Bab 1

Romance Series 1933

Bila nak kahwin? Dah ada calon ke belum? Pernah tak korang ditanya dengan soalan sebegitu. Bagi Ain atau nama penuhnya Nurul Ain binti Musa itu bukanlah perkara yang asing lagi. Yelah apabila umur kian dewasa mulalah soalan-soalan itu ditanya. Ketika masih dibangku sekolah orang tak tanya soalan sebegini. Tapi mesti diorang tanya dapat result berapa dalam exam? Belajar kat mana? Masuk U (universiti) mana? Blah..blah...blah...Itu merupakan perkara biasa dalam masyarakat dan tidak perlu dihairankan pun.

Oleh kerana umur Ain dah pun menginjak 26 tahun jadinya apabila hadiri kenduri kahwin sanak saudara maka soalan bila nak kahwin dan seumpamanya mula memburu dirinya. Kadan -kadangia membuatkan Ain jadi rimas. Rimas korang tau!

Mak Timah iaitu maknya pulak selalu cakap macam ni pada dirinya. “Mak teringin benar lihat kamu kahwin, teringin pegang cucu. Pasti seronok! Nah macamlah tulah. Ain bukannya tak nak kahwin Cuma, korang taulah Ain belum jumpa calon yang sesuai.

Ain!!! . Suara mak bagaikan jam loceng itu terus membuat Ain bangkit dari tidur. Walaupun masih ada saki-baki mengantuk tapi terus dia bangkit kerana tak mahu mendengar omelan free daripada maknya itu. Ain mencapai tualanya dan terus masuk ke bilik air.

“Budak ni bangun tak lagi ni?” Mak Timah tertanya-tanya. Dia menuju ke bilik Ain.Pintu bilik Ain diketuknya. Tok! Tok! Tok!

“Ye mak!.” Sahut Ain.

“Ain dah pukul berapa dah ni. Kamu tak nak pergi kerja ke?”

“Ain tak kerjalah hari ni”.

"Ye ke? Kamu jangan nak kelentong mak pulak".

“Aiks Mak, tahu ke maksud kelentong tu?”

“Tahulah. Ingat mak tak tahu ke?".

“Mak hari nikan hujung minggu. Mestilah Ain cuti".

"Ehh tak ye jugak. Hari nikan sabtu". Mak Timah mula teringat.

"Oklah cepat siap-siap pastu turun bersarapan.Mak tunggu."

"Beres boss", sahut Ain dari bilik air.

Dengan berselera Ain menyuapkan nasi lemak ke mulutnya. Memang nasi lemak merupakan kesukaannya dari dulu lagi. Disebabkan terlalu asyik menikmatinya, dia langsung tidak menyedari telatahnya itu diperhatikan seseorang. Nah siapa lagi kalau bukan maknya yang tengah duduk disebelahnya.

" Mak tengokkan anak mak nie dah boleh jadi mak orang dah."Ain yang tengah asyik makan hampir-hampir nak tercekik mendengar apa yang Mak Timah cakap.

" Apa ni mak? Cakap pasal mak orang apa pulak ni."

" Betul ke apa mak cakap? Orang lain yang baya-baya kamu anak tiga dah."

"So?"

"So kamu kata. " Mak Timah mencubit Ain.

" Ouch! Sakitlah mak." Ain mengosok-gosok bahunya yang sakit dicubit Mak Timah.

"Kamu sedar tak yang kamu tu dah umur berapa?" Mak Timah menjeling Ain macam tidak puas hati.

"Kamu sedar tak?",tambah Mak Timah.

" 26 tahun baru. Muda lagi mak. ", jawab Ain selamba. Nah apalagi terus singgah satu cubitan lagi tapi kali ni bahu kiri pulak. Ain, Ain siapa suruh jawab macam tu kan dah kena dengan Mak Timah.

" Adoi. Sakitlah Mak." Ain mengadu sakit sambil menggosok bahu kirinya itu.

" Niii mak tak kira,mak nak jugak kamu bawak bakal menantu untuk Mak. Mak bagi kamu masa dua minggu." Terlopong Ain mendengar apa yang dikatakan Mak Timah. Tidak disangkanya perkara dalam drama sedang terjadi pada dirinya sekarang.

" Mak...biar betul mak nak Ain cari bakal menantu untuk mak dalam masa dua minggu! You're kidding, right?."

" Apa dia??? Kid...ding???," Mak Timah bagaikan kebingungan mendengar ayat akhir yang keluar daripada mulut anak daranya itu. Lambat dia memproses.

" Aaa.. Mak tak kira kamu kena jugak!"tambah Mak Timah.

" Tapi Mak, dua minggu mana cukup. Mak ingat cari calon suami ni macam cari barang dekat suparmarket ke? Pick je barang yang berkenan macam tu. "

" Ok! Kalau begitu, Mak bagi kamu masa dua bulan."

Apa? Biar betul Mak aku nie!Ain masih tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi pada dirinya kini. Tak sangka betul 'scene' ala-ala drama betul-betul berlaku didepan matanya. Pipinya dicubitnya. 'Ouch ! Sakit . Maknanya ini bukan mimpi.'

" Kamu dengar tak apa yang mak cakap ni? Mengalamun pulak ye."

"Tapi mak..."

"Takde tapi-tapi ye. Mak nak kamu bawak balik calon menantu untuk Mak. Push stop." Belum sempat Ain ingin berkata , terus Mak Timah tambah kata-katanya. Tak terkata lagi Ain dibuatnya.

" Dah abiskan makan cepat. Mak nak kamu pergi beli barang sikit."

" Baik Mak" jawab Ain macam tak bersemangat. Mak Timah pun bangkit dari duduk dan berlalu pergi meninggalkan Ain seorang diri.

Share this novel

atina
2020-05-02 17:38:52 

x de smbungan cite ni ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience