BAB 4

Mystery & Detective Completed 5350

Keesokkan harinya, Lesang pergi sendirian menangkap ikan kerana Pak Mail tidak dapat mengikutinya kerana Pak Mail pergi ke rumah Abangnya yang terletak di Kampung Bahgiang. Sedang Lesang berjalan menuju ke arah sungai tersebut dia terlihat seekor buaya yang sedang berjemur di tepi sungai, lantas Lesang terus bersembunyi di sebalik semak samun yang berdekatan dengan tepi tasik itu. Dengan perasaan takut bercampur perasaan ingin tahu telah memberikan keberanian walaupun hanya sekecil zarah sahaja untuk melihat buaya tersebut dari jauh.

“Aku macam ndak percaya ada seekor buaya putih yang besar tinggal di sungai ini padahal telah lama aku menangkap ikan di sini” Lesang berbicara dalam hatinya.

Lesang sangat terkejut dan panik melihat susuk tubuh buaya itu yang sememangnya pelik dan aneh kerana warna buaya tersebut berwarna putih yang cukup terang dan saiz buaya tersebut 3 kali ganda daripada saiz asal buaya. Lesang terus berlalu pergi, niat untuk menangkap ikan di sungai terbatal kerana dia sendiri ketakutan dan hendak menceritakan hal ini dengan Pak Mail terlebih dahulu.

Selepas seminggu berlalu Pak Mail dan Lesang menunggu untuk melihat sendiri adakah Lesang itu bercakap dengan benar atau di sebaliknya namun tiada juga munculnya haiwan yang di kata oleh lesang itu.

“Lesang!!!!!!!!!”

“Kau ini biar betul kau tengok buaya tu, jangan-jangan kau salah tengok atapun kau bermimpi hari tu.”

“Betul Pak Mail saya ndak tipu. saya tengok sendiri bah dengan kepala mata saya sendiri yang itu memang seekor buaya putih gergasi”

Pak Mail yang sememangnya keletihan menunggu itu berputus asa untuk mempercayai kata-kata Lesang. Dalam keadaan yang marah lantas Pak mail berdiri dan mula berjalan meninggalkan tempat persembunyian mereka di sebalik semak samun itu.

“Sudah la!!!!!!!!, sampai berbau dah badan Aku ni menunggu seperti orang bodoh tiada juga timbul-timbul”.

“Pak Mail tunggu!!!!!!!”

Dengan keadaan yang marah Pak Mail mula bergerak dari sebalik semak samun itu. Tiba-tiba muncul seekor buaya putih gergasi itu berjalan ke arah tebing sungai. Buaya tersebut merangkak dengan perlahan-lahan menuju ke arah sungai sambil melibas-libas ekornya yang panjang itu. Setelah melihat buaya tersebut Lesang terus menarik tangan Pak Mail untuk bersembunyi semula di tepinya, dan mengarahkan dia senyap kerana tetamu yang mereka tunggu telah pun berada di depan mata. Semasa Pak Mail hendak duduk bersembunyi dia tidak sengaja terpijak ranting kayu dan telah menarik perhatian buaya tersebut.

“Ya ampun macam mana boleh terpijak ranting ni….” dengan nada ketakutan.

“Shutt …Jangan bising nanti buaya tu nampak kita di sini”

Sedang hangat mereka bersembang, secara tak langsung telah menarik perhatian buaya tersebut untuk melihat mereka berdua. Pak Mail melihat mulut buaya sedang membuka luas mulutnya dengan menampakkan giginya yang besar dan tajam itu. Tanpa melengahkan masa Pak Mail terus membawa Lesang berlari bersama-sama tanpa menoleh lagi ke belakang dek takut jika buaya itu memakan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience