?”, soal Pak Ngah.

Nampaknya tekaan yang dibuat Ain menjadi kenyataan.

Terkejut seisi bilik itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pak Ngah. Ain pulak terlopong dia dengan apa yang didengarinya itu. Badannya menjadi kaku ditempatnya itu.

“Boleh ke aku nak minta Ain jadi isteri anak aku si Is ni, Mus?”, soal Pak Ngah kepada abah.

“ Aku boleh je Shid. Kalau si Ain ni setuju. Aku ikut je”, balas abah.

“Mah macam mana?”, soal Dato Rashid kepada Mak Timah.

“Mah ikut je”, balas Mak Timah.

“Jadi macam mana Ain?”, soal Dato Rashid.
.

Ain masih lagi terkaku di tempatnya. Rasa terkejutnya itu masih belum hilang. Soalan Pak Ngah
tidak dijawabnya. Lalu Arisa disebelahnya pun mencuitnya.

“ Kak, kak, pak ngah tanya tu”, beritahu Arisa kepada Ain.

“ Hah tanya apa?”, soal Ain setelah tersedar dari lamunannya itu. Pandangannya dialihkan kearah adiknya itu.

“Jadi macam mana Ain? Setuju nak kahwin dengan abang Is?”, soal Pak Ngah sekali lagi. Soalan pak Ngah dibiarkan sepi seketika.

X“ Pak Ngah boleh Ain pergi ke tandas sebentar?”. Akhirnya Ain bersuara. Pak Ngah pun mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience